Isnin, 4 Mac 2019

ABU ALI AD-DAQQAQ rahimahullah mengatakan,


"Barangsiapa menghiasi dirinya dengan mujahadah, maka Allah akan memperindah batinnya dengan musyahadah.



Allah berfirman, "Orang-orang yang berjihad untuk mencari keredaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." - (QS Al-Ankabut (29): 69).

Barangsiapa yang tidak mengawali laku batinnya dengan mujahadah, maka ia tidak akan merasakan aroma wangi tarekat."

Imam Al-Junaed menuturkan, "Aku mendengar Sari As-Saqathi berkata, 'Wahai orang muda, bekerja keraslah sebelum kalian mencapai umur sepertiku yang lemah dan tak dapat melakukan amal yang maksimum.' Ini dikatakannya setelah melihat tak ada anak-anak muda yang menyertainya beribadah."

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Al-Ghunyah Lithalibi Thariq Al-Haqq.


SYEIKH IBNU ATHA’ILLAH mengatakan: 

“Ingatlah, engkau baru akan memperolehi kedudukan mulia dan tinggi di sisi Allah SWT jika engkau benar-benar mengikuti sunnah Nabi SAW. Sebaliknya, engkau justeru akan diremehkan dan jauh daripada Allah jika engkau tidak mengikuti Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman, “Katakan (wahai Muhammad), ‘Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosa kalian.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” - (QS Ali Imran [3]: 31). 

Mengikuti Nabi SAW terwujud dalam dua hal; secara lahiriah mahupun batiniah. Aspek lahiriah berupa pelaksanaan solat, puasa, haji, zakat, jihad di jalan Allah, dan ibadah-ibadah lainnya. Sedangkan aspek batiniah berupa keyakinan akan adanya pertemuan dengan Allah dalam solat, disertai kekhusyukan dan perenungan maknanya terhadap bacaan-bacaannya.
Jika engkau sedang melakukan amal ketaatan seperti solat dan membaca Al-Quran, tetapi pada saat itu engkau tidak memiliki rasa takut, tidak berfikir, dan tidak boleh merenungi, bererti penyakit batin telah menghinggapi dirimu, oleh kerana kesombongan, ujub atau sejenisnya.”
Allah SWT berfirman, “Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang jelas.” - (QS Al-‘Araf [7]: 146).
Orang yang seperti itu tak ubahnya seperti orang yang sedang terkena penyakit demam. Baginya, semua makanan di mulutnya terasa pahit. Ia sama sekali tak merasakan kenikmatan makanan — yang mengundang selera dan lazat sekalipun — akibat rasa pahit di mulutnya. Orang seperti ini tak akan boleh merasakan nikmatnya ketaatan kepada Allah SWT.”
-- Syekh Ibnu Atha’illah dalam kitab Bahjat An-Nufus


SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI qaddasallahu sirrahu mengatakan:

"Wahai kalian yang kalbunya mati, kalian harus senantiasa mengingati Tuhan kalian, membaca Kitab-Nya, mengikuti Sunnah Rasul-Nya, dan menghadiri majlis-majlis zikir. Dengan demikian kalbu kalian akan hidup kembali, sebagaimana bumi yang mati dihidupkan kembali dengan hujan yang menyegarkan.
Zikir yang terus-menerus adalah penyebab kebaikan yang terus-menerus di dunia ini dan di akhirat nanti. Apabila kalbu seseorang sihat, maka zikir akan menjadi hal yang terus-menerus terjadi di dalamnya. Zikir terukir di sekitarnya dan di seluruh ruangnya, sehingga matanya boleh saja tertidur, tetapi kalbunya akan selalu mengingati Tuhannya. Dia mewarisi ini daripada Nabinya SAW, yang biasa mengingati Allah di setiap saat.
Hamba-hamba Tuhan secara normal akan tidur hanya jika ngantuk menguasai mereka secara tak tertahankan lagi, meskipun ada sebahagian orang di antara mereka yang dengan sengaja tidur satu jam di malam hari, sebagai cara untuk membantu diri mereka agar boleh bangun sepenuhnya sepanjang sisa malamnya.


Dengan memberikan sedikit kelonggaran ini kepada keperluan diri rendahnya (nafs), mereka akan menenangkannya dan mencegahnya daripada mendatangkan kesulitan serius kepada mereka.
Alkisah, diceritakan bagaimana seorang yang soleh — semoga Allah Yang Maha Tinggi melimpahkan rahmat-Nya kepadanya — sedang memegang seuntai tasbih dan menggunakannya untuk menghitung puji-pujiannya kepada Tuhan, sampai suatu saat dia tertidur. Kemudian dia terbangun dan melihat bahawa biji-biji tasbihnya masih berputar di tangnnya, sementara lidahnya masih mengucapkan zikir kepada Tuhannya.
Seorang soleh yang lain lagi biasa memaksa dirinya untuk tidur di sebagian malam, dan akan mendapati dirinya siap untuk itu tanpa betul-betul memerlukan istirahat. Ketika ditanya tentang hal itu, dia berkata: “Kalbuku melihat Tuhanku.”
Dia mengatakan kebenaran dalam apa yang dikatakannya, sebab mimpi yang benar (manâm shâdiq) adalah wahyu daripada Allah. Apa yang dia sukai ada di dalam tidurnya.
Apabila seseorang dekat kepada Allah, maka malaikat-malaikat-Nya akan diberi tugas mengawasinya setiap saat. Jika dia tidur, mereka akan duduk di arah kepalanya dan di arah kakinya; mereka menjaganya baik di depannya mahupun di belakangnya.
Syaitan mungkin akan mencuba untuk menggodanya, tetapi dia tidak akan merasakan kedekatannya, sebab dia tidur dalam penjagaan Allah, dan dalam penjagaan-Nya dia akhirnya akan terjaga kembali. Apakah dia bergerak ataukah diam, dia selalu dalam penjagaan Allah Yang Maha Tinggi.
Ya Allah, jagalah kami daripada semua keadaan, dan: Berilah kami kebaikan di dunia ini, dan kebaikan di akhirat juga, dan jagalah kami daripada siksa neraka!" - (QS 2:201).
-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khawathir.

Jumaat, 1 Mac 2019


DARIPADA Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallaahu’anhu telah berkata: "Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia telah menyatakan tujuannya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai perkara yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka Baginda Rasulullah SAW telah berkata kepadanya, "Tanyalah apa yang dikehendaki."
Dialog tersebut berlangsung....
"1. Bagaimana sekiranya aku ingin menjadi orang yang alim"?
✅ Rasulullah bersabda: "Takutlah kepada Allah, maka engkau akan jadi orang yang paling alim."
"2. Bagaimana sekiraya aku mahu menjadi orang yang paling kaya?"
✅ Rasulullah bersabda: "Jadilah orang yang qana'ah (merasa cukup dengan Allah), maka engkau akan jadi orang yang paling kaya."
"3. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling adil?"
✅ Rasulullah bersabda: "Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia."
"4. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi orang yang paling baik?"
✅ Rasulullah bersabda: "Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka, engkau akan jadi sebaik-baik manusia."
"5. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Allah?"
✅ Rasulullah bersabda: "Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan jadi orang yang istimewa di sisi Allah."
"6. Bagaimana sekiranya aku mahu disempurnakan imanku?"
✅ Rasulullah bersabda: "Perelokkan akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna."
"7. Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan orang muhsinin (baik)?"
✅ Rasulullah bersabda: "Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak merasakan begitu sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini, engkau akan termasuk dalam golongan muhsinin."
"8. Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan yang taat?"
✅ Rasulullah bersabda: "Tunaikan segala kewajipan yang difardukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat."
"9. Bagaimana sekiranya aku mahu berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa?"
✅ Rasulullah bersabda: "Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa."
"10. Bagaimana sekiranya aku mahu dihimpunkan pada Hari Kiamat di bawah cahaya?"
✅ Rasulullah bersabda: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitungkan pada Hari Kiamat di bawah cahaya."
"11. Bagaimana sekiranya aku mahu dikasihi oleh Allah pada Hari Kiamat?"
✅ Rasulullah bersabda: "Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihimu pada Hari Kiamat."
"12. Bagaimana sekiranya aku mahu dihapuskan segala dosaku?"
✅ Rasulullah bersabda: "Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu."
"13. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi semulia-mulia manusia?"
✅ Rasulullah bersabda: "Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia."
"14. Bagaimana sekiranya aku mahu menjadi segagah-gagah manusia?"
✅ Rasulullah bersabda: "Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia."
"15. Bagaimana sekiranya aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah?"
✅ Rasulullah bersabda: "Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu."
"16. Bagaimana sekiranya aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi Allah dan rasul-Nya."
✅ Rasulullah bersabda: "Cintailah segala apa yang disukai Allah dan rasul-Nya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.
"17. Bagaimana sekiranya aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat?"
✅ Rasulullah bersabda: "Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasul-Nya."
"18. Bagaimana sekiranya aku mahu diterima segala permohonanku?"
✅ Rasulullah bersabda: "Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterima-Nya."
"19. Bagaimana sekiranya aku mahu agar Allah menutup segala keaibanku pada Hari Kiamat?"
✅ Rasulullah bersabda: "Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada Hari Kiamat."
"20. Siapakah yang terselamat daripada dosa?"
✅ Rasulullah bersabda: "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan."
"21. Apakah sebesar-besar kabaikan di sisi Allah?"
✅ Rasulullah bersabda: 
"Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)."
"22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?"
✅ Rasulullah bersabda: "Buruk akhlak dan tamak haloba."
"23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?"
✅ Rasulullah bersabda: "Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang (silaturahim)."
"24. Apakah yang memadamkan api Neraka pada Hari Kiamat?"
✅Rasulullah bersabda: "Sabar di dunia dengan bala dan musibah."
❤💚 - [ Riwayat Kanzul 'Ummal: Imam A'lauddin menukilkan daripada Imam as-Sayuti ].
 


Imam Ibnu Qudamah pernah ditanya, *"Apa bedanya Orang Baik (Shalih) dan Penyeru Kebaikan (Mushlih)?"
Beliau menjawab:
1.Orang Baik (Shalih), melakukan kebaikan untuk dirinya, sedangkan Penyeru Kebaikan (Muslih) mengerjakan kebaikan untuk dirinya dan untuk orang lain.
2. Orang Baik, dicintai manusia, Penyeru Kebaikan dimusuhi manusia.


Beliau ditanya lagi oleh muridnya, *"Kenapa demikian?"*
Jawabnya:
Rasulullah sebelum diutus sebagai Rasul, beliau dicintai oleh kaumnya karena beliau adalah orang baik. Namun ketika Allah ta'ala mengutusnya sebagai Penyeru Kebaikan, kaumnya langsung memusuhinya dengan menggelarinya sebagai Tukang sihir, Pendusta, Gila, dll.

Ibnu Qudamah kemudian menambahkan:
Karena Penyeru Kebaikan 'menyikat' batu besar nafsu angkara dan memperbaikinya dari kerusakan.
Itulah sebabnya kenapa Luqman al Hakim menasihati anaknya agar *BERSABAR* ketika melakukan kebaikan, karena dia pasti akan menghadapi permusuhan. Disebutkan dalam Al Quran:
"(Lukman berkata) Hai anakku tegakkan shalat, perintahkan kebaikan, laranglah kemungkaran, dan bersabarlah atas apa yang menimpamu."


Berkata Ahlul Ilmi:
"Satu penyeru kebaikan lebih dicintai Allah daripada ribuan orang baik (yang tidak menyerukan kebaikkan)."


Sesungguhnya melalui penyeru kebaikan itulah, Allah menjaga umat ini. Sedang orang baik hanya cukup menjaga dirinya sendiri. Maka marilah kita berusaha dengan sungguh-sungguh untuk menjadi penyeru kebaikkan.



IMAM Al-Junaid mengatakan,


“Sesungguhnya awal yang diperlukan oleh seorang hamba daripada sesuatu yang bersifat hikmah adalah mengetahui Sang Pencipta atas keterciptaan diri-Nya; kebaharuan diri tentang bagaimana kebaharuan-Nya; sifat keperbezaan Sang Pencipta daripada sifat makhluk; sifat perbezaan “Zat yang Lama” daripada “yang baru” (alam/makhluk); menurut pada ajakan-Nya, dan mengetahui keharusan diri untuk taat kepada-Nya.

Sesungguhnya orang yang belum mengetahui Zat Sang Penguasa alam, maka ia tidak akan mengetahui keberadaan kerajaan alam tentang status kepemilikan-Nya untuk siapa.”

Sedangkan menurut Abu Thayib Al-Maghribi, "Setiap unsur dalam diri seorang hamba memiliki fungsi yang berbeza-beza berkaitan dengan kemakrifatannya kepada Allah. Akal, menurutnya, memiliki fungsi pembuktian dalil secara logika, hikmah memberi isyarat, dan makrifat mempersaksikan. Kerana itu, kejernihan ibadah tidak akan diperolehi kecuali dengan kejernihan tauhid."

Imam Al-Junaid mengatakan bahwa, "Tauhid bererti pengesaan Zat Yang Esa dengan hakikat dan kesempurnaan keesaan-Nya. Tidak beranak dan tidak diperanakan. Tidak setara dengan apa pun.”

-- Disarikan daripada Risalah Qusyairiyah.


Khamis, 28 Februari 2019


DAN (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: 
"Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati."
Allah berfirman:
"Belum yakinkah kamu?"
Ibrahim menjawab:
"Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian daripada bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
- (Qs Al-Baqarah : 260).

Dalam menafsirkan ayat ini sebahagian ulama sufi menjelaskan bahawa kita (hati) akan hidup kembali jika membunuh empat ekor unggas yang mencerminkan diri kita atau egoisme kita. Keempat ekor unggas yaitu itik yang mencerminkan kerakusan, kedua ayam jantan yang melambangkan nafsu, ketiga merak melambangkan keangkuhan yang terakhir gagak yang melukiskan keinginan.
Menurut tafsiran sebahagian sufi, unggas-unggas itulah yang selama ini selalu mengendalikan jiwa kita sehingga mereka selalu merosakkan kemesraan kita dengan Tuhan sehingga kita keluar daripada fitrah kemanusiaan kita.
💚 Semoga bermanfaat!


TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak