Khamis, 5 Mac 2020

"انما جعلها محلا للاغيار ومعدنا للاكدار تزهيدا لك فيها."

"ALLAH sengaja menjadikan dunia sebagai tempat perubahan dan sumber kekeruhan agar kau tidak terpikat dengannya."
-- Syeikh Ibnu Athaillah, Al-Hikam.

Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: "Allah telah menjadikan dunia sebagai tempat perubahan berbagai keadaan, seperti penyakit, ujian, dan bencana, serta membuatnya sebagai sumber kekacauan agar kau menjauhinya.

Hal itu adalah kerana perkara yang mendorong keinginanmu di dunia tak lain adalah apa yang kau duga dapat mewujudkan tujuan dan keinginanmu di sana, tanpa penderitaan atau kepahitan, padahal itu tak akan terjadi.

Maka, yang patut bagimu ketahui adalah kau harus berzuhud dan meninggalkan dunia, kerana akibat hal tersebut adalah kefanaan dan kemusnahan. Terkadang pula ia dapat menyibukkan dirimu daripada mengingati Allah.

Perlu diketahui juga, zuhud dari dunia ini tidak serta merta terjadi dengan nasihat dan peringatan daripada para Dai saja, tetapi juga dengan musibah dan ujian di dalamnya."

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan:

"علم انك لا تقبل النصح المجرد فذوقك من ذواقها ما سهل عليك وجود فراقها."

"Allah mengetahui bahawa kau sulit menerima nasihat begitu saja, maka Dia membuatmu boleh merasakan pahitnya musibah agar kau mudah melepaskan dunia."

Allah mengetahui bahawa kau pasti sulit menerima nasihat, baik tanpa terlebih dahulu diberi penyakit, petaka dan bencana. Hal itu adalah kerana yang boleh menerima nasihat baik hanyalah orang-orang yang tidak dikuasai oleh rasa cinta terhadap dunia dan kenikmatannya yang fana. Sedangkan bagi orang yang amat suka terhadap dunia dan kenikmatannya, nasihat baik semata-mata tidak cukup untuk menyedarkannya dan tak cukup untuk menerima hidayah. Ia harus diberi tambahan peringatan berupa, ujian, petaka, dan bahkan penyakit.

Maka, Allah membuatmu merasakan apa yang seharusnya kau rasakan, yaitu penyakit dan petaka, serta ujian agar mudah bagimu untuk meninggalkan dunia.

Jika seorang hamba mengalami suatu musibah biasanya dia akan berharap untuk segera mati meninggalkan dunia ini. Dengan demikian, sebenarnya bencana itu merupakan nikmat daripada Allah walaupun dia tidak menyedarinya, kerana tabiat buruknya yang begitu mempengaruhi.

--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Rabu, 4 Mac 2020

bila aku nk wat gini pulok




Jangan engkau bencikan seseorang yang taat kepada Allah, jadilah seorang yang penyayang kepada semua golongan manusia, jangan putuskan silatul rahim sekalipun dengan orang yang tidak menghiraukanmu, jangan berdendam kepada mereka yang menzalimimu, nescaya engkau akan mendampingi anbiaa’ dan syuhadaa’



Apabila terlintas di dalam hatimu tentang urusan akhirat, segeralah laksanakannya dengan bersungguh-sungguh sebelum syaitan berpeluang menghalangimu daripada melakukannya.



Jangan suka mencela, nescaya engkau selamat daripada celaan manusia. Jadilah seorang yang penyayang, nescaya engkau akan dikasihi manusia.



Selasa, 3 Mac 2020

Terima dengan ridha apa yang Allah bahagikan kepadamu, nescaya engkau jadi kaya. Dan bertawakkallah kepada Allah, nescaya engkau jadi kuat.



Hendaklah engkau membanyakkan kebaikan, dengannya Allah akan jadikannya temanmu di dalam kubur. Jauhilah perkara yang haram, engkau akan rasai kemanisan iman.





TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak