Rabu, 31 Mac 2010

"cekgu suka main bola, hari-hari cekgu main bola, cekgu suka tidoooooo"

(sepagi di jalan cheras, sempat lagik dengan aksi berbahaya snap sambil bawak motor)

terngiang-ngiang aje dialog tu bila nak gie keja hari ni. malas tul nak gie kerja, bukan malas nak bekerja. dah lebih sepuluh tahun dok ulang-alik ke kl dengan kapcai ni, aku rasa bukan lagi pergi kerja... tapi rasa macam pergi bunuh diri aje. sebab, bawak motor ni terlalu banyak risikonya. kebanyakan jalan dari pelbagai arah nak masuk kl dah aku lalui. dari arah highway seremban, highway cheras, rawang dan dari ampang. semua dah rasa.

rasanya, jalan paling berbahaya adalah dari ampang kerana sebahagian besar jalannya tiada divider. penunggang kekadang terpaksa masuk jalan bertentangan sebab nak mencelok di celah kereta, jalannya agak sempit. beberapa kali gak jumpa orang yang dah terlentang atas jalan kerana tak sempat elak kereta yang mungkin bertukar gerak secara tiba-tiba. tambahan pulak, simpang di sepanjang jalan ampang tu terlalu banyak. mata nak kena cekap tengok kereta sebelah, kereta yang datang dari depan dan pergerakan kereta dari simpang jalan... tak masuk lagik kes mat rempit yang suka mencucuk nak memotong. jadik letih bila sampai ke tempat kerja.
(sepetang yang lepas hujan di jalan loke yew. bagi yang tak rasa naik motor cenggini, gini le keadaannya bila berada di celah-celah kereta)

pengalaman menarik kat jalan ampang ialah bila aku 'berlari di atas jalan sambil membawa motor'. asal kejadian, ada sebijik bas sekolah membelok ke kanan apabila polis buka jalan sebelah jadi sehala. aku pon cepat-cepat tukar arah. malangnya kereta di depan aku yang dipandu seorang pompuan tak buat perkara yang sama tatkala orang berpusu-pusu mengikut jalan berkenaan. sudahnya, motor aku melekat kat bumper kereta dia dan untuk mengelakkan dari terjatuh, aku pon tahan dengan kaki. dah tentulah aku terpaksa berlari kerana motor tu tengah bergerak. agak-agak, jauh juga aku berlari sehingga le aku berjaya meloloskan diri dari kereta tu. baru le motor aku stabil. awek tu pulak buat dekkk aje, dia sedo ke tak, enta le. bila sampai ke opis, aku rasa tercungap-cungap bagaikan seorang pelumba lari... huhhh! terasa segar sikit badan bila buat latihan jasmani sebelum memulakan kerja...

nak bawak keta, aku bukan jenis orang yang boleh bawak terkedek-kedek. kira termasuk pemandu ketegaq. tak tahan dengan kesesakan. dan aku selalu hitung kalau setiap pagi aku akan menghabiskan dua jam masa di atas jalan raya, begitu juga waktu balik ke rumah... rasanya rugi membuang masa cenggitu.

takpe le biarlah susah sikit. berpanas berhujan, lumrah. cuma belum reput aje lagi kat atas motor tu. sampai bila? wallahua'lam.

gitu le cabaran hidup di kota ni.

Isnin, 29 Mac 2010

aku gagal bertahan bila orang rumah pujuk gi pesta buku. tapi aku berjaya pegang kata-katanya, "tengok aje". kat sana kami sama-sama gagal bertahan bila satu amoi kata"waa, abang dengan kakak nampak muda maaa" (pasal kami berdua aje, bebudak tinggal, kami naik lrt. senang!) "bos, caya ke ini akak ada lima orang annak?" dia bagitau bosnya yang kebetulan lalu. aku terkerenyeh aje, faham taktik orang meniaga. sudahnya terbarai jugak rm1750.00 bila aku setuju beli produk pendidikan bahasa inggeris untuk anak-anak. pergh, hutang! takpe le untuk pendidikan... (hati memujuk)

penat berjalan. tak ada apa-apa yang aku beli kecuali yang ini. barangkali bole le kita kongsi menonton sedikit keratannya untuk kita muhasabah diri... (kalaulah dapat dikira aku telah membantu)


Bila Mata Menyapa

(aku)

ingin menangis
namun air mata
terlalu mahal untukmu
bahkan
dia pun tak mahu
tak pun sudi menerima
...

(dia)

matanya berbicara
aku
tak perlukan simpatimu
tak perlukan tanya khabarmu
sama sekali kata nasihat
jauh sekali kata 'sabar'
...

(dia)

matanya berbicara
hanya ingin bertanya
benarkan aku saudaramu
kiri dicubit
peha kanan berkerut sakit
ingin bertanya
benarkah begitu rasul bersabda?
...

(aku)

termanggu...
kalau tidak,
siapakah aku?
kalau iya,
bagaimanakah aku?



Jumaat, 26 Mac 2010



berita lewat petang.


siap semayang, aku nak balik opis...


baru jap lepas solat jumaat kat tabung haji, jalan tun razak diorang pakat-pakat berdemontrasi dan nak berarak ke kedutaan sweeden. napa gamaknya dorang barat ni khususnya kristian dan yahudi terus mencerca nabi junjungan kita... dorang tak baca paper ke semenjak dua menjak ni paderi mereka asyik terbongkar skandal seks. napa yang tu dorang tak sibuk ngat nak gaduhkan?


ye memang kita tahu dan sedia maklum tentang permusuhan mereka terhadap kita hingga ke hari kiamat. tapi agendanya?

huh, barangkali dorang nak mengalihkan perhatian orang eropah terutamanya penganut kristian le ni dan bagi yahudi, kekejaman mereka di tebing barat dan projek mereka di baitul maqdis akan berjalan lancar apakala muslim disibukkan dengan isu begini. bagi umat muslim di seluruh dunia, berhati-hatilah membaca gerak langkah tipu daya mereka dan agar tak terperangkap dalam mainan politik mereka.

hemmm, award dari melatidaisy tu dah lama aku paparkan sebagai penghargaan atas pemberian rakan... tapi jawab idok lagi sebab seboleh mungkin malas le nak expose diri walaupun satu ketika dulu nida (kawan blogger kita) penah teka-teki teka-tekuk mana satu tuan empunya blog ni... (aku kagum tul kat dia, dia ble prasan kat mana gambo tu). tapi dek kerana prasyarat tu, cukup le apa yang terpapar sebagai bekalan buat tidur nyenyak kawan kita ni, melatidaisy (tak bule bagi lebih nanti takut termimmpi-mimpi pulokkk)
jom setat:
diri: aku suami kepada seorang isteri (buat masa ini) dan bapa yang garang kepada lima orang anak - jantan semua... - tu yang garang semacam tuh
di samping rakan: sempoi, tak banyak cakap cuma jangan sampai mesra - hihhh

idaman yang tak tercapai lagi: tak tau la sebab tak banyak menda yang nak aku cari dalam idop aku ni
nama orang rumah: haaa... aku tak malu kalo orang tanya brapa anak, tapi kalo tanya isteri, (takyah la kot... ) takpe la dah syarat cenggitu, ada orang panggil sal, aku panggil mie kalo orang dulu-dulu miohhhh aje.
keistimewaan orang rumah: huh nak bukak balik album lama ni, segan la pulok... tapi cukup le aku katakan dia doh menghidupkan jiwa aku yang mati selama dua tahun (selepas aku mononggeng frust) dia cantik, ceriakan waktu dukalara, sabar dengan ego aku bla, bla, bla... (jangan puji banyak sangat kang dia baca abih la modal aku ni)

tarikh couple: tanya orang lelaki yang dah kawen, bila dia menikah mesti tak ingat punya, nanti la aku bukak balik, ehh mana pulok sijil nikah ni...

kenangan pahit: ieee, rasanya baru ni ada kot, aku cakap kat dia, "pahit la pulak ati ayam masak kicap ni" "a haa, gamaknya masa orang tu belah tak betui kot" dia jawab - maknanya dia masak sedap tapi orang lain yang buat spoil masakan dia tu

lagu tema cinta: dah tua-tua cenggini dok ingat lagu p.ramlee aje le

perubahan diri orang rumah: psttt jangan baca kuat sangat, aku selalu pesan 'jaga badannnnn', aku tak muh dengo lagi camana member aku kata dengan orang rumah dia "cuba tengok amir naik moto tu, tah mana satu abang, tah mana satu adik, tak mana satu anak tah mana satu ayah? - pasal aku ni insan kecil lagi kerdil

tag rakan lain? takpe la kot. sian kat dorang nak berlaku ikhlas depan komputer ni bukan susah sangat tapi ati tak senang kalu terpaksa memaksa keyboard tu menipu.
keh, slamat berhujung minggu lagik.
aiik jap beno masa berlalu, baru aje buat entri cuti, sok cuti lagik

Rabu, 24 Mac 2010

aku sebenarnya tak bule tengok orang jual buku.

banyak yang kempen jom ramai-ramai gi tengok pesta buku. kalo aku, sebut aje pesta, memang aku malas nak pegi. malas nak BERSESAK-sesak. sesak napas, sesak macam-macam. orang rumah ajak gi. aku kata, "kang abissss..." dia paham apa maksud aku. "ala jangan beli... tengok aje dah laaaa". bule ke gituuu.. aku ni bukan bole tengok aje, menda kata orang "amik bau aje... "
dah lebih 6 bulan pindah balik sini, rumah tak siap kemas lagi. besanya target aku 3 bulan aje. masalah teknikal! walaupun kekadang sakit mata tengok, nak wat camana, banyak komitmen.


yang ni baru siap tempah. tinggi sampai ke siling. nak setting sikit punya seksa. masuk kepala kena lampu, masuk ekor libas ke dinding. last masuk terlentang, kitorang pulak terbungkang... bila nak susun, kena memanjat. waaa ini macam turun naik tangga aje la bila nak guna yang atas sekali tu.

dua malam berkubang, balik keja aje terus memerap baru siap. walaupun nampak cam mini library, tapi ini bukan sama sekali. sebab, tak bule pinjam dan bawak balik, nanti bayang pon tak jumpa lagi dah. dah banyak buku aku yang arwah disebabkan 'pinjam'
yang malangnya... sapa pulak nak baca...

Selasa, 23 Mac 2010

ketika berlegar-legar di sanggar blog yang pelbagai, aku jumpa satu artikel panjang yang sangat menarik. aku copy sikit untuk tatapan bersama supaya kita lebih kenal akar bangsa kita. semoga tuan empunya blog ni tak marah le aku tolong sebarkan ceritera yang kini dianggap lipurlara aje oleh orang kita. benarlah orang melayu HEBATTT

'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu

Ketika saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??

Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.

...

harap korang daparkan maklumat lanjut di sana, di sanaaaaaa

Jumaat, 19 Mac 2010

bule ke tajuk cenggitu?

'kerja' dan 'amal' dua perkataan berbeza tapi maksudnya sama. cuma dalam konteks lain, perkataan amal dilihat lebih menjurus kepada agama. arghh! tak kesah la apa pon tanggapan. cerita sebenar hanyalah:

ESOK, cuti bagi warga kerja kerajaan. mungkin tidak bagi sebahagian warga kerja swasta mahupun orang kampung : penoreh getah, pemetik kelapa sawit, pesawah, penternak lembu dan kambing atau yang seangkatannya dengannya, mahupun yang meliputi kawasan yang sewaktu dengannya.

cuti ialah hari berehat daripada bekerja. bukannya tak bekerja. adapun bagi orang yang tiada kerja@penganggur, mereka bukan bercuti, sebab tiada majikan yang nak approvekan cuti sepanjang hayat mereka. begitu juga dengan WARGA PENCEN. apa yang terlebih penting, waktu berehat banyak menda bole buat:

waktu senggang begini mesti syok layan

atau temankan

atau sekadar imbau kenangan
hemm... untuk orang pencen?

rasanya satu PERINGATAN bahawa usia dah menginjak senja waimma MATI tak kenal tua muda

i'mal li dunyaka ka annaka ta'isyu abadan wa'mal li akhiratuka ka annaka tamutu ghadan

bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari (maksud hadis)

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak