Jumaat, 6 Mei 2011

"eeee nangis, uuuu dapat hadiah pon nangis!!!"

kena cubit skali...

masa aku balik rumah itu ari, aku nampak mata merahnya... tapi ati lelaki yang penuh ego ni buat deeek je.

"hadiah apa tu?"

"la hadiah hari ibu la... patutnya abang kena bagi kat mie..."

"aphal lak nak kena bagi? kalu abang nak bagi pon, abang takan bagi kat mie" keras ati tul, kan?

"napa?"

"laaa... hari ibu, kan? bagi kat mak abang la..." tu adil - meletakkan sesuatu pada tempatnya. tul, kan?

(istana cinta ni rasanya ada kat pulau bonggi je ni)

diam.

kluo jap, masuk balik bilik... baru la berlangsung dialog mula-mula tu tadi... apsal?

'mama along mintak maaf sebab along melawan... selamat hari ibu' - tulisan yang pontang-panting dengan sebuah hadiah anak patung yang dibeli menggunakan duit belanja hari tu sambil menahan lapar untuk belikan hadiah tersebut dari anak sulungnya... tak heran la dia nangis! sentap tangkai jantung le tu...

angah terpingga-pinga tak ingat tarikh tu, tapi tak mau kalah, "mama, tunggu hari ahad ni yea!"

"ko ada duit?"

sengih, diam...

pssst: sori takde gambo hadiah tu sebab kamera dah rosak la pulak....

Rabu, 4 Mei 2011

kami bersembang dari satu topik ke satu topik, dari kafe sudahnya tepi tangga buat halaqah tapi tak bulat la sebab dua orang je...

joe: kawan aku crita dia jumpa tok guru dia kat mekah waktu umrah, kiai ... (tayah sebut nama la). sedangkan tok guru dia memang dah meninggal dah. hah! camana tu?

aku: err aku ni tak le reti sangat bab gini. tapi camni la, stigma yang ada pada kita khususnya orang melayu menganggap apa aje yang dapat kat Mekah tu semuanya suci dan merupakan 'pemberian' Allah. sebab tu, baru ni aku baca blog ada orang ngutuk beberapa ahli politik yang sanggup bersumpah depan kaabah. sedangkan saidina umar kata (antara maksudnya), "kalau le bukan kerana aku melihat rasulullah s.a.w mencium kamu (hajarul aswad), ko hanyalah batu yang tak bernilai" hah! tu hajarul aswad, yang kita kalo pegi haji mesti ralat tak cium tu...

joe: ok yang tu aku setuju, sebab tu dulu pnah dengo crita orang nak bela toyol mesti amik kat mekah.

aku: nak kait dengan kawan ko yang jumpa roh tu guru tu, aku tanak kata dia salah ataupun tak, tapi bole aje syaitan menjelma atau menda lain wallahu a'lam. sebab, satu crita daripada ustaz aku dulu pnah bagitau ada sorang pesakitnya mendapat/dimasuki jin ketika dia sedang mengadap kaabah time mengerjakan haji. pegi aji sebagai orang biasa je macam kita ni haaa. kata la 40 hari, tapi bila balik je terus jadik hafiz dan sampai ble mengubat orang. lepas puas berubat dan dipulihkan, sudahnya jadi cam biasa la balik, takde hapal qurannya... cuma nak cakap, betapa syaitan yang masuk tu menyelinap dari tempat yang kita anggap sebagai 'pemberian' Allah ni tadi la, hafiz pulak tu, kan? so hati-hati le jangan terpedaya...

aku: cuma macam kesal gak le bila orang kita yang katanya belajar tasauf akan bercakap macam-macam yang pelik yang sudahnya bole ditafsirkan sebagai sesat!

pssst: errr t la kita sambung lain hari, panjang dah ni

Selasa, 3 Mei 2011

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (maksud surah Ali Imran:142)

selepas saploh tahun mencari, hari ni diumumkan "keadilan akhirnya ditegakkan..."

ironis tul kenyataan tu dengan segala kecanggihan dan kehebatan negara polis ni. ibarat menangkap tikus dalam rumah. dikepung segala penjuru, guna spray, bongkar segala kain baju, piuk belanga dan sebagainya punya la seksa nak tangkap...

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.(maksud surah Ali ‘Imran, 3:169)

nabi s.a.w. memberitahu kita takde orang yang dah mati nak idop balik untuk merasai sekali lagi kematian kecuali orang yang syahid. tapi kerana ati berkarat dengan hubbud dunya, maka kita sering kabur dan digambarkan betapa jihad dan syahid suatu yang taboo.

Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar. (maksud surah An-Nisa’:74)

namun tak dapat dinafikan bahwa menuntut ilmu juga sangat penting dan sebahagian daripada jalan jihad. agar dengan ilmu tidak le kita dikotak-katikkan. tak le guna senapang patah nak ngadap roket musuh. al-Quran mengingatkan kita bahawa hendaklah sebahagian orang pergi menuntut ilmu di kala sebahagian yang lain pergi berjihad di jalan Allah. wallahu 'alam

http://almuhajirun.net/2011/04/pandangan-hidup-antara-islam-dan-barat/

Jumaat, 29 April 2011

bersiaran dari pulau pinang... mintak mahap kalu tak bertandang kalu sapa tak reti nak bergurindam, sila praktis dengan video ni.

Selasa, 26 April 2011

kejap ada
kejap takde...

***

apabila mata sudah bertentangan
tergeraklah hati ingin berkenalan

apabila senyum sudah diukir
beranilah berjanji tidak,kan mungkir

apabila bertemu berdua-duaan
mudahlah iblis meniupkan bisikan

apabila lupa perintah tuhan
terbukalah jalan ke istana syaitan

apabila tidak mendengar nasihat
mudahlah terjebak le lembah maksiat

apabila sudah terlanjur
malunya dibawa sampai ke kubur

ni saja nak kongsikan contoh sebuah gurindam yang dipetik daripada pembentangan kertas oleh tuan haji hamdan abd. rahman, pensyarah di universiti di pattani.

psst: errr... pelaku dalam video ni takde kaitan dengan gurindam di atas heh!


Khamis, 21 April 2011

ada orang pesan!

rugi ke kita?

1. heh! masa zaman dok asrama dulu, time nak semayang ada sorang member tu slalu tunggu pak imam nak abih baca fatihah baru dia angkat takbir. lepas tu bole sama-sama sambung aaaaaamin! (patutnya 'aaa' tu 2 harakat je yea, 'min' tu yang kena panjang sikit)

2. huh! bila lambat ke surau atau semejid, kita slalu tunggu imam bangkit nak-nak time tahiyyat. rela kita tunggu pak imam setel bacaan tu baru kita masuk...

barangkali dua situasi ni kita rasa rugi sebab menunggu. tapi terlupa pulak jika kita awal join solat tu tentulah kita berada dalam zon pahala...

tapi yang tak pnah kita rasa rugi bila kita slalu join kontes sms afundi bio pon tak dapat apa-apa...

Selasa, 19 April 2011

dunia ni terlalu indah untuk dimusnahkan. tapi bila baca artikel ni, layan pulak lagu rabbani 'pergi tak kembali' buat aku rasa dunia ni tak bererti.

Gambaran Hari Qiamat

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa-apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain ialah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab ialah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan ialah perkara pertumpahan darah.

...

sebenonya artikel ni masih panjang. aku pon senak perut bila membayangkan keadaan tu. sesapa yang nak tau lebih lanjut, bole dapatkan:-

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak