Khamis, 7 Mac 2019

Abu Utsman menuturkan,
”Tanda kerinduan adalah kecintaan pada kematian.”

Sebahagian ulama mengatakan,
”Sesungguhnya para pencinta akan merasakan manisnya kematian pada saat kemunculannya. Saat itu, terbukalah bagi mereka bahawa rahmat kematian itu lebih manis daripada kehidupan.”


-- Imam Jalaluddin as-Suyuthi dalam kitab Syarh ash-Shudur bi Syarh Hal al-Mawta wa al-Qubur.

Rabu, 6 Mac 2019


Ibn Asakir menuturkan bahawa Dzunnun al-Misri pernah mengatakan,

”Kerinduan itu berada di posisi dan darjat tertinggi. Jika seorang hamba telah mencapainya, dia akan melangkah menuju kematian; sebagai wujud rasa rindunya kepada Tuhannya serta rasa cintanya pada pertemuan dan perjumpaan langsung dengan Tuhannya.”


-- Imam Jalaluddin as-Suyuthi dalam kitab Syarh ash-Shudur bi Syarh Hal al-Mawta wa al-Qubur.

SYEIKH Ibnu Atha'illah menuturkan:


"Al-Jurairi menuturkan, “Salah seorang sahabat kami selalu mengucap 'Allah, Allah.' Lalu pada suatu hari, kepalanya terkena batang pohon hingga pecah dan mengucurkan darah. Dari darah itu kemudian tertulis di atas tanah lafal Allah, Allah.”

Zikir laksana api yang bekerja secara aktif dan memberikan pengaruh. Ketika masuk ke dalam sebuah rumah, zikir itu akan berucap, “Aku, tidak ada lagi selain-Ku.” Itulah makna ungkapan la ilaha illa Allah. Jika di dalam rumah itu bertemu dengan kayu bakar, zikir tersebut akan segera membakar. Jika rumah itu gelap, ia akan menjadi cahaya penerang.
Jika rumah itu memang memiliki cahaya, ia akan menjadi cahaya di atas cahaya.



--- Syeikh Ibnu Atha’illah dalam Miftah al-Falah wa Misbah al-Arwah.

DALAM kitab Al-Mahabbah, Imam Al-Ghazali bercerita tentang kerinduan Ibrahim bin Adham kepada ALLAH SWT yang begitu dahsyat. Sebuah kerinduan yang sangat menggelisahkan jiwanya. Ibrahim begitu kecewa dan gelisah. Suatu hari Ibrahim bin Adham berkata, 

“Wahai Rabb-ku. Jika Engkau pernah memberi salah seorang daripads para pecinta-Mu sesuatu yang dapat menenangkan hatinya sebelum bertemu dengan-Mu, maka berikanlah juga itu padaku! Sungguh aku kecewa dan gelisah dibuatnya.”

Setelah itu, aku bermimpi berdiri di hadapan-Nya, Dia berfirman, “Wahai Ibrahim. Apakah engkau tidak malu meminta agar Aku memberimu sesuatu yang dapat menenangkan hatimu sebelum bertemu dengan Aku? Apakah orang yang tercekam rindu dapat tenang hatinya sebelum bertemu kekasihnya?”
Lalu, aku pun menjawab, “Wahai Rabb-ku. Kecintaanku kepada-Mu telah melambung tinggi hingga aku tak tahu bagaimana harus berkata. Ampunilah aku. Ajarilah apa yang harus aku ucapkan.”
Maka, ALLAH menjawab, “Ucapkanlah, Ya Allah... Relakanlah aku dengan ketentuan-Mu, sabarkanlah aku atas cubaan-Mu, dan berikanlah aku kesedaran untuk mensyukuri segala nikmat-Mu.”

Jadi, menurut Imam Al-Ghazali, kerinduan seperti ini baru akan reda dan menemukan ketenangan nanti di akhirat kelak. Kerinduan ini hanya berakhir di akhirat melalui perjumpaan dan penyaksian langsung terhadap Allah Azza wa Jalla.

-
 
 
Daripada Imam Al-Ghazali dalam kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq wa al-Uns wa al-Ridha, Ihya Ulumuddin.

Selasa, 5 Mac 2019

‘ABDULLAH bin Mas’ud r.a. mengatakan:

“1) Laksanakanlah apa yang Allah perintahkan kepadamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling sering beribadah.
2) Jauhilah larangan-larangan Allah, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling zuhud.
3) Terimalah dengan reda rezeki yang Allah berikan kepadamu, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling kaya.”

--- Kitab Nashaihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.

SYEIKH Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al-Fattani radhiallahu ‘anhu mengatakan, 


“Wahai orang faqir lagi haqir yang amat hina! Kelalaian kamu daripada mengingati-Nya tidak akan terjadi melainkan kerana buruknya adabmu dan jahilnya kamu tentang kebesaran-Nya. Sedangkan Dia (ALLAH TA'ALA) tidak pernah lupa memberikan kebaikan-Nya kepadamu, jadi, bagaimana pula kamu tidak akan memalingkan setiap anggotamu itu untuk berkhidmat kepada-Nya sahaja, sedang hatimu menghadap kepada-Nya dengan penuh kesyukuran❓”


”ALLAH menerangi alam lahir dengan cahaya makhluk-Nya, dan menerangi kedalaman batin dengan cahaya sifat-Nya. Kerana itulah cahaya alam lahir terbenam, sementara cahaya hati dan kedalaman batin tak akan terbenam. Maka katakanlah, ”Sesungguhnya matahari siang terbenam ketika malam, tetapi matahari hati tak pernah terbenam.”

--- Syekh Ibnu ’Atha’illah dalam Al-Hikam.


Sesuatu yang bersifat lahiriah boleh lebur dan tenggelam oleh waktu, namun cahaya hati dan kedalaman batin tak pernah terbenam. Pada setiap perbuatan dan wujud selalu mengandungi makna dan sifat, ia hanya boleh dipahami oleh mereka yang mempunyai hati yang yang tercerahkan oleh pancaran cahaya Ilahi.

Jadi, segala realiti lahiriah boleh berubah atau bahkan menghilang oleh ruang dan waktu, namun kesedaran batin selalu berkembang dan bersifat abadi. Tinggal bagaimana kita melakukan riyadah agar boleh menerima pancaran cahaya Ilahi dengan mudah dan tercerahkan.
 

 

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak