Isnin, 10 Disember 2018


Imam Ahmad bin Muhammad al-Jariri — (semoga Allah merahmatinya) — berkata,

“Barangsiapa belum menguasai ilmu tauhid berserta argumen-argumennya, maka telapak kaki yang tertipu pasti akan tergelincir ke dalam kerosakan hawa nafsu.”

Ertinya, barangsiapa yang hanya memastikan taklid dan tidak berusaha merenungi argumen-argumen tauhid, dia akan menyimpang dari jalan yang dapat menyelamatkannya dan tertawan di lembah kerosakan.

— Risalah Al-Qusyariyah, Imam Al-Qusyairi An-Naisaburi.


Wahai anak muda! Ingatlah bahawa segala sesuatu yang kau lihat berupa wajah-wajah yang digilap dan kau cintai adalah cinta yang palsu, yang menyebabkanmu dikenakan hukuman. Sebab, cinta yang benar dan tidak akan mengalami perubahan adalah cinta kepada Allah Azza wa Jalla. Dialah yang wajibnya kau lihat dengan kedua mata zahir dan batinmu.

Itulah cinta orang-orang Shiddiq yang dipenuhi limpahan kerohaniaan. Mereka tidak mencintai dengan keimanan, tetapi dengan keyakinan dan kesaksian. Hijab mereka tersingkap dari matahatimu sehingga engkau melihat perkara-perkara yang ghaib. Engkau melihat apa yang tidak mungkin dapat mereka jelaskan!”

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.


“Wahai anak muda! Waspadalah jika Allah melihat di dalam hatimu ada selain Diri-Nya. Waspadalah bahawa Allah melihat di dalam hatimu ada rasa takut kepada selain Diri-Nya, ada harapan kepada selain-Nya, dan ada kecintaan kepada selain kepada-Nya.

Maka, hendaklah engkau berusaha membersihkan kalbumu daripada selain Diri-Nya. Hendaklah engkau tidak memandang kemudaratan ataupun manfaat kecuali bahawa itu datang daripada Allah. Engkau selalu dalam rumah-Nya dan menjadi tamu-Nya.

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani.

Jumaat, 7 Disember 2018

ALKISAH. Suatu hari ada orang yang mengadu kepada Imam Hasan Al-Bashri tentang lamanya musim kemarau, maka beliau memberi nasihat, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, maka beliau pun memberi solusi cepat menyelesaikan masalah, “Beristighfarlah kepada Allah!”

Terakhir, ada seseorang yang meminta agar didoakan punya anak, maka Imam Hasan Al-Bahri menjawab, “Beristighfarlah kepada Allah!”

Ar-Rabi’ bin Shabih yang kebetulan hadir di situ langsung bertanya, “Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?”
Maka, Imam Hasan Al-Bashri pun menjawab, “Aku tidak mengatakan hal itu daripada diriku sendiri. Tetapi, sungguh Allah SWT telah berfirman dalam surah Nuh:

“فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً . وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً” - (نوح: 10-12).

“Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu.”

--- Dipetik daripada Tafsir al-Qurthubi.



Rasulullah SAW menyuruh kita memperbanyak istighfar membuka salah satu kunci rezeki.

“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” 

- (HR. Ahmad daripada Ibnu Abbas).


AHLI hikmah pernah ditanya: “Jika ada seorang hamba bertaubat, apakah dia boleh mengetahui bahawa taubatnya itu diterima atau tidak? “
Dia menjawab: “Aku tidak boleh menghukuminya, hanya saja taubat yang diterima itu memiliki tanda-tanda, yaitu:

1. Tidak merasa dirinya terpelihara daripada kemaksiatan;
2. Hatinya merasa bahawa kegembiraan itu jauh, sedang kesedihan itu dekat;
3. Senang berdekatan dengan orang-orang yang berbuat baik, sekaligus menjauhi orang-orang yang berbuat buruk;
4. Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang amal akhiratnya yang banyak terasa sedikit;
5. Sibuk dengan ketaatan kepada Allah dan tidak menyibukkan diri dalam mengais rezeki yang telah dijamin oleh Allah;
6. Selalu memelihara lisannya, sering bertafakkur, serta mencemaskan dan menyesali dosa yang pernah dikerjakannya.”

-- Kitab Nasha’hul-‘Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani.


Khamis, 6 Disember 2018

Haris Al-Muhasibi mengatakan: "Di antara sebaik-baik ibadah adalah hati yang diisi rasa cinta pada ketaatan. Jika hatimu telah dilimpahi perasaan itu, maka anggota badan akan beramal sesuai dengan apa yang dilihatnya dalam hati. Sebab, boleh jadi anggota badan sibuk beribadah, sedangkan hati diam menganggur."

Seseorang bertanya, "Lalu bagaimana bentuk ibadah hati di luar anggota badan? Dan, bagaimana ibadah yang dilakukan hati akan mengalir menuju anggota badan?"
Beliau menjawab, "Yakni ketika hati menjadi wadah bagi kerisauan, kekecewaan dan kesedihan, rasa lemah dan sangat memerlukan, penyesalan, dan keterdesakan menuju Allah, sikap tulus kepada-Nya, dan cinta pada apa yang Allah cintai, serta benci pada apa yang Allah benci.

Jika ia bersikap kepada Allah dalam keadaan hati yang semacam ini, anggota badan akan ikut bergerak dan bangkit untuk melakukan ketaatan. Keadaan seperti ini akan terwujud jika relung hati telah diisi dengan zikir kepada Allah."

Disarikan dari Syarah Kitab Tajul-'Arus SyeIkh Ibnu Atha'illah, oleh SyeIkh Muhammad Najdat.



TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak