Jumaat, 19 Mac 2010

bule ke tajuk cenggitu?

'kerja' dan 'amal' dua perkataan berbeza tapi maksudnya sama. cuma dalam konteks lain, perkataan amal dilihat lebih menjurus kepada agama. arghh! tak kesah la apa pon tanggapan. cerita sebenar hanyalah:

ESOK, cuti bagi warga kerja kerajaan. mungkin tidak bagi sebahagian warga kerja swasta mahupun orang kampung : penoreh getah, pemetik kelapa sawit, pesawah, penternak lembu dan kambing atau yang seangkatannya dengannya, mahupun yang meliputi kawasan yang sewaktu dengannya.

cuti ialah hari berehat daripada bekerja. bukannya tak bekerja. adapun bagi orang yang tiada kerja@penganggur, mereka bukan bercuti, sebab tiada majikan yang nak approvekan cuti sepanjang hayat mereka. begitu juga dengan WARGA PENCEN. apa yang terlebih penting, waktu berehat banyak menda bole buat:

waktu senggang begini mesti syok layan

atau temankan

atau sekadar imbau kenangan
hemm... untuk orang pencen?

rasanya satu PERINGATAN bahawa usia dah menginjak senja waimma MATI tak kenal tua muda

i'mal li dunyaka ka annaka ta'isyu abadan wa'mal li akhiratuka ka annaka tamutu ghadan

bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari (maksud hadis)

Rabu, 17 Mac 2010

emmm... dua entri sebelum ni terlalu berat untuk difikirkan, ditambah dengan kerja dan arahan yang bertali arus.. moh le beralih arah agar mood pon bule tenang dan damai sikit:

KALAULAH tu maknanya ada unsur angan-angan. jangan banyak berangan nanti iblis masuk dalam diri. bila iblis masuk, tu yang kita dapat macam-macam angan-angan yang sangat menarik. hatta kalau kita jadik hero, tatkala tu kita pon ditikam pastilah kita akan nampak lebih macho di mata si pinggitan... tetiba rasa ishhh tak best, bule pulak kita tukar skrip... haaa tu tandanya semakin jauh kita dibuai angan-angan yang ditiup dek iblis ni tadi.

nak cerita KALAU ni tadi ialah... baru aje balik kampung.. ni kampung orang rumah... di sini le KALAU ini 'bertandang' (rumah ni penah jadik lokasi penggambaran drama oleh RTM, apa tajuknya aku lupa tapi tentang drebar teksi syok kat penumpang dia yang dilakonkan - kalau tak silap - oleh Rozita Che Wan)

KALAU aku berenti keja:(kambing ni bule bagi aku keja kot)

KALAU aku takde keja: (biarpun tensen melayan udang galah, tapi kalu sekali dia tarikkk senggugut kita dibuatnya)

KALAU aku boring gila: (sungai pahang tengah surut ni, sampai boleh menapak ke tengah laut - dorang panggil laut kalau ke tengah sungai tu)




arghh toksah berangan laaaaa

Selasa, 16 Mac 2010

berasa cam kat eropah la pulak... apsal sungai kelang tak bule buat cenggini yek

(semalam gi melaka kejap.)

papan di JaWa kami DiRiKan...

begitu le pembayang ungkapan pantun dilagukan orang apakala kota Melaka alah dek Portugis pada 24 Ogos 1511. azam yang tinggi orang Melayu ketika itu adalah untuk membangunkan sebuah kota di Jawa sebagai ganti kota Melaka biarpun berdindingkan papan...


hari ini yang tertegak kembali di kota melaka bukan lagi kota Melayu sebaliknya kota belanda, Bastion Middelburg. kota ini merupakan kelangsungan kota portugis yang ditambah baik oleh orang belanda selepas menakluki melaka pada 14 Januari 1641. malangnya ketika inggeris menduduki melaka sementara, mereka telah meletupkan sebahagian besar kota melaka yang dibina oleh portugis dan yang diperkuatkan oleh belanda kerana inggeris sedar akan kehebatan benteng tersebut. hasilnya, hanya tinggal pintu kota sahaja yang terselamat dengan izin Allah sebagai kenang-kenangan untuk orang melayu meratapi kehilangan keagungannya di tangan penjajah.

lebih malang, kota papan yang diharap dapat mengantikan kota melayu melaka tidak kelihatan, bekas kota belanda ini menjadi satu lagi mercu tanda kenangan untuk kita semua. ia ditemui melalui kerja-kerja eskavasi. berdasarkan peta peninggalan portugis dan belanda, kota ini dibangunkan semula sebagai daya tarikan pelancong.

ehemmmm... jom le kita belajar daripada kesilapan.

Jumaat, 12 Mac 2010

tahniah kepada semua anak MELAYU yang berjaya dalam peksa baru ni. yang gagal, bukan le gagal idop kalau gagal dalam pelajaran. ramai orang yang berjaya walaupun tak reti membaca. contohnya nabi s.a.w kita. tapi kalau sebut nabi, nanti ada kata tu nabiiii. takpe contoh lain, boon siew, tokey yang memasarkan motor honda kat malaysia, yang banyak digunakan oleh bebudak kita yang tak sekolah untuk tunjuk HEBAT.

(mungkinkah tugu di manila ni menggambarkan kehebatan orang melayu khususnya kesultanan sulu)

masa aku gie terengganu tu hari, aku jumpa pengarah muzium negeri, Haji Mohd. Yusuf. terpesona aku tatkala dia berbicara tentang kehebatan orang melayu membuat kapal. benar orang melayu memang bangsa yang hebat. mereka tak bersekolah secara formal. mereka tak ada tok guru yang ada P.hD. mereka tak belajar tentang ukuran metriks. mereka hanya berguru dengan orang lama, tanpa buku tanpa pen. mereka hanya hanya bersekolah melalui pendidikan yang diberikan oleh alam sekeliling. mereka hanya ada ruas, jengkal, hasta, depa dan sebagainya untuk menghasilkan sebuah kapal yang boleh hendak dibuat kapal tunda, jalan terkedek-kedek atau speed boat supaya bergerak laju. mereka cipta teknik tu tanpa pakar kejuruteraan yang hebat. ringkasnya mereka genius. ilmu yang mereka pelajari terus diingati tanpa ada buku 'SOP'- standard of procedure.

malangnya hari ini, kehebatan kita dah ditafsirkan dengan cara yang berbeza. generasi kita mewarisi segala kehebatan dalam bentuk:

juara dadah
juara dedah
juara haram jadah
juara pedaah
juara ajaran salah
juara menda tak pekdah
dan juara yang tak sudahhh

entahlahhh

Khamis, 11 Mac 2010

aku amik dari emel buat perasmian antara muka blog baru;

Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami terhadap isteri dan kuasa ibu terhadap anak-anak. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak-anak terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar
menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir, membesar, menjadi dewasa dan membawa sifat yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doanya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

(sodap kalu mak masak nih!)

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya tidak akan mendapat berkat dan sebagainya. Akhirnya anak akan mendapat pelbagai balasan buruk dari Allah di dunia lagi.

Cerita - Kita sering diperingatkan oleh para ustaz tentang cerita tentang dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah pada zaman nabi s.a.w. Seorang daripadanya menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi, TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua-duanya diseksa oleh Allah sehingga nabi s.a.w memerintahkan kedua-dua ibu tadi mengampunkan anaknya.

Ustaz kata, cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajarannya. Sebahagian lagi ialah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM sama ada anaknya meminta ampun atau tidak dan begitu juga SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM sama ada isteri meminta ampun atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar terhadap anak-anak kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda tersebut sedar akan kesalahan mereka.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindungan-Nya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.

fikir-fikirkan.

Selasa, 9 Mac 2010


syukur al-hamdulillah, kalimah terbaik ni aku ucapkan ketika berjalan di sekitar manilabay. pada hari terakhir, memulakan hayunan kaki seawal pukul 7 pagi, manila dah cerah ibarat pukul 9 pagi. aku susuri barangkali sejauh lebih 5 km di sekitar teluk tu untuk melihat manusia-manusia marhain. cukup insaf bila melihat kesukaran idop yang mereka terpaksa tempuh. manusia gelandangan ini tidak mempunyai rumah. kotak, papan, atau pangkin batu sebagai tilam paling empuk untuk berembun sepanjang malam. si bayi menyusu di kaki lima dan tidur dalam stroller atau beca.

menyusur di siar kaki, seawal pagi mandi di laut. mereka memasak makanan di kaki lima yang hancing. beberapa manusia yang sakit jiwa barangkali tak tertanggung sengsara. namun suatu yang mulia di kalangan warga kanak-kanak di sini, tak seorang pun aku jumpa yang menggemis meminta daripada pengunjung. dorang ralit dalam dunia imaginasi, termenung, bermain gasing dengan batu sebagai lawan bagi yang tidak mempunyai gasing, atau sekadar berdiam diri merenung suasana hari baru yang tak tau apakah janji dan takdirnya untuk hari ini.

selepas itu, dengan langkah yang pantas, aku mula mencelahi lorong-lorong kota. aku main redah aje janji kelihatan agak selamat untuk aku lalui seorang diri. pemandangan yang sama dan bau yang sama, hancing. kedai-kedai masih tidak banyak yang dibuka. tapi satu hal yang nyata, dah beberapa km dan jam aku berjalan, sukar mencari kedai cenderamata, baju dan kedai elektrik yang biasa kita tengok kat sini. lebih ramai yang berniaga makanan dan rokok secara kecil-kecilan walaupun tempat itu menjadi tumpuan pelancong. aku sampai di hospital besar. deretan manusia sakit memerlukan rawatan. (nampak ke apa perbezaan stesyen minyak tu... haaa tali minyak dia tergantung laaa)

di Jose Rizal Park, kebetulan ada upacara lawatan rasmi barangkali ketua tentera laut asing datang untuk tabik hormat di depan patung Jose Rizal. istiadat biasa kat tugu negara. dari situ aku bergerak sampai aku jumpa Bank Negara, kecik aje.

di satu tempat lain aku lihat macam ada pesta. aku ingat ada jualan macam pasar kat chow kit. melihat ada yang bermain catur, aku andaikan ada pertandingan. rupanya tidak. ada gerai kecil macam orang jual tiket bas aku sangka mereka macam penjual prepaid atau henpon atau yang seangkatan dengannya. ceh! pon bukan. haaa rupanya tempat orang mengiklankan kerja. selain gerai tersebut, beberapa orang promoter berjalan ke hulu ke hilir dengan pelbagai iklan kerja.

huhhh... hujan emas kat negeri kita takde sapa peduli... sebab tu banyak orang asing datang rompak emas di bumi kita. 'swarnabbhumi'

Isnin, 8 Mac 2010

sambung lagik cerita di manila:

oleh sebab waktu yang padat, aku amik kesempatan waktu rehat tengah hari untuk kluo amik gambar di sekitar hotel. tu dia starbucks. yang menarik kat situ penggunaan vespa untuk hantar order.

petang tu penganjur membawa kitorang ke manila bay untuk welcome dinner atas cruise.
sebelum makan, sesi posing di sekitar manila bay untuk penghayatan dan perbandingan yang akan aku paparkan antara golongan marhain dan aristokrat nanti, insyaallah. selain acara makan, ada dangdut le kot, dangdut pilipino... heh, member aku dari laos, gila sakan bergambar dengan minah tu. aku bagitau dia, simpan eeelok gambo ni, tau kat bini kang huru-hara! (yang tersengih kat belakang tu la minah tu. yang 4 orang ni student dari 4 universiti termasuk sorang muslim dari zamboaga tengah tunjuk skil camana nak melalak kat atas feri)

dapat le aku amik gambar panorama di sekitar teluk manila. kebetulan pula bulan sedang mengambang hampir penuh, jadik suasana memang cukup menarik. sayangnya kamera digital ni tak berapa sesuai untuk mengambil gambar pada waktu malam.

pada malam kedua, dan hanya pada malam ini sahaja kesempatan yang ada untuk dibawa berjalan oleh rakan-rakan dari filipina. tu pon dah agak lewat. (pintu masuk mall dikawal ketat, takut abu sayyaf kot) kami ada masa lebih kurang 3 jam termasuk masa perjalanan menaiki teksi untuk ke Mall of Asia. ruang waktu yang ada, aku takdan nak pilih beli ole-ole untuk kengkawan. rembat mana yang sempat. tah camana melekat juga le tangan dek mutiara dari filipina ni. kang balik tido kat lua pulak. apa pon harap tu ori le.

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak