Selasa, 2 April 2019

SYEIKH Ibnu Atha'illah berkata, "Engkau hendaknya berfikir untuk melakukan amal sebaik mungkin, tidak banyak mungkin. Banyak amal jika tidak dilakukan dengan baik adalah seperti pakaian yang banyak jumlahnya, tapi harganya murah. Sedangkan sedikit amal tapi berkualiti (dikerjakan dengan baik) adalah seperti sedikit pakaian tetapi mahal harganya.

Amal yang berkualiti (dikerjakan dengan baik) adalah seperti sebutir intan permata, kecil untuk itu tapi mahal harganya. Orang yang menjadikan hatinya selalu ingat kepada Allah SWT dan berjuang untuk melindungi hatinya daripada pengaruh hawa nafsu, maka itu lebih utama daripada banyak melakukan solat dan puasa sunat (tetapi hatinya dikuasai oleh hawa nafsu).

Orang yang melakukan solat dengan hati lalai adalah seperti seseorang yang menghadiahkan 100 peti kosong kepada seorang raja, tentu saja sang raja akan marah dan selalu mengingati perbuatan buruknya ini.

Sedangkan orang yang solat dengan hati yang hadir (khusyuk), adalah seperti seorang yang memberi sebutir intan berlian 100 dinar kepada seorang raja, sang raja pun akan mengingati dan memujinya selalu."

--- Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Tajul 'Arus.

"Pandangan simpati menutup segala cela, sebagaimana pandangan benci menampakkan segala cacat."

“Nabi SAW bersabda, ‘Perbaharuilah imanmu dengan lâ ilâha illallâh’.
- (HR Ahmad).

Itu menunjukkan bahawa sesungguhnya debu maksiat dan noda dosa akan menempel pada dirimu. Tak semua tempelan noda itu boleh dibersihkan dengan air. Namun, ada noda yang hanya dapat dibersihkan dengan api. Sama dengan emas yang mengandungi campuran palsu yang harus dimurnikan dengan api. Begitu pula dengan keadaan orang yang melakukan maksiat. Mereka tidak dapat masuk syurga sebelum dimurnikan oleh api neraka.”

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj Al-‘Arus.

Muhammad Najdat menjelaskan, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani, Rasulullah SAW bersabda, 

“Iman dapat menjadi usang di hati kalian seperti pakaian. Kerana itu, mintalah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hati kalian.”
Bersihkan kalbumu dengan bacaan lâ ilâha illallâh. Orang yang meyakini kalimat itu perlu memenuhi hatinya hanya dengan Allah. Tidak ada sesuatu pun yang lain selain Allah dalam hatinya.
Ketika hatinya diisi oleh sesuatu selain Dia, bererti ia telah mengotori dan merosak kesucian hatinya serta kemurnian keyakinannya, sehingga ia harus memperbaharuinya dengan mengucapkan kalimat tauhid 'lâ ilâha illallâh'. Sebab mengucapkan kalimat tauhid tersebut secara terus menerus dapat memperbaharui iman yang terdapat dalam hati sekali gus menerangi dan membuatmu lebih yakin.”

– Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Taj al-‘Arus, syarah oleh Dr. Muhammad Najdat.
 

Isnin, 1 April 2019

MARI kita warnai media sosial dengan kesejukan batin dan kejernihan akal. Hindari kisruh, caci-maki dan konflik sesama saudara sendiri. Lalu, cambuk penyakit hati dan kebutaannya dengan doa ini. Mari bangkitkan rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya dengan hakikat cinta yang mesti kukuh tertanam dalam hati.
Abu Darda r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

“Di antara doa yang biasa dibaca oleh Nabi Dawud a.s. adalah doa berikut: 
‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, curahan cinta-Mu dan rasa cinta kepada orang-orang yang mencintai-Mu dan kecintaan melakukan perbuatan yang dapat menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah kecintânku kepada-Mu melebihi kecintâanku kepada diriku, keluargaku, dan kepada air yang segar.’"
-- (HR al-Tirmidzi).


اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِيْ حُبَّكَ ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِنْ نَفْسِيْ وَأَهْلِيْ وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ .

"YA ALLAH, anugerahilah kami rasa takut kepada-Mu yang menjadi penghalang antara kami dan maksiat-maksiat kami, dan anugerahilah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menghantarkan kami kepada syurga-Mu, dan anugerahilah kami keyakinan yang dapat meringankan berbagai musibah dunia. Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada kami, melalui pendengaran kami, penglihatan kami, kekuatan kami, selama Engkau menghidupkan kami.

Dan jadikanlah kebahagiaan itu selamanya bersama-sama kami. Jadikanlah rasa marah kami untuk melawan orang-orang yang menzhalimi kami dan tolonglah kami melawan orang-orang yang memusuhi kami. Jangan Engkau jadikan musibah kami pada agama kami, jangan Engkau jadikan dunia sebagai tujuan tertinggi kami dan puncak pengetahuan kami dan janganlah Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami menjadi pemimpin kami.”
- (HR al-Tirmidzi).

اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيْكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا ، اَللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا ، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا ، وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا ، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا ، وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِيْ دِيْنِنَا ، وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا ، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا .

SYEIKH Ibnu Atha’illah mengirim surat kepada sahabatnya: 

“Barangsiapa yang yakin bahawa Allah menyuruhnya melakukan ibadah, pasti ia bersungguh-sungguh menghadap-Nya. Barangsiapa mengetahui bahawa segala urusan itu berada di tangan Allah, pasti bertekad kuat untuk tawakal kepada-Nya.”

--- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan: “Siapa yang yakin bahawa Allah SWT menuntunnya untuk melayani-Nya dan melaksanakan tugas-tugas ‘ubudiyyah, pasti ia akan menghadap Allah dengan tulus dan berusaha melaksanakan apa saja yang diredai-Nya dengan sempurna.Hal tersebut disebabkan buah amalnya itu akan kembali kepada dirinya sendiri, bukan kepada Tuhannya. Jika ia berakal dan bermakrifat, maka apakah layak jika ia tak tulus dan tidak sungguh-sungguh dalam beramal dan meninggakan masalah peribadinya?
Barangsiapa yang mengetahui bahawa segala urusan di tangan Allah, termasuk upayanya dalam melayani Tuhannya, pasti kalbunya akan tertuju kepada-Nya dengan tawakal dan memohon-Nya agar mempermudah urusan dan hal-hal yang mendekatkan diri kepada-Nya.Tak ada yang mampu melakukan hal itu, kecuali Allah SWT. Semua perkara berada di tangan-Nya dan seorang hamba tidak berperanan apa-apa.”

-- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, dengan syarah oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.


 

Isnin, 25 Mac 2019


journey to china


diberikan bilik di Inner Monggolia Grand Hotel, mesti la selesa, kan... untuk delegasi luo negara!

sampai je aku terus merayau sensorang dekat sekitar hotel. kebetulan ada taman kat situ. persis crita kungfu jakie chan 'the karate kid' yang kita nampak orang tua main pingpong kat taman... memang tamannya dipenuhi warga tua yang bizi eksesaiz.  

ntah berapa km aku berjalan tak tau le. yang aku tau cuaca agak sejuk. cahaya mentari cuma sedikit menghangatkan badan. aku susuri  jalan dan bangunan yang dihiasi bunga dan batu besar sebagai arca dan deko. sesekali angin kencang, aku rasa macam nak tumbang.

faktor cuaca sangat penting membolehkan orang kat negara macam ni buat aktiviti luar. bahkan g keja naik beskal takda la masalah... tak le risau ketiak belengas! kalu kat mesia ada brani nak baring-baring kat dataran merdeka waktu tengah hari? huihhh rentung nanti!


 
 
 

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak