Jumaat, 14 Februari 2020

Semua musibah dan dugaan memang berat. Ringankan dia dengan membayangkan balasan pahalanya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda:
مَا مِنْ شَيْءٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا حَزَنٍ وَلَا وَصَبٍ حَتَّى الْهَمُّ يَهُمُّهُ إِلَّا يُكَفِّرُ اللَّهُ بِهِ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

"Segala sesuatu yang menimpa seorang mukmin, sama ada kepenatan, kesedihan dan kelelahan, termasuk kebimbangan, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya dosa-dosanya." (al-Tirmizi)

Seorang perempuan Soleh, isteri Imam Fath al-Musili, suatu hari tersandung batu. Kaki beliau berdarah dan kuku jarinya terpatah. Beliau memandang luka tersebut sambil tertawa. Seseorang bertanya: "Engkau tak merasa sakit?" Beliau menjawab: "Membayangkan kelazatan ganjarannya mengalahkan kesakitan itu." [Ihya]

Rabu, 12 Februari 2020

SYEIKH Ibnu Arabi mengatakan:

"Temukan sahabat yang tepat, yang mendukungmu, seorang kawan perjalanan yang baik di jalan kebenaran. Iman adalah sebuah benih. Ia tumbuh menjadi sebatang pohon dengan pengairan dan penyinaran yang baik daripada seorang sahabat yang beriman.

Berhati-hatilah dalam mendekati mereka yang tak mampu membedakan antara yang beriman dan yang tidak beriman – tidak mengenal iman atau orang beriman, mereka tidak peduli. Mereka orang-orang asing atau musuh-musuh kebenaran yang engkau percayai.

Carilah seorang guru sempurna yang akan menunjukkanmu ke jalan yang lurus. Dalam usahamu mencari seorang pembimbing itu, bersikaplah ikhlas, kerana keikhlasan adalah ciri pencari sejati. Jika kau berpegang teguh kepada keikhlasan dan kebenaran, Tuhan pasti akan bertajalli dengan sifat-Nya Yang Maha Pembimbing kepadamu.

Dia akan membimbingmu kepada seorang guru yang sempurna. Keikhlasan pada pencari bagaikan sebuah berkah. Sehingga, ketika dia hadir, Allah bahkan akan mengubah syaitan yang terkutuk dan syaitan peribadi si pencari, hawa nafsunya, menjadi malaikat ilham yang melayaninya. Keikhlasan bagaikan pemangkin yang ia ubah menjadi emas dan ia memurnikan setiap sesuatu yang ia sentuh!"

-- Syeikh Ibnu Arabi, Kitâb Kunh Mâ lâ budda lil-murîd min-hu.

DALAM sebuah khabar disebutkan bahawa Allah memberikan wahyu kepada Nabi Dawud a.s. “Wahai Dawud, berkali-kali engkau mengingati syurga , namun tidak pernah meminta kerinduan kepada-Ku,” kata Allah.

“Wahai Tuhanku, siapakah orang-orang yang merindukan-Mu itu?” tanya Dawud a.s.

Allah pun menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang Aku bersihkan daripada setiap kotoran dan Aku memperingatkann­ya supaya berhati-hati. Aku membakar hati mereka dengan cinta-Ku. Mereka terus menerus memandang-Ku. Aku menatang hati mereka dengan tangan-Ku langsung untuk dibawa ke langit-Ku.

Kemudian, Aku mengumpulkan malaikat-malaik­at pilihan-Ku. Ketika mereka berkumpul, mereka bersujud kepada-Ku. Lalu, Aku berkata kepada mereka, ‘Aku memanggil kalian bukan untuk bersujud kepada-Ku. Tapi, Aku memanggil kalian untuk diperlihatkan kepada hati orang-orang yang rindu kepada-Ku. Aku membanggakan mereka kepada kalian. Sebab, hati mereka memancarkan sinar di langit-Ku untuk para malaikat-Ku. Persis seperti matahari yang memancarkan sinar bagi penghuni bumi.

Wahai Dawud! Aku menciptakan hati orang-orang yang rindu kepada-Ku daripada redha-Ku. Aku menganugrahinya­ dengan cahaya wajah-Ku. Aku menjadikan mereka untuk berbicara dengan-Ku. Aku menjadikan badan-badan mereka tempat-Ku memandang bumi. Aku menjadikan daripada sebahagian hati mereka jalur untuk memandang-Ku. Setiap hari kerinduan mereka bertambah terus.”

--- Imam Al-Ghazali dalam Al-Mahabbah, Ihya Ulumuddin

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani berpesan, Allah SWT berfirman:

“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa,”
- (QS. Ali ‘Imrân [3]: 133).


Dan, masuklah pada ath-thariq (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhan kalian bersama-sama golongan ahli rohani . Waktu sangat sempit, sedang jalan hampir tertutup.
Dan, sungguh sulit mencari teman yang dapat mengajak kembali ke Negeri Asal (Akhirat/Alam Lahut). Kita berada di bumi yang hina dan akan hancur ini, tidak hanya untuk berpangku tangan lalu makan, minum dan memenuhi hawa nafsu belaka.

Nabi kalian selalu menunggu dan sangat khuwatir memikirkan tentang kalian. Sebagaimana sabda Nabi SAW,

“Aku hingga pengsan kerana mengkhuwatirkan umatku yang hidup di akhir zaman.”
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Sirrul Asrar.

Isnin, 10 Februari 2020

"ما حجبك عن الله وجود موجود معه ولكن حجبك عنه توهم موجود معه."

"Bukan keberadaan benda yang menghijab dirimu daripada Allah, tapi yang menghijabmu daripadanya adalah sangkaan adanya wujud lain selain Dia."

-- Syiekh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Menurut Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi, "Sesungguhnya bukanlah hal-hal duniawi dan ukhrawi yang menghijab kita daripada Allah, kerana tidak ada wujud pada sesuatu selain wujud-Nya. Namun, yang menghijab kita daripads-Nya adalah anggapan kita sendiri bahawa sesuatu selain-Nya memiliki wujud. Padahal menurut orang-orang Arif, sebenarnya sesuatu itu tidak berwujud. Wujud segala sesuatu itu seperti bayangan pepohonan di atas air, ia tidak dapat menghalangi perjalanan perahu di air tersebut. Dengan demikian tidak ada hijab antara dirimu dengan Allah, kecuali sangkaan kita sendiri bahawa ada wujud lain selain Allah.

Seperti seorang laki-laki yang ingin buang air kecil di dekat sebuah gua, ketika dia mendengar suara deru angin dari mulut gua itu dia menyangkanya suara ngauman singa. Kerana itu, suara itu pun menghalanginya untuk buang air. Tetapi, ketika dia tidak mendapati seekor pun singa di sana akhirnya, memberanikan diri untuk menunaikan hajatnya. Tentu saja, bukan sesuatu yang menghalanginya untuk buang air, melainkan sangkaannya tentang wujud seekor singa di sana."

 Fikir-fikirkanlah... Renung-renungkanlah!

 -- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

PADA suatu petang, saya menerima satu panggilan telefon. Pemanggilnya dengan sopan meminta saya menguruskan jenazah ibunya yang baru meninggal dunia. Apabila sudah diamanahkan, tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemanggil tersebut yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya.

Saya tiba ketika hari sudah lewat petang. Orang ramai yang terdiri daripada sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan, sudah memenuhi kediaman tersebut. Saya melangkah masuk, bertemu dengan suami dan anak-anak Allahyarhamah. Selepas berbicang, kami mendapat kata sepakat. Jenazah akan diuruskan keesokan hari kerana hari sudah lewat bertukar malam.

Petang itu, jenazah hanya dibersihkan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu anak-anaknya seramai empat orang: 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Kesemuanya sudah besar dan ada di antara mereka sudah berkahwin.

Esoknya seawal pagi, saya tiba semula ke rumah tersebut. Apabila mahu memandikan jenazah, salah seorang anak si mati datang kepada saya.

"Boleh kami nak mandikan sendiri jenazah ibu kami?" tanya si anak tadi.
"Boleh"_*jawab saya, senang hati mendengar permintaan si anak. Memang itulah sebaik-baiknya. Lebih afdal anak sendiri yang uruskan jenazah ibu bapa mereka.

"Tapi Ustazah, kami ni tak pandai. Kami tak tahu apa². Ustazah ajarlah kami", beritahu seorang lagi anak perempuan.

"Takde masalah. Saya boleh bagi tunjuk ajar," jawab saya.

Ingatkan anak perempuan saja, rupanya 2 orang anak lelaki & suami Allahyarhamah mahu turut serta memandikan. Atas permintaan mereka, saya bersetuju, lagi pun Islam tak melarang, memang seorang suami boleh memandikan jenazah isterinya dan begitulah sebaliknya. Namun disebabkan anak2 lelaki mahu memandikan sama, saya terpaksa bahagikan tugas. Si suami, saya minta bersihkan bahagian kepala, anak lelaki di bahagian kaki & anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.

"Ambil sarung tangan ni seorang satu." Ujar saya sambil menghulurkan sarung tangan getah untuk digunakan bagi memandikan jenazah. Tapi, suami & anak² menolak. "Masa kecil, ibu mandikan kami tak pernah pakai sarung tangan. Kami tak mahu pakai," tolak si anak lembut.

Saya sedikit tersentak mendengar kata² itu. Kagum dengan jawapan si anak. Terharu saya mendengarnya. Kemudian, saya pegang paip getah dan lalukan air ke muka jenazah. Si Suami mula bersihkan wajah isterinya. Ketika si suami membersihkan wajah isterinya, satu drama yang menyayat hati & penuh emosi berlaku. Sambil menggosok lembut wajah jenazah isterinya, si suami tadi mengungkap kembali satu persatu segala kenangannya ketika mereka hidup bersama.

"Sayang...inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup. Inilah wajah yang abang pernah sayang. Wajah yang pernah jadi isteri Abang", tutur suami sambil tangan lembut membersihkan wajah jenazah isteri tercinta. Selesai muka, suami tadi beralih pula ke mulut, sekali lagi ungkapan manis terpancul daripada mulut si suami.

"Sayang...inilah mulut yang selalu senyum pada abang. Inilah mulut yang selalu berbual dengan abang, hiburkan abang selama ni, mulut yang berikan abang semangat ketika berdepan masalah," ungkapnya dengan linangan air mata.

Saya yang menyaksikan tindakan spontan suami itu turut menjadi sebak. Terharu mendengar kata² ikhlas daripada suaminya. Saya tahu si suami benar-benar sayangkan isterinya. Selesai bahagian si ayah, 2 anak perempuannya pula mengambil tempat. Sekali lagi hati saya tersentuh hingga jadi sebak. Sambil membersihkan tangan si ibu, anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka.

"Ibu, inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami. Inilah tangan yang dodoikan kami, jari jemari ini yang kesatkan airmata kami. Tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil. Ibu.. jasa ibu amat besar", tutur seorang anak perempuannya. Air matanya masih mengalir.

Apabila sampai ke perut, seorang lg anak perempuannya bersuara, "Ibu, inilah perut yang mengandungkan kami, terima kasih ibu, lahirkan kami, didik & besarkan kami" ungkap si anak tersebut. Air mata mereka terus berjujuran. Bukan hanya mereka, saudara-mara yang menyaksikan turut menangis, apatah lagi saya yg berada di sisi mereka.

Sungguh, waktu itu terasa begitu hening. Suasana sangat pilu. Menyaksikan semua kata² ikhlas ini daripada suami dan anak2 si mati. Apabila selesai tugas anak perempuan, anak lelaki pula melunaskan bahagian mereka. Sambil membersihkan kaki, mereka meluahkan segala jasa² wanita yang melahirkan mereka itu.

"Ibu, inilah kaki yang berjalan mencari rezeki untuk kami. Kaki inilah yang besarkan kami. Kaki inilah yang bawa kami bersiar-siar², hiburkan kami, jasa ibu tak terbalas. Terima kasih ibu", ujar anak lelaki dengan suara tersekat-sekat.

Menyaksikan semua itu, air mata saya tak dapat dibendung lagi. Sesekali saya berpaling ke arah lain, mengesat air mata yang kian laju mengalir. Sudah banyak jenazah yang saya uruskan, tapi inilah kali pertama saya saksikan adegan yang meruntun jiwa. Hati saya tersentuh hiba.

Apabila semua anak sudah selesai, saya mengambil giliran semula. Saya mahu membersihkan bahagian dubur. Tapi si suami menolak kerana dia mahu lakukan sendiri.

"Ni isteri saya, biar saya yang buat. Ustazah tolong ajarkan saya", tutur si suami.

Sekali lagi saya akur dengan kehendaknya. Saya arahkan si suami supaya menekan perut secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan najis di dubur. Semasa si suami melakukannya, sekali lagi jiwa saya bagaikan dirobek². Jiwa saya tersentuh mendengar lafaz ikhlas suaminya. Sambil menekan lembut perut isterinya, si suami bersuara lagi.

"Sayang, ini rahim yang melahirkan anak² kita, menghasilkan zuriat kita, terima kasih Sayang," tutur si suami lembut dengan matanya berkaca².

Sekali lagi air mata saya tertumpah. Di luar pula, air mata saudara-mara yang menyaksikan drama itu semakin laju. Saya tahu semua yang menyaksikan terharu. Saya sendiri turut tersentuh dengan sikap keluarga ini. Sungguh, suaminya memang seorang yang baik dan sangat menghormati jasa seorang wanita bergelar isteri. Selesai dimandikan dengan drama² meruntun jiwa, jenazah dibawa ke ruang tamu untuk dikafankan pula.

Pun sama, kerja ini dilakukan oleh anak² & suami arwah dengan tunjuk ajar saya. Walaupun mengambil masa agak lama, semuanya selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Tugas ini saya serahkan pula kepada suami saya. Selepas kubur dikambus & suami saya hendak memulakan bacaan talqin, suami Allahyarhamah datang meminta izin.

"Ustaz, boleh ke saya nak bacakan talqin untuk isteri saya?" tanya dia kepada suami saya. Saya mengangguk dan si suami tadi mengambil tempat di sebelahnya. Dalam keadaan suara yang serak kerana masih bersedih, si suami tadi memulakan bacaan. Bacaan kali ini memang lain sekali daripada kebiasaannya.

"Sayang, hari ini adalah hari terakhir kamu di muka bumi ini. Kamu berpisah dengan anak², Ayang berpisah dengan Abang. Sayang... malam ini Abang akan berteman hanya dengan anak-anak di sisi Abang."

"Sayang, nanti akan datang malaikat Mungkar dan Nakir bertanya: Siapa Tuhan kamu? Siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara² kamu?"

"Abang minta tolong daripada Sayang, jawab dengan tenang, dengan lidah lancar. Bahawasanya Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Petunjukku, Org Islam adalah saudara²ku," tutur si suami dgn sebak. Si suami tadi menyambung,

"Nanti kita akan berjumpa semula di Syurga. Sayang tunggu Abang di sana. Abang akan tetap merindui Sayang hingga akhir hayat Abang!"

Sungguh, waktu itu sekali lagi air mata saya berderai, bukan saya sahaja, hadirin lain pun sekali lagi menangis. Saya tahu mereka menangis & bersedih bukan kerana pemergian Allahyarhamah, tapi tersentuh melihat kejadian tersebut. Satu drama yang benar-benar berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas daripada seorang suami kepada isteri. Kisah kasih sayang antara anak² dan ibu dalam keluarga ini.

Saya benar² kagum dan terharu dengan keluarga tersebut. Si anak bukanlah berpendidikan tinggi atau berlatarbelakang agama bergelar ustaz atau ustazah, tapi mereka semua mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi. Lihat bagaimana mereka menghargai jasa seorang ibu sehingga ke akhir hayat. Bagi saya, mereka jadi begitu hasil kejayaan didikan seorang ibu yang berjaya memberikan kasih sayang & didikan agama dengan sempurna.

Sungguh, jenazah wanita itu seorang yang bertuah memiliki suami dan anak² seperti itu.....
Allah hu Akbar....😔😔😔..😭😭😭😭😭😭😭😭






SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: "Wahai engkau yang mengabdi dengan tulus kepada Tuhan, tanpa melakukan kemusyrikan terhadap-Nya, engkau harus mendekati pintu Tuhanmu dan mengambil posisimu di sebelah-Nya.

Engkau tidak boleh mecuba lari manakala datang nasib yang malang. Apabila engkau telah mengambil posisimu di pintu-Nya, dan malapetaka mengancam untuk menyusulmu dari belakangmu, engkau harus berpegang kuat-kuat pada pintu itu, sebab dengan demikian malapetaka itu akan terusir daripadamu oleh kekukuhan tauhidmu dan sifat benarmu yang menggetarkan.

Kerana itu, manakala nasib malang mengancam akan menyusulmu, engkau harus mempraktikkan kesabaran dan ketabahan, sambil membaca firman-Nya: “Dan Allah mengukuhkan mereka yang beriman dengan ucapan yang kukuh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
- (QS Ibrâhîm (14) : 27).

“Maka Allah akan memelihara kamu dari neraka. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
- (QS Al-Baqarah (2):137).

Engkau juga harus sering mengucapkan kata-kata (Nabi Saw.):

“Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung (lâ hawla wa lâ quwwata illâ billâhil ‘aliyyil ‘azhîm).”

Engkau harus sering memohon ampun (istighfâr), mensucikan (tasbîh) Tuhan, dan mengingati-Nya dengan ketulusan yang jujur (shidq). Jika engkau melakukan ini semua, engkau akan aman daripada tentera bencana dan bala tentera diri rendah (nufûs), hawa nafsu (hawâ) dan syaitan.

Betapa sering aku berusaha membuatmu menyedari, tetapi tetap saja engkau tidak memahami masalahnya.

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka sungguh dia adalah orang yang terbimbing lurus."
- (QS Al-A‛râf (7) :178).
“Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka sungguh tidak ada pemandu baginya."
- (QS Al-A‛râf (7):186)
“Dan barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada orang yang akan dapat menyesatkannya.
- (QS Al-Zumar (39) : 37).

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala Al-Khathir.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak