Rabu, 6 April 2011

Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

dan bermenjak-menjak ni, keadaan orang melayu berpolitik semakin gawat. daripada heboh zaman kafir mengkafir, hingga mengusung tilam dan kendiannya beramai-ramai menonton video.

terkesan juga bila ustaz berceramah kat surau baru-baru ni, bercakap, "ni kalu saya sebut gini kang mesti orang kata saya pro puak itu atau puak ini..."

sambil terus mengomel, "kuliah kita ni takde le berkenaan dengan isu video ni cuma apa yang nak saya sampaikan adalah kalau kita tak tau, tak tengok jangan pulak kita tolong nambah-nambah atau memanjang-manjangkan cerita... kang jadik tuduhan ataupun pembawa fitnah pulak..."

"hukumannya berat jika tak dapat buktikan. qazaf lapan ploh kali sebatan..." ustaz sambung lagi komentarnya.

aku lak cuma nak melihat daripada kaca mata adab dan adat:

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah


dari kaca mata Islam, kewajiban seseorang muslim ialah menyembunyikan aib seseorang sebab nanti Allah juga akan menutup aib kita jika kita sembunyikan aib orang tu. dari sudut adat pulak, menggembar-gemburkan isu panas macam ni hingga ditayang di merata-rata akhirnya memberi mesej kepada orang bukan islam betapa teruknya orang melayu - "kata islam tu baik, tapi perangai sama je cam dorang". di kalangan kanak-kanak pulak memberi petanda bahawa "dah polis pon tak marah. orang tua-tua tengok beramai-ramai takan kita tak ble tengok kot..."

pssst: memang le adat dan budaya akan berubah bila hala tuju pemikiran kita juga berubah. tak mustahil kita juga akan jadik macam omputih yang tak kesah bila berboleng di tempat awam kerana perubahan budaya dan pandangan yang kununnya dulu kolot kini semakin maju (dari bertelanjang kepada berpakaian kendian berfesyen sudahnya telanjang balik... herannnnn!)

Isnin, 4 April 2011

ari tu korang baca, kan paper tentang budak dilanggar keta api? persamaan antara bapaknya dengan aku ialah kami sama-sama pnah mimpi eksiden dan mati.. rasanya hampir sebulan yang lalu, aku tengok tangan aku putus dan bercerai-berai. bila crita kat kawan, dia kata tu tandanya aku panjang umur!

taknak la crita pasal anak... sebab bila memikirkannya macam tak logik lak... jatuh tanpa sebab dan tanda yang dapat ditangkap dek akal dan pengalaman... bila tanya dia selepas dua hari dalam trauma, dia kata ada budak tarik dia... takde sentakan atau respon sama ada dari adik dia yang dok depannya ataupun terasa senget/berat masa kita bawak motor... eh! tercerita jugak hek! tapi apa pon tetap tima kasih kat semua yang mendoakan kebaikan untuk kami sekeluarga. ati pon lebih damai bila dah buat x-ray. semoga Allah jauhkan sebarang kemudaratan kepada kami.

*******

seblom iklan ni bakal menempek kat blog ni, nak tolong orang promot jap ni...

ni hadis mursal yang bertaraf dhaif tapi glamer orang kita gunakan. “9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)


memang perniagaan tu sunnah yang pernah rasulullah s.a.w buat sewaktu kecil baginda dan kemudiannya membawa pula kafilah dagangan siti khadijah r.a. sebelum baginda s.a.w berkahwin dengannya.


rasulullah s.a.w juga pernah mengembala kambing. korang pnah rasa camana nak hendel kambing... sakit jiwa jugak rupanya... yang jantan semedang nak nanduk kita... jadik untuk coolkan kambing tu bagi la pelet ni... kalau lembu makan palet kat tangan, argh! terasa cam layan kucing plak walopon sesekali geli-geleman kat lembu yang nyondol-nyondol manja... ngeh3x seronok jugak tau kalu dok bermesra dengan alam ni. takde le sesakit kepala macam dok opis.


sesapa yang dok bela lembu dalam skala yang besar eeelok le mencuba bisnes ni. sebab selain untuk kegunaan sendiri bole le jugak menjadi agen penjual di kalangan rakan-rakan di kawasan berkenaan.

apa pon kalu berminat bole le tanya sendiri tuan tanah (bukan melalui aku, kang korang kata jadik orang tengah lak):

en. adznizan md wal
013-3434 504
atau erlarge je gambo tu supaya mata lebih sihat menatapnya

pic 1: kompom buatan malaysia,
pic 2: jangan tak kenal rupa palet tu
pic 3: garam bukit untuk lembu minum

Jumaat, 1 April 2011

aku rasa gusar dua tiga hari ni dan cam alasan besa... sori tak melawat rumah kengkawan:

rabu itu ari anak jatuh motor time aku tengah bawak... sibbaik slow tapi kena surgery jugak le... jadik semalam aku amik cuti kecemasan jaga sehari suntuk... tido pon sama cam ayam jugak...

ingat nak sambung cuti jaga anak lagi, tapi dok terima mesej bertalu-talu awal pagi tadi, astaghfirullah, bos sorang daripada pengarah jabatan yang baru je jumpa dalam kursus minggu lepas, dah kembali ke rahmatullah pagi ni dekat kul 5.oo pagi tadi... Innalillah. so pegi juga la ke opis untuk melawat sekali. moga beliau dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal saleh... amin!

aku tak sambut april fool... dan tak dapat nak senyum banyak la ni, so korang layan je la


Selasa, 29 Mac 2011

penat la...

lepas sukan... kepit belon la, tarik tali lagi... terus terjun laut lawan ombak yang bule tahan tingginya lepas tu layan bola sepak pantai sudahnya terjun kolam pulak... ari ni sakit-sakit badan nak g kija. sibbaik memikirkan banyak menda tak setel kat opis... gagahkan juga la.

yea... idop ni perlukan ketenangan. senyum buat kita rasa idop tak le terbeban. senyum untuk lupakan sekejap masalah, kan?


Sabtu, 26 Mac 2011

(pinjam kaki kawan yang nak terjun laut jadik model buat tepek kat blog)

errr... cam besa... alasan sibuk dan mana sempat je merayau kat blog kengkawan dan tetamu yang bertandang, tima kasih ... dan mohon maaf kalu mana yang tak sempat tu

la ni, (sejak semalam hingga isnin ni) bertapa kat cherating, sedang dipaksa memerah otak memikirkan ke mana lagi nak bawa haluan jabatan... jadik terlupa kejap pasal tanah aku yang sedang rakus dibahagi-bahagi sesama mereka bagai si hyena (dubuk) meratah habuan yang dicuri dari cheetah yang berhempas-pulas mendapatkan rezekinya.

siannnn...

tima kasih pada semua yang memberikan pandangan bernas dan sokongan moral. di samping tu, bila berkesempatan jumpa kengkawan tu kat sini, tentulah cuba jugak cari solusi dan kabel yang mungkin dapat membantu. moga akan ada hak yang kembali kepada yang berhak... ops! seblom terlupa nak terjemahkan tajuk n3 seblom ni... sian gak ada yang bertanya tu... ok, sila baca macam sudin dapat surat cinta bawah pintu dalam filem seniman bujang lapok "err sekali bahassa arrob daaa..." maknanya 'bila kamu berhutang maka hendaklah kamu tulis...' - kaitannya dengan tanah tu, daftarlah!

Khamis, 24 Mac 2011

pnah dengo crita jenazah tak bley dikebumikan sebab tak daftar dengan khairat kematian sesebuah qariah tu?

sekadar ingin memberi respon pada komen yang diberikan pada n3 sebelom ni. rasanya nak jawab dalam n3 ni

aku tanak crita bab tanah kubur tu... tapi, gitu le ibaratnya dengan tanah aku tu. walopon telah nyata, terang lagi bersuluh namun kerana takde bukti bertulis, tak daftar dengan pejabat tanah! maka kita takde le haknya. baik juga pendatang asing yang dok teroka tanah haram, menetap secara haram dan akhirnya memiliki secara haram dan mungkin juga akhirnya jadik halal kerana sikap orang kita yang 'biarlah'

sebahagian kengkawan menasihatkan bersabar... tima kasih kerana ada juga yang mengingatkan betapa kesudahan idop ni akan dapat tanah juga kita ni. heh! bila terkena batang idong sendiri, baru le aku tau sabar macam mana rasanya hek. berbolak-balik dengan sikap 'biarlah' atau berjuang selagi bole... sikap biarlah bererti tak melawan dan membiarkan. pasif! yang kendiannya dimanipulasikan orang lain. lebih buruk dalam konteks bernegara, oleh bangsa asing.

apa retinya tanah sekangkang kera tu pada aku? tanah tu diberikan kepada anak sulung je. aku bukan anak sulung. jadik, aku perolehinya melalui pembelian! beli maruah sebenarnya. sebab masa nak beli tu, ayah aku tak berapa nak bagi malah pnah satu ketika disuruh jual je. "tanah, sepatutnya kita carik banyak-banyak bukannya jual banyak-banyak!" aku kata. sebab sikap orang kita tak bole ada tanah, manjang nak jual tanah. sudahnya orang melayu makin terhimpit dan terperosok ke pedalaman kerana menjual tanah semata-mata nak idop senang, dapat duit dengan mudah. kat mana la pulak anak cucu nak menumpang idop kelak.

bagi komen yang tanak mengalah, aku sahut juga namun secara berhemah. aku tak suka berpolitik dan benci dengan cara orang melayu berpolitik. lihat saja la video 'blue' yang dilarang ditonton oleh bebudak tapi bole ditengok beramai-ramai oleh orang politik. dan semua orang nak jadik hakim untuk membicarakan hal yang bersangkut dengan menda-menda gitu. iskh! tanak la aku join... dalam hal tanah ni pon aku maleh nak mengadu domba di kalangan orang politik. maklum la mereka memang pandai bersilat dan sesekali melatah kunun juara kepada rakyat. tak kira la sapa... bila nak pilihanraya berbondong-bondong bagi kain pelekat, dapur dan sebagainya... datang bersalam dan bertanya khabar, iskh! loya aku nengok hipokrit di sebalik senyuman tu. kalu adun mati hari-hari barangkali aku pon bole dapat banyak tanah.

bak kata, pembaca brita: "untuk rekod, kawasan aku tu kawasan mb pahang!"

Selasa, 22 Mac 2011

erk! seminggu 'berkabung' daripada berblog... mintak mahap la, mana yang sempat ziarah juga le teratak teman-teman

.......

baru ni balik bercuti nak menguruskan hal tanah. tanah yang bukan lagi jadik milik tuan tanah. tanah yang diambil dek gomen tanpa kesahkan pemilik tanah.

memang tanah tu takde geran le... namun dari sudut sejarahnya ialah pemberian gomen untuk anak-anak sulung penduduk tempatan. seingat aku sejak 1986 tanah tu telah diteroka dengan susah payah. kami tebang, bakar. zaman kanak-kanak juga la time tu. dan terimbau-imbau lagi di mata, bila aku tangkap seekor anak ular berwarna hijau. kepalanya bujur sireh seperti daun dan ada secalit warna merah. aku tunjukkan pada ayah aku dengan harapan nak bela. ceh! ular kapak ke ulo menda ayah aku cakap dan suruh aku lepaskan balik... aku pon lepaskan le kat atas pasir dan rasa heran plak bila nengok ular tu berlengkar secara mengiring...

nostalgia kat tanah tu memang indah. memerhatikan langit petang bersama unggun api yang besar. lepas penat memerun, kami tanam pisang, pokok koko dan beberapa pokok buah-buahan. kami penah terserempak dengan babi berdedai anak-beranak di tepi jalan ketika cina-cina dari pekan manchis dok berburu dalam kawasan kebun. pnah juga dorang tu tegur aku, "ekau duduk diam-diam yo!" bila lalu tak jauh daripada tempat aku mengelamun melepaskan lelah. aku ingat orang negeri sembilan ke, la cino cakap minang!

jadiknya, tanah tu bukan le tanah ceroboh atau dalam erti kata kesatnya tanah haram yang diteroka secara haram oleh pendatang haram atau haram jadahe... (aiseh teremosi la pulak). tanah yang dijanjikan dan janji tinggal janji saban kali musim pilihanraya berlalu. waktu-waktu cenggini, emosi pemilik tanah lebih parah bila lihat kontraktor dan wakil gomen tengah rancak memperkosa tanah kami, memugar bukit untuk menambun tapak projek. mereka tebang pokok getah dan menawarkan dalam kelat harga yang murah kepada pemilik tanah. tanah yang diratakan tidak sesen pun mereka dapat hasilnya. bergenang mata melihat keangkuhan atas nama hak gomen. rupanya peluh dan air mata yang mengalir sejak lama dulu, kini hanya penuh dikantung orang lain.

permintaan tidak dilayan. perundingan tak membawa erti... sedang projek rancak menari di depan mata mereka. alangkan penduduk setinggan masih peroleh manfaat bila dipindahkan. alangkan pendatang asing dalam kem tahanan pon masih dapat makan... sedang kami bergelut sendiri melihat tanah yang makin hilang dan mungkin takan lagi menjadi milik kami...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak