Rabu, 12 Mei 2010

hari pertama di sibu
sungai rejang dari lif kaca wisma sanyan. maaf le yea, rasanya buaya bujang senang tak dok sini... dok kat sungai batang lupar di kawasan sri aman... tapi nak tengok bujang senang sebenar, kitorang la

calon dap dok berkempen ketika aku tengah beli barang persiapan nak gantung poster. letih tunggu kelulusan permit satu hari suntuk tak settle jugak... adoiii

hari kedua di sibu

siang
perang poster banyak di kawasan kampung. di bandar sibu baru nak mula hari ini. masa dorang sibuk pasang poster, kami jugak berhempas pulas keliling bandar sibu hingga ke kampung hilir sampai ke kampung bandong
kelapa kecut pon jadikkk... heee kami gelak sakan bila dapat menda alah ni untuk membantu kain rentang lebih teguh menahan terjahan angin kuat di bandar sibu. kuatnya angin seolah berasa dok di tepi pantai

malam
ketika pm sibuk berkempen di sekitar sibu, segelintir orang cina sedang merayakan toa peh kongnya.
apek yang jaga kaunter hotel bajet (harga mahal wooo, maklum le semua hotel penuh.. dorang titik cukup-cukup) kitorang menjadi mangsa soalan aku. dia kata perayaan ni diadakan 3 tahun sekali. ooo aku ingatkan chap goh mei ke... (ceh! macam le reti ngat menda chap goh mei tu)

beberapa kumpulan dari daerah berdekatan macam serekei, bintangor, kanowit dan tah mana lagi datang untuk sertai perarakan tu.

kenyang perut, orang kampung tentu suka hati...

Selasa, 11 Mei 2010

short notice jumaat, "isnin kita g sibu..."

semalam. lcct.

ops! pertama kali aku naik airasia gini rupanya. masa nak check-in, mak oi panehnya takde aircond. kerusi pon takde. apa nak buat, nak yang murah jangan la banyak komplen yea. kebetulan hujan bole tahan jugak lebatnya. dan aku tengok nak g ke pesawat kena jalan kaki. ooo gitu rupanya, rasa macam airport dulu-dulu lak yea. dan penumpang menggunakan payung. nak murah dan jimat belanja kena la korbankan keselesaan. itulah prinsipnya. teringat aku waktu bersembang dengan sorang tua (bapak kepada bekas bos aku, orang rembau)"ekau tengok bonggali. dulu-dulu dorang makan roti, baka(r) pon tak guno minyak masak do. mano ado! jimek. idop susah, jadi jaga yo - terus ingatanku mencarik sedutan filem seniman bujang lapok - skarang ekau tengok, ado bonggali jadik jaga? somo ey jadi loya (lawyer)"

pling! balik pada cerita asal.

ala kejap aja. dah dok dalam kapal terbang kang ok le tu. hemmm, betul! sebab dah ada sistem nombor. kalu tak dulu, aku bayangkan macam naik bas mini je, berebut-rebut cari tempat duduk.

hari ni. sibu.

sibu? @ kuala kubu? sama dan serupa. berebut nak dapatkan kerusi. yang tak sama hanya perang poster. tak begitu hebat. tak meriah.

yang hebat.

mee kampua udang goreng

ini pon
nescafe tarik (buihnya dekat dua inci)

Isnin, 10 Mei 2010

al-Baqarah ayat ke-19:

او کصیب من السماء فیه ظلمات و رعد و برق یجعلون اصابعهم فی آذانهم من الصواعق حذر الموت و الله محیط بالکفرین

Atau seperti orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit disertai gelap gelita, guruh dan kilat. Mereka menyumbat telinga dengan jari tangan mereka ketika mendengar petir karena takut mati. Dan Allah meliputi orang-orang kafir

Ayat ke-20:

یکاد البرق یخطف ابصارهم کلما اضاء لهم مشوا فیه واذا اظلم علیهم قاموا و لو شاء الله لذهب بسمعهم و ابصارهم ان الله علی کل شیء قدیر

Hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali sinaran itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu

langit mendung dan awan makin memberat, gelap.

satu petang, sembang dengan kawan

"aku nak balik awal la... sekarang petang aje hujan"

"eh! aku pon nak balik jugak nih. kang hujan susah plak."

maklum la kami sama-sama naik motor.

"aku takut betul kalu bawak motor ada petir... kawan aku berlubang kepala kena sambar petir!" dia melanjutkan perbualan.

"mati?"

"mati la... tembus sampai ke kaki"

"aku bukan le cakap besar. aku ni suka hujan. petir berdentum pon, aku layan aje hujan... dok basuh laman rumah aku. tapi bila petir menyambar, aku doa la dalam ati kalu Allah nak tarik nyawa aku pon jangan le kena sambar petir"

pendirian aku.

"bila cerita pasal petir ni, aku teringat Quran ada sebut tentang orang yang takut petir ni orang kapir aje... jadi aku tanak la takut" (rupanya ayat tersebut berkenaan perumpamaan bagi orang munafik)

orang kata, kalau tak salah kenapa nak takut yea. kalu dah nak kena juga nak buat camana, itulah takdir yang ditentukan oleh Allah untuk kita.

Sabtu, 8 Mei 2010

petang

"mama! angah nak pinjam duit mama bole?" anak seusia enam tahun memandang penuh harap ke muka ibunya agar permintaan tersebut tertunai."angah nak buat apa?"

"angah nak beli cincin untuk mamalah" serius anak itu menjelaskan niat tersirat.

"cincin untuk mama? kenapa?"

"la untuk hadiah hari ibu la!"

terkerenyeh ibunya, tenggelam dalam keikhlasan anak tersebut.

"haaa... tengok! anak pon tau nak bagi hadiah kata mama dia.. nak harap abang bagi... huhhh! enta la"

sudahnya aku jugak yang kena bila bini aku bercerita tentang keletah anaknya hari ini. apa yang bole aku buat , sengih aje la... dalam hati "bukan tanak beli, harga emas tengah mahalllll.."

malam

cerita terakhir baru aku terima...

"angah tak jadi belikan mama hadiah... sebab mama marah angah. angah tak suka mama marah angah"

"tu la, yang ko buat perangai tu buat menda.. mama tengah pening kepala ni..."

aku? sengih lagik.

selamat hari ibu untuk mak kat cemomoi tu. moga ceria sokmo

kapsyen: kad hari ibu dari angah

Jumaat, 7 Mei 2010

teruk la weh...

berita sangat ter'lewat'
hari ni (semalam) on call la pulak... tengah cuti, opis tipon kalo takde menda tu datang la ke opis ada hal nak bincang... hoh, rasa cam orang terlebih penting. kata member pejabat, aku ni cam doktor la pulak, standby on call.

on call dan on the way nak ke opis, ada eksiden depan tesco kajang... tempat ni biasa ngat eksiden... agaknya kata orang, selekoh peberet kalo nak eksiden.

biasanya aku jarang nak berenti kalo ada eksiden. takut mabuk tengok orang luka apatah lagi berdarah. kang seminggu dok terkenang... lagi pon, kalu takat gie menyemak menambahkan kesesakan lalu-lintas pon nak buat apakan? nanti drebar lain dok menyumpah seranah orang yang suka menyibuk dan takat 'tolong tengok' aje... kali ni berenti le kerana sokmo ada kamera dalam poket. amik gambar pon dari jauh je. malas nak gi dekat. eksiden ni berlaku lebih kurang pulkul 11 pagi tadi (semalam).

disebabkan kabel usb tertinggal.. balik rumah baru nak upload. (semalaman menggode komputer, line tak elok, last pagi-pagi buta, hari ni baru dapat) jadi berita ni pon dah tersangat basi sebab barangkali dah kluo kat tv (dan suratkhabar pagi ini kot). apa pon yang penting untuk dikongsikan ialah 'memandulah dengan waspada' supaya kita lebih cakna dengan sekeliling. jangan' memandu dengan berhai-hati' sebab nanti kita jalan pon terkedek-kedek.. cukup patploh orang menyumpah kat belakang kita, takut makbul doa dorang tertonggeng pulak kita atas jalan raya.

na'uzubillah.

Selasa, 4 Mei 2010

lihat pada batu putih
yang hitam di mataku
yang hitam pada generasiku
yang hitam pada pertiwiku
mana suratanmu
dari tulisan
tangan-tangan ayahku
mana catatan
dari coretan
tangan-tangan datukku
untukku tinggalkan
buat anak-anakku
mana hilangnya
kebanggaanku
warisan
kupersembahkan
kehebatanmu
pada dunia
kapsyen:

gambar 1: rekod yang tidak tersusun dilonggokkan begitu sahaja
gambar 2: rekod yang disimpan dalam tandas terbiar sebagai bilik rekod
gambar 3: rekod yang dicampurkan dengan pelbagai peralatan yang boleh merosakkan dan memendekkan jangka hayat rekod


* dah hilang kedaulatan sebuah pulau semua orang nak bising,

Ahad, 2 Mei 2010

kursus Emergency and Recovery of Record
arkib negara
calon bakal suami yang akan diqueen control?
heemm... tu la, ada duit tanak beli mesin basuh... kedukut betul le

warisan kita untuk tatapan masa depan

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak