Khamis, 4 Ogos 2011

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.".

bulan posa ni disinonimkan dengan kesihatan. ketnya, dalam pada dok jaga kesihatan, banyak perkara yang mungkin kita terlepas pandang. ada yang dah jadik habit pon tapi dalam tak sedar habit tu memberikan kesan tak baik kepada kesihatan kita ni... cuma nak kongsikan le ingatan kengkawan yang dihantar melalui emel untuk manfaat bersama.

Health - Very Very Important Tips

Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.


Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Rabu, 3 Ogos 2011

bulan-bulan posa ni ada orang kata bulan berehat, santai dan rileks-rileks aje. walopon ramai ustaz dok kabo, "buangkan la tanggapan negatif tu..." tapi angin dan tempiasnya tetap gak terasa. tak tau le kot ni antara barakah bulan ramadhan ke, hingga kita rasa tenang je sampai nak buat kija pon "sedey (mudah) amat..." kata orang pahang.

jadik, dalam waktu senggang yang ada tu, sesekali aku dok belek buku terjemahan 'sifat solat nabi' oleh allamah syeikh hassan al-saqqaf yang dua minggu lepas dibeli. blom pon banyak halaman dibaca, terjumpa satu masalah yang aku tak tau pon - wajib qadha solat bagi orang yang solat di atas kapal terbang!

argh sudoh!

untuk kepastian, aku pun berkelewak le dalam gugel mencari hukumnya... macam-macam yang aku jumpa tapi cukup le dua pendapat dalam blog ni untuk perkongsian kita:

(i) Adakah solat yang dilakukan dengan rukhsah (yakni dengan mengambil kemudahan dan kelongaran) tadi perlu diulangi semula? Jawapannya; tidak perlu. Ibadah yang wajib, jika telah dilaksanakan mengikut yang termampu dilakukan (walaupun dengan meninggalkan sebahagian syarat atau rukunnya kerana tidak berupaya dilakukan, bukan kerana sengaja untuk bermain-main atau mempermudah-mudahkan agama), sahlah ibadah itu dan tidak perlu lagi diulangi. Inilah pandangan Imam al-Muzani (seorang murid terkenal Imam Syafi’ie) dan disokong oleh Imam an-Nawawi

(ii) dua pendapat Fuqaha berhubung masalah ini.

1) Tidak sah solat di atas kepal terbang walaupun mampu berdiri tegak. Solat di dalam kapal terbang tidak lebih solat menghormati waktu dan wajib diqada setelah turun daripada kapal terbang. Ini pendapat Syafie.

2) Sah solat di atas kapal terbang kerana ia menyamai solat di atas kapal air. Ini merupakan kebanyakan pendapat Ulama kontemporari. Mereka beralasan kapal terbang yang ada pada hari ini terdapat syarat yang dimaksudkan fuqaha iaitu tetap di atas bumi. Bukti kepada ucapan tersebut, kapal terbang yang melalui kawasan vakum akan terhempas dan tidak mampu terbang. Ini membuktikan bersambung antara mereka yang berada di dalam pesawat dengan bumi. Juga membuktikan kapal terbang dan individu yang berada di dalamnya masih tetap dengan bumi bukan terawang-awang.

psst: sesapa yang tau, atau ada kesempatan nak bertanya kat ustaz nanti bole le kongsikan hal ini

Isnin, 1 Ogos 2011

ketika iblis diperintahkan oleh Allah ditemu duga oleh Rasulullullah s.a.w, soklan baginda yang ke-8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba.. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sepertimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

psst: tak perlu mencederakan diri untuk taqarrub kepada Allah dan kegembiraan pertama bagi orang yang berpuasa, insyaallah tak berapa lama je lagi... so selamat berpuasa dan selamat berbuka (ok, jangan sampai membazirrrr plak!)

Jumaat, 29 Julai 2011

satu ketika waktu tengah naik motor nak balik rumah, terasa nak bertapa dalam seminggu dua daripada berblog. pada waktunya yang sama terfikir untuk membiarkan blog ini sunyi hingga tak lagi dikunjungi sesapa. bila dilupakan orang barulah aku nak mulakan semula, ibarat baru nak berblog... struggle mencari rakan maya. dah dua tahun berblog, rindu plak nak rasakan kembali saat-saat tu... dalam membiarkan seminggu dua tu rupanya nak masuk sebulan dua dah yeaaa...

apa pon, junjungan rasa tima kasih tak terhingga pada rakan yang tak jemu bertandang walopon aku tak lagi menjenguk ke laman teman-teman. membaca jejak yang ditinggalkan tu memang meruntun rasa bersalah dibuatnya...

alhamdulillah, hingga ke hari ni masih sihat. memang ada la kekangan biasa yang menghambat hingga buat aku tak sempat nak merawat blog ni, melawat blog kengkawan dan sudahnya tersadai dalam berkhalwat... heee

labbaika ya ramadhan... pada kesempatan tak berapa lama lagik ni, ramadhan datang lagi, pesan tok katib tadi, moga ramadhan ini tidak membiarkan kita menjadi orang yang hanya dapat berlapar dan dahaga sahaja...

pssst: menjawab n3 seblom ni... kurang lebih buku tu bertajuk 'Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi'

Jumaat, 24 Jun 2011

minggu cuti sekolah itu hari balik kampung sekejap, jumpa mertua punya buku tentang sirah rasulullah. punya khusyuk membaca, buku setebal separuh kamus dewan tu tinggal beberapa bab aja lagi nak aku abihkan dalam satu hari. dan semalam ke kuantan, berkesempatan singgah juga, lalu buku tu dikhatam terus. tapi tak puas ati kalo tak memilikinya. tajuknya yang agak panjang jadik tak ingat judulnya. cuma kabonya, buku tu mencecah 20 ribu jualan. sangat tragis, detail dan asyik masyhuk menghayati perjalanan idop rasulullah s.a.w. berwarna kuning keemasan dan berharga rm35 kalo tak silap, eeelok le kita dapatkan untuk singgah di hati kita kecintaan terhadap rasulullah s.a.w. ketnya crita yang nak aku paparkan ni tiada dalam bab-bab akhir dalam buku tersebut. yang ni aku dapat daripada emel je...

*******

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa barik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah s.aw. kepada kita.


* awas kisah ini versi syiah



pssst: kekadang cinta kasih kita pada keta melebihi kasih pada anak bini. keta koto mesti anak bini kena marah, kalo calar lagik hangin!

Selasa, 21 Jun 2011

abdullah ibnu amru meriwayatkan bahawa rasulullah sa.w. bersabda, “umatku akan menyerupai bani israil selangkah demi selangkah. bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. kaum bani israil terpecah menjadi 72 golongan. umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk syurga.” kami (para sahabat) bertanya, “yang mana yang selamat?” rasulullah s.a.w menjawab, “yang mengikutiku dan para shahabatku.” riwayat imam tirmizi.

satu ketika sorang member dok tanya, "kalo takde mazhab tak bole ke?" kerana kekadang kebanyakan kita rasa susah dibuatnya. apatah lagi bila dalam keadaan tertentu kita kena pulak ikut mazhab lain. contohnya bila berada di mekah untuk tunaikan haji, contoh paling popular sebagai alasan. tu blom lagi crita bergaduh kerana mazhab!

"yang pertama kita kena faham bahawa perbezaan dalam mazhab hanyalah dalam perkara ranting (furu'), bukan hal dasar. contohnya hal baca qunut, wajib baca ke tak? dorang bukan bincang pasal wajib ke tak solat lima waktu tu..."

"yang kedua, mazhab tu suatu aliran. dorang tu ibarat guru. bila cekgu ngajo begini, begitu, kita akan ikut cakap cekgu. bila dah ramai yang ngikut, maka lahir le suatu aliran dan disandarkan pada nama guru tersebut... contoh kalo kat negara kita ni, dorang slalu kata dalam bahasa melayu pon ada mazhab, ada dua prof. yang glemer yang sokmo dirujuk sebagai mazhab tu!"

"cuma bezanya imam mazhab kita tak rigid pon. dorang sendiri kata, bole ikut mana-mana. hatta kalo nak tau, imam syafei blajo daripada imam malik dan anak murid imam hanafi, manakala imam hanbali pulak berguru dari imam syafei. takan nak kata anak murid lawan tokey kot?"

"berbalik pada soklan tayah bermazhab... kita kena tanya pulak kat diri kita, mampu ke kita berfatwa? kita hapal ke quran dan hadis? tau ke asbabun nuzul? tau ke bahasa arab dan segala selok belok balaghah, ma'ani, mantiq dan macam-macam la? tau ke usul fiqh dengan bab qias, masalihur mursalah dan apa lagi istilah yang aku pon dah tak hengat! bla... bla... bla..."

"abih tu apa crita dengan syiah ni?"

"heee... tu baru topik aliran yang wujud dalam masalah fekah. syiah pulak muncul kerana pertelingkahan politik mengenai pelantikan khalifah. dari situ juga muncul golongan khawarij. nampak tak bezanya?"

"tu blom kira pecahan mazhab dalam perkara usuluddin... ada muktazilah, syiah, murjiah, jabariah dan macam-macam lagi... semua tu kebanyakan rentetan dari perbalahan politik hingga membawa kepada perkara akidah dan masalah fekah"

pssst: ala macam politik kita ni la... bila sorang kluo parti, tubuh pulak parti lain. mula pekembar pecah parti negara, kendian 46 lepas tu ada pkr. tu blom parti india dan cina yang berantakan juga... masing-masing tuduh orang salah dengan segala macam dalil!

Jumaat, 17 Jun 2011

jika ada kesempatan, baca le buku tulisan dr. maurice bucaile, bible, al-quran & sains moden. sangat bagus untuk kita menerobos mukjizat al-quran...


"hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang" (maksud surah al-infithar: 6-8)

"hai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi maka tembusilah, dan kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan (sedang kamu tidak punya kekuatan)" (maksud surah ar-rahman: 33)

salah satu daripada hipotesis ayat ini, bahawa manusia bule menakluki bukan sahaja penjuru angkasa malah ke dalam perut bumi jua.

"dan jika Kami bukakan kepada mereka salah satu daripada (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus-menerus naik ke atasnya, tentulah mereka berkata, "sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kamilah orang-orang yang kena sihir" (maksud surah al-hijr: 14-15)

ayat ni menerangkan kehairanan yang akan dilalui oleh kafir quraiys jika Allah bukakan pintu langit. tapi penggunaan kalimah 'lau' (jika) menunjukkan keadaan itu takan berlaku pada mereka sebaliknya pada orang lain khususnya angkasawan yang ada pada abad ini...

"dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang" (maksud surah ibrahim: 33)

adanya peraturan-peraturan yang dipatuhi oleh cakrawala ini menunjukkan ada suatu kuasa maha hebat yang mencipta dan menguasainya, itulah Allah Maha Agung lagi Maha Perkasa. Maha Suci Allah, tidaklah Engkau jadikan hal ini dengan sia-sia...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak