Isnin, 24 Mei 2010

tanpa menyebut nama tertentu

penghargaan dan terima kasih
aku nak titipkan pada semua rakan yang sentiasa bertamu
yang membuatkan kuntum senyuman sentiasa tersimpul
yang membuatkan persahabatan makin berkepul-kepul
yang membuatkan hari-hari tak terasa telah berlalu
yang membuatkan minda sentiasa bak peluru
yang membuatkan aku jadi rindu
dan termasuk kategori hantu
hantu blog
jadik harap sudi le
kiranya terima
pemberian sekenit ini
buat tanda
kita pernah bersua
di maya yang fatamorgana
so harap pada semua ahli dan rakan yang bertandang... aku nak bagi pada semua tanpa syarat dan tanpa di'tag'
terima kasih

Sabtu, 22 Mei 2010

"pertama ialah perkhidmatan yang baik untuk kita persembahkan kepada tuhan dengan menghalau orang islam dari negeri ini dan menghalang pengaruh golongan muhamad (s.a.w.) daripada berkembang."

ucapan alfonso de albuquerque menjelang serangan kedua ke atas kota melaka.

kesudahan atas kejatuhan melaka... setiap kali ditemui, orang melayu lelaki dan perempuan, tua dan muda serta kanak-kanak dijarah atas rasa kebencian dan permusuhan bertulangbelakangkan perang salib.

lebih kurang 3000 ribu meriam dirampas, 2000 daripadanya diperbuat daripada gangsa. selain itu, mereka merampas banyak senjata api yang dikenali sebagai bercos yang mempunyai roda, senapang lantak, baju besi dan sebagainya.

beberapa saudagar yang pada mulanya menyokong raja telah berpaling tadah pada saat melihat kejatuhan melaka. antaranya nina chatu yang kemudiannya dilantik menjadi shahbandar bagi saudagar hindu. beliau akhirnya mati membunuh diri pada 1514. utimutaraja, ketua saudagar jawa yang berpaling tadah ini kemudiannya dihukum mati dan seluruh keluarga turut dibunuh apabila diketahui beliau mempunyai hubungan sulit dengan raja yang tersingkir.

Nasrani

musuh yang sentiasa membakar hati kita dengan perbuatan yang jijik dan menjengkelkan.

Yahudi

dah ramai orang bercerita tentang sejarah dan latar belakang kaum pelampau ini.

kita diserang dari kiri dan kanan. dalam kemarahan kepada mereka, kita masih berkawan. dalam kebencian terhadap mereka, kita masih memasang harapan. tatkala kita dihina oleh mereka, kita hanya tersenyum kelat sambil tangan menagih...

umat islam akhir zaman umpama buih lautan. bila dihempas ke pantai, berbondong-bondong mereka berhimpun dengan letusan gelembung udara yang tidak kedengaran.

Jumaat, 21 Mei 2010

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

dalam perjalanan balik dari pulau pinang, kami bersembang banyak perkara dari soal kerja, sepak terjang kerjaya, poligami (sebab ada pompuan dalam kumpulan tu - tajuk peberet) sampailah tersentuh tentang hari kiamat. satu ketika ada blogger yang memasukkan entri seorang bayi dilahirkan dengan satu mata di tengah dahi. persis dajjal dan berceritalah ia tentang dajjal. semoga kita tak terlalu fanatik dengan fenomena ajaib yang Allah jadikan itu. bimbang budak itu dibunuh konon takutkan dajjal pulak. sebab, aku penah baca buku sains perubatan yang juga ada gambar budak sebegitu... maknanya dah ada yang bermata satu sebelum ni. cuma barangkali Allah nak tunjuk lagi akan tidak mustahil kewujudan manusia bernama dajjal yang bermata satu - orang dulu-dulu ingat dajjal ni macam lanun tutup mata sebelah

gambar hiasan

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

ni sekadar pendapat aku aje la.

bila tiba masanya Allah nak tunjukkan apa yang dijanjikan walaupun pada masa ia disebut sangat pelik dan hampir mustahil, insyaallah Allah akan pamerkan kekuasaan-Nya bersesuaian dengan waktunya. contoh, tentang israk dan mikraj. banyak orang Islam akan menunding jari membodohkan arab 'jahiliah' kerana menolak mukjizat Rasulullah itu. aku rasa kalu aku berada pada zaman itu entah le... hingga dikatakan di kalangan orang Islam sendiri ada yang bergoncang keimanannya kepada Rasullullah. apsal? sebab apa yang Allah paparkan pada waktu itu, tak terjangkau dek akal fikiran mereka. mereka hanya ada unta, kaldai dan kapal layar. belum pnah tengok kereta yang boleh memecut lebih 300 km/j, apatah lagi pesawat yang boleh meleraikan pendengaran mereka jauh sekali nak terfikir manusia akan ke angkasa lepas dalam beberapa minit aje. Allah dah tunjukkan kebenaran pada hari ini bahawa pergerakan manusia seiring kelajuan cahaya cuma tak dapat le nak menandingi kehebatan buraq ciptaan Allah tu. lalu bersyukurlah kita kerana kita islam sejak lahir, menerima cerita israk mikraj tanpa ragu sedangkan saintis yang mencipta roket tersebut ramai yang belum mendapat hidayah.

cerita pula tentang yahudi di akhir zaman akan lari bersembunyi di sebalik sejenis pokok yang boleh melindunginya daripada pembunuhan oleh orang Islam. ketika itu, larilah ke bukit, batu besar atau apa sahaja makhluk yang bole dijadikan benteng, namun mereka akan bercakap dan memberitahu akan kedudukan yahudi ini. aku rasa yang ini jika difikirkan juga hampir mustahil kerana yang bercakap hanyalah manusia. mahkluk lain berkomunikasi dalam bahasa dan isyarat yang sukar difahami oleh manusia. so logikkah kita akan mendengar suara mahkluk ini kelak... huh! tungu aje la akan kebenaran janji Allah. aku rasa dah ada dah petanda dia.. aku agak je la, sejak orang yahudi membina tembok yang memisahkan israel dengan palestine, aku fikir sebenarnya seolah-olah mereka sedang dikumpulkan oleh takdir Allah dalam satu lesung batu yang menunggu masa untuk dihempuk... wallahu a'lam...

masa berlari pantas meninggalkan kita yang tercungap-cungap dan tenggelam dalam keasyikan oleh keindahan di sekeliling kita

Rabu, 19 Mei 2010

" makanlah ketika kamu lapar dan berhentilah sebelum kenyang" ( maksud hadis ).

teluk tempoyak

penah dengo nama nih?

kalo tak penah dengo, cuba teka... argh! takyah la.. lokasinya di batu maung, pulau pinang. baru jap tadi aku dibawa ke situ nak makan. melalui kawasan berbukit dan berselekoh, aku bagitau kat kengkawan, "wuih! susahnya nak makan... sampai begini sekali nak cari tempat makan sedap yea... kalu ikut aku, balun je la kat mana pon"

nak gie ke sini dari bandar tanjung penaga (george town) kena menghala ke pulau jerejak dan jumpa simpang ke muzium perang. depan sikit tu ada le simpang ke teluk tempoyak. berjalan malam ni tak banyak kelebihan untuk menikmati panorama tepi laut. dan barangkali hari kerja ni, tak le ramai ngat pengunjungnya. makanan seafood yang disediakan bule tahan juga. yang bole tahan tu sedapnya. yang tak tahan tu harganya... eleh, sesekali sampai kat sini layan aje la.
Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[*4], Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan[*5]. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (A1-A’raaf: 31)

[*4] Maksudnya: tiap-tiap akan mengerjakan sembahyang atau thawaf keliling ka'bah atau ibadat-ibadat yang lain.

[*5] Maksudnya: janganlah melampaui batas yang diperlukan oleh tubuh dan jangan pula melampaui batas-batas makanan yang dihalalkan.

esok ada kerja nak buat lagi so itu je la yang bole dikongsikan untuk trip kali ni.

Selasa, 18 Mei 2010

Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
http://dzikir-fikir.com/article/16418/tandatanda-sudah-dekat-dengan-ajal.html

semenjak-dua menjak

dekat dua minggu ikan aku sakit. meneneng dan ketetel aje aku tengok. kesian, mulut pon mengomel... camana la aku nak tolong ko ni. aku bukan doktor. kalu pon ada doktor haiwan, aku tak penah dengo lagi orang bawak ikan gi klinik tu. anjing dengan kucing biasa le... hai! apa le sakit ko ni.

dalam pada itu, aku tengok kengkawan dia sekejap kang datang dok sondol member yang tengah termenung. tak tau le aku apa tujuannya. suruh dia aktif kot jangan dok terbaring macam orang demam, aku tak pasti. sesekali ikan kenit datang dok berlaga idong. biasanya aku tengok orang pompuan suka buat cenggitu, berlaga pipi time baru jumpa atau bila nak balik. budaya baru? gamaknya ikan ni pon tiru manusia juga, atau sebaliknya. tapi aku rasa ikan kenit tu datang berziarah dan bertanya khabar. macam kita tengok semut bila berjumpa. orang kata, dia tengah bagi salam. wallahu a'alam.

baru-baru ni

aku tersenyum lebo... tak sangka dia dah sihat. jarang beno ikan sakit yang boleh bertahan. tapi nampaknya yang ini dah mula kembali ceria bermain dengan rakan dan dah mula berebut makanan. cuma badannya tak berapa lembut bila berenang. "kot kena stroke", kata orang rumah. ceh! suka-suka je...

heh... sib baik aku tak semelih dulu atas alasan menamatkan penderitaan. kalu tak, saje je menjadi pembunuh yek.

Sabtu, 15 Mei 2010

hari acara cam biasa akan ada ronggeng-ronggeng. dari tarian orang melayu melanau, persembahan orang iban, tak lupa juga orang ulu. ada petikan sape dan juga er hu. persembahan anak-anak dengan gamelannya. tapi ati aku tertarik dengan satu je. terpempan mata aku dek dua beradik dari tengah hari dok memerhatikan persiapan kami dari luar pagar. aku yang dok jauh masa tu, dapat rasakan dari cara dia berpakaian, aku yakin mereka ni tak bersekolah... kalu tak salah le tekaan aku tu.

pukul 3. 00 petang acara bermula tapi dia masuk dengan emaknya kali ni. tu pon agak lewat. barangkali dah pon 5.00 petang. ketika itu banyak makanan dah abis. orang mula berebut sampai ke dapur... banyak yang berebut nak bungkus sebenarnya. ibu empat beranak ni seperti canggung bila masuk ke majlis tersebut tak tau mana hendak dituju. tercangak-cangak.

dek simpati, aku terus mengajak dia ke tengah lautan orang yang berebut makanan. lupakan pada orang politik yang sedang berkempen. perut perlu diisi dulu. dah kenyang tentu suka hati. malangnya makanan dah banyak yang bersisa. aku jumpa sepinggan pau dua butir dengan sedikit lemang, kalu tak silap. aku tanya kalu takde sapa punya aku rembat le. rezeki dorang.

kendian aku gi berebut pulak untuk dapatkan lagi 3 biji pau, pasal mesti tak cukup. selesai untuk dorang, aku snap untuk kenangan aku. sebab aku sering jugak jumpa orang begini sama ada ketika aku ke rengit, semporna atau yang terbaru di manila... keadaan yang hampir sama...
hari terakhir
kami dibawa ke durin. tempat ni aku pernah sampai dulu. masa tu aku teragak-agak nak beli barang idaman. kali ni selepas aku berhempas pulas tawar-menawar dengan slang sarawak yang sesekali bunyi sabah, indon pon ada.. akhirnya terbarai duit aku rm220. hooo parang ilang, dah beberapa kali aku datang sarawak nak beli, baru hari ni aku dapat. berhulukan tanduk rusa, tu yang mahal sikit tu... letak harga je dekat rm300. kawan aku meleleh air liur nak menda yang sama tapi bajet lari, bedal yang rm150 je. tak kesah le janji ada.
supaya balik tak tido kat luar aku belikan untuk orang rumah yang sesuai dengan kemahirannya. tadaaaaa...

Jumaat, 14 Mei 2010

tu kata-kata kanang ak langkau
"lagi idop lagi nak makan", itu aku yang kata


sebelum crita panjang ni nak bagi hadiah pada blogger yang pesan ole-ole... dia sorang je mintak, macy. walaupon aku tengok dia ada banyak syarikat, gedung, bangunan pencakar langit... bla3x masih nak ole-ole jugakkkk, sebagai kawan, aku hadiahkan yang ini jeng... jengggg)
(aku snap kat rumah drebar kami, uncle lenggang, orang iban... apa dia nak buat dengan menda alah ni, aku tak tau dan tanak tanya pon)
hari ketiga di sibu
(amboi kak, khusyuk baca buletin kempen kerajaan...)

aku maleh nak cerita pasal kempen pilihanraya.. bio le dorang akhbar yang cerita. ni aku ada candidkan reaksi orang kampung. yang lain tu bio akhbar le critakan. yang aku nak kongsikan adalah tentang warisan kita. makanan sarawak terutamanya le. jom tengok.
manuk pansoh. ayam yang dimasak dalam buluh menggunakan adunan serai, halia, pucuk ubi kayu, lada hitam, sedikit garam dan air yang digaul dan diperap sebelum dibakar macam lemang selama 10 jam. sapa nak cuba try test, buat le... camana caranya korang bule cari kat internet kot.
yang ni kuih chang berintikan kacang yang dibuat daripada pulut dengan gula nira. biasanya dibalut dengan daun pandan bersaiz besar. tapi yang ini, member beritahu menggunakan sejenis daun hutan yang dia lupa namanya. aku pon lupa nak tanya tuan yang buat kuih ni.
kuih bungkor plak menggunakan santan dan tepung beras berintikan gula apong dan garam. dibalut dengan daun pisang dan sisipkan dengan lidi (jangan staple ye, pesan tukang masak tu) nak masaknya, kena kukus.
kuih celorot juga menggunakan tepung beras, santan dan gula apong.

dek sibuk buat kerja, semua kuih dan makanan yang lain tak sempat nak aku rasa... takpe bio le orang kampung yang makan. lagipon pada kain rentang yang aku pasang tu tertera 'makanan percuma disediakan'. heh, makan le... sampai berbondong-bondong orang kampung bawak balik

kenyang perut, orang kampung suka hati...

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak