Khamis, 4 April 2019

SIKAP sombong, iri hati, dengki khianat, marah, dendam dan bermegah-megahan kadang sering menghiasi diri kita tanpa disedari. Hati kita dikotori sedikit demi sedikit oleh penyakit hati, sebab kita selalu tergoda oleh hawa nafsu yang membelenggu, ingin nampak hebat, haus pujian dan segudang penyakit hati. Meskipun solat dan zikir boleh kita kerjakan setiap hari, namun bukan bererti ujian seperti ini tak muncul. Sungguh ini adalah masalah nyata yang selalu menghiasi hari-hari kita.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku cintai daripada kalian dan yang paling dekat tempatnya dariku di hari Kiamat adalah yang paling mulia akhlaknya, dan yang paling aku benci daripada kalian dan yang paling jauh tempatnya daripadaku di hari Kiamat adalah yang banyak bicara, angkuh dalam berbicara, dan sombong."
- [HR Tirmidzi).
Rasulullah SAW bersabda,
"Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umat terdahulu yaitu penyakit sombong, kufur nikmat dan lupa daratan dalam memperolehi kenikmatan. Mereka berlumba mengumpulkan harta dan bermegah-megahan dengan harta. Mereka terjerumus dalam jurang kesenangan dunia, saling bermusuhan dan saling iri, dengki, dan dendam sehingga mereka melakukan kezaliman (melampaui batas)."
- (HR. Al Hakim).

Mari memperbaiki diri dari sekarang. Kita tidak boleh memperlekehkan kebaikan meskipun hanya dengan sebuah senyum. Mari melatih diri untuk belajar tentang akhlak Rasulullah SAW. Mari tebarkan kebaikan, dengan kemampuan kita!

Rasul SAW juga bersabda,
"Janganlah engkau memperlekehkan kebaikan sedikitpun meski sekadar menuangkan air daripada timbamu ke bejana orang yang meminta air, dan meskipun sekadar berbicara dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri."
- [HR Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi dan an-Nasa'i].
Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam."
- [HR Bukhari dan Muslim].

"CAHAYA orang bijak mendahului ucapan mereka. Ketika cahaya telah terpancar, nasihat itu pun akan sampai."
--- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam kitab Al-Hikam.

Menurut Syeikh Abdullah Syarqawi, 

"Cahaya orang-orang bijak atau arif yang mengenal Allah mendahului.ucapan mereka sendiri. Cahaya dimaksud adalah cahaya makrifat mereka, yakni kekuatan keyakinan mereka bahawa perkara ada di tangan Allah dan tak ada sekutu bagi-Nya."
"Jika mereka ingin membimbing seorang hamba Allah dan memberi nasihat kepadanya dengan izin Allah, maka mereka segera menghadap Allah dan meminta bantuan-Nya untuk mengatur hati hamba tersebut agar siap menerima apa yang dinasihatkan kepada hamba itu. Saat itulah, daripada kalbu orang-orang arif itu akan keluar cahaya yang bersumber daripada batin mereka dan sampai ke hati hamba tersebut."
"Ketika cahaya masuk ke hati hamba Allah yang ingin dinasihatinya, maka nasihat dan ungkapan mereka akan mudah diterima oleh hatinya, seumpama bumi yang tandus menerima curahan air hujan. Dengan begitu, ia akan mendapatkan manfaat yang sempurna."

Syeikh Ibnu Atha'illah juga menjelaskan,
"Setiap ungkapan yang terucap dibungkus oleh corak kalbu yang menjadi tempat keluarnya."

SYEIKH Abdul Qadir Al-Jailani memberi nasihat:

“Wahai orang-orang yang beriman mengapa engkau merasa iri terhadap tetanggamu yang hidup senang, yang memperolehi rahmat daripada Tuhannya. Tidakkah kau tahu bahawa yang demikian itu dapat melemahkan imanmu, mencampakkanmu di hadapan Tuhanmu dan membuatmu dibenci oleh-Nya?
Tidakkah engkau sedar sabda Nabi bahawa Allah SWT berfirman: “Kedengkian adalah musuh rahmat-Ku.” Tidakkah engkau dengar juga sabda Nabi, “Sesungguhnya kedengkian melahap kebajikan sebagaimana api melahap kayu bakar.”
Lalu, mengapa kau iri dan dengki kepadanya?

Jika engkau iri hati terhadapnya, kerana kurnia Allah baginya, maka bererti kau tak reda dengan firman-Nya, “Kami kurniakan di antara mereka rezeki di kehidupan duniawi ini.”
- (QS Az-Zukhruf [43]: 32).

Bererti kau benar-benar zalim terhadap orang ini, yang menikmati kurnia Tuhannya. Itu merupakan kurnia khusus untuknya, yang tidak diberikan-Nya sedikit pun daripada bahagian itu kepada orang lain. Maka, siapa sebenarnya yang lebih zalim, serakah dan bodoh?
Jika engkau dengki terhadapnya kerana bahagianmu, maka kau bererti telah bertindak sangat bodoh, sebab bahagianmu tidak akan diberikan kepada orang lain, juga tidak akan berpindah daripada tanganmu ke tangan orang lain. Allah SWT bebas daripada kecacatan dan kelemahan hal semacam itu.

Allah SWT berfirman, “Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.”
- (QS Qaf [50]: 29).

Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut daripadamu segala yang telah ditentukan-Nya bagimu dan tak akan memberikannya kepada selainmu. Ini adalah bentuk kebodohanmu sendiri dan kezalimanmu pada saudaramu.”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adab As-Suluk wa At-Tawassul ila Manazil Al-Muluk.
 
 

Rabu, 3 April 2019

dah hampir doplo tahun kerja gomen, aku sokmo brasa nak pencen awal... ada menda yang brasa tak sronok di ati dari sudut tasaufnya... jadik aku buat keputusan insha Allah nak pencen umo 50 nanti... mudah-mudahan Allah beri keberkatan atas niat dan tujuan nak pencen tu...

bukan menolak rezki yang dah Allah berikan ni... kurang-kurang pon, kalu aku pencen awal akan ada bebudak baru yang dapat keje, kan... la ni susah nak dapat keje. aku pon pnah lalui saat-saat yang graduan lalui la ni... sedey bin azab bebeno rasanya!



ok, rentikan bebelan...



waktu senggang aku suka buat macam-macam keja... kalu tak bertukang, aku akan berkebun... tanam pokok macam-macam ketnya banyak yang tak jadik dari jadik! keh3x... try and error

untungnya rumah aku last skali, bukan corner lot tapi ada la 5 kaki tanah tepi... yang lebih rahmat lagik, masa buat perumahan, pemaju salah ukur. punya la salah ukur, ada tanah lebih bule buat sebijik rumah lagi. so pemaju buat jalan tepi rumah aku yang patutnya jalan mati. dah buat jalan pon masih berbaki hampir 5 kaki. sebelah tu pulak asalnya estet... 2017 setel urusan pindah penduduk, pemaju stat bina rumah, masih berbaki 3, 4 kaki lagi tanah kosong yang asalnya semak samun... alhamdulillah dah penuh pokok aku kejakan tanah tu...
 
ingat lagi, dalam bulan jun dan julai 2017 dorang sibuk ratakan tanah. jadik aku amik kesempatan gali anak pisang yang ditinggalkan dan kayu beluti yang tak lagi digunakan. aku punggah dan tanam pisang hingga masuk bulan remdan... jadik letih tak terkabo masa tu. kayu beluti aku buatkan pondok jadik la tempat bertapa setiap malam. petang-petang kekadang layan cekodok sambil tengok anak main bola. perghhh! romantis!

bila pokok pisang dah beso dan kluokan hasil, keja-keja pembinaan rumah makin hebat. dorang nak buat tembok tinggi untuk rumah orang kaya, hingga menyebabkan banyak pokok pisang aku jadik korban... nak marah pon ada, tapi ati melayu cepat sejuk sendirik... huuu!

kawasan tu dah pon rimbun.... bukan pisang aje, doyan pon ada tapi tunggu la jadik saka sebab tanam dengan biji. ada jiran kabo, "brasa macam dok kat kampong pulak" dan yang lebih bombastik lagik, "mir, kalu aku lalu kat sini rasa macam kat jengka je!"

ceh! melampaunya metafora ko ni
 
 


MENURUT Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, keihkhlasan merupakan pangkal diterimanya ibadah. Kerana itu, pada setiap kali majlis pengajian beliau di madrasahnya di Baghdad, tema ikhlas dalam beribadah menjadi pokok bahasan utama.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Kalian harus ikhlas dalam beramal. Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian kerjakan. Jangan pernah berharap ganti daripada pemberian kalian itu. Beramallah kerana Allah. Dan, jadilah orang yang mengharap reda-Nya.
Ketika kalian berbicara, maka bicaralah dengan niat yang tulus. Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus. Kerananya, setiap amal yang tidak diawali dengan niat, amalnya akan sia-sia.

 
 
Di antara tanda atau ciri-ciri ikhlas adalah, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain. Ikhlas juga bermakna membuang kesombongan dalam diri. Maka, sedikit pun kalian jangan pernah berasa sombong dengan amal kalian! Kerana kesombongan dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian.”
Maka, marilah memohon kepada Allah agar kita diberi pertolongan dan keikhlasan hati dalam mengerjakan amal soleh. Kita tidak akan pernah boleh bersabar melaksanakan solat dan puasa, jika kita tidak meminta pertolongan-Nya.

-- Disarikan daripada kitab Fathu Rabbani karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.


SYEIKH Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya: 

“Barangsiapa yang yakin bahawa Allah menyuruhnya melakukan ibadah, pasti ia bersungguh-sungguh menghadap-Nya. Barangsiapa mengetahui bahawa segala urusan itu berada di tangan Allah, pasti bertekad kuat untuk tawakal kepada-Nya.”
--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: “Siapa yang yakin bahawa Allah SWT menuntunnya untuk melayani-Nya dan melaksanakan tugas-tugas ‘ubudiyyah, pasti ia akan menghadap Allah dengan tulus dan berusaha melaksanakan apa saja yang diredai-Nya dengan sempurna.Hal tersebut disebabkan buah amalnya itu akan kembali kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhannya. Jika ia berakal dan bermakrifat, maka apakah layak jika ia tak tulus dan tidak sungguh-sungguh dalam beramal dan meninggakan masalah peribadinya?
Barangsiapa yang mengetahui bahawa segala urusan di tangan Allah, termasuk upayanya dalam melayani Tuhannya, pasti kalbunya akan tertuju kepada-Nya dengan tawakal dan memohon-Nya agar mempermudah urusan dan hal-hal yang mendekatkan diri kepada-Nya.Tak ada yang mampu melakukan hal itu, kecuali Allah SWT. Semua perkara berada di tangan-Nya dan seorang hamba tidak berperanan apa-apa.”

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.
 

ALLAH SWT berfirman, “Dan Kami lebih dekat padanya daripada urat lehernya sendiri.”

Allah begitu dekat dan mengetahui segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-Nya. Allah mengawasi segalanya. Kerana itu, muraqabah merupakan salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang Muslim. Kerana, dengan muraqabah inilah seorang hamba dapat menjalankan ketaatan kepada Allah SWT di manapun ia berada, hingga mampu menghantarkannya pada darjat seorang Mukmin sejati.

Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang merindukan pertemuan dengan Allah, maka Allah pun akan merindukan pertemuannya dengan diri-Nya. Dan, siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun tidak menyukai pertemuan dengannya.”
- (HR. Bukhari).

Memiliki rasa rindu seperti ini jelas tak mudah. Sikap ini tidak akan muncul dengan sendiri, tetapi harus dipelajari, disedari dan diusahakan. Sesorang yang bermuraqabah kepada Allah, akan memiliki ‘firasat’ yang benar.
Syeikh al-Kirmani mengatakan,
“Barang siapa yang memakmurkan dirinya secara zahir dengan ittiba’ sunnah, secara batin dengan muraqabah, menjaga dirinya daripada syahwat, manundukkan dirinya daripada keharaman, dan membiasakan diri mengambil makanan yang halal, maka firasatnya tidak akan salah.”

Rasulullah SAW bersabda,
“Bertaqwalah kepada Allah di manapun kamu berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik guna menghapuskan perbuatan buruk tersebut, serta gaulilah manusia dengan pergaulan yang baik.”
- (HR. Tirmidzi).

Allah SWT juga berfirman,
“Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu menampakkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
- (QS Al-Baqarah [2]: 284).

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak