Rabu, 6 Januari 2010

"Siapakah saudara kamu?" merupakan soalan yang macam pernah kita dengar tapi di mana ya?... pikir, pikir dan ingat, ingat di mana ya... ye betul soalan tu kita biasa dengar bila tok imam baca talkin... patut la payah nak ingat sebab dah lama tak berziarah kematian hingga ke liang lahad. kalau berziarah hanya sampai di tangga rumah jenazah. nampak ada sekeping dua biskut mayat, kita hayun dengan kopi... selesai jengok kita balik. maklum la sekarang ni disibukkan dengan hal-hal keduniaan. tinggalkan dulu cerita berziarah jenazah tu.

sebenarnya nak berkongsi sedikit tentang ceramah sorang ustaz tu bila dia sebut soalan "Siapakah saudara kamu?" kita yang terangguk-angguk dan tersenguk-sengguk ni pantas menjawab dengan nada yang slow, "Saudaraku adalah semua orang muslim!" petah lagi bergaya ketika ini kita menjawabnya. tetiba ustaz meninggi suara macam tau-tau je kita sedang menjawab soalan tersebut... "Betul ke itu sedara kita? sedangkan lapar dahaga mereka kita tak penah amik tau. jiran sebelah tak kenal nama bahkan tak bertegur sapa? abih tu sedara kita yang tertindas di Patani, Mindanao, Kashmir, Iraq, Palestin dan serata ceruk alam ni, penah ke kita tanyakan khabar." dalam ati menjawab, "ada la jugak ostat, time diorang mintak derma tsunami dulu bagi sikit, boikot barangan israel dan amerika dulu joint la jugak, baru ni bila nak buat korban kitorang buat di Kemboja..." ati nak aje menjawab tuuu.

bukan apa, semenjak dua menjak ni banyak sangat isu yang sensitif. isu lama yang tertunggak, tak selesai, tambah dengan isu baru. makin banyak isu keluo makin parah kita sesama sedara muslim ini berterabo. sema nak jadik hero. harap diorang yang hebat di pentas politik dapat bezakan survival politik dengan akidah. pertautkan semula mana yang terlerai.

aku pon sampai dah lupa pada 'seni' yang mendamaikan. sibbaik petang semalam hujan lebat kat kl, dapat juga aku jalan kaki redah hujan di kala orang lain dok menenggek di kaki lima menunggu rahmat Allah tu berenti turun. sejuk ati...


* dulu abuya arqam ada menelah yang orang melayu akan muncul sebagai pembela agama islam mengikut rotation barat eropah dan timur,

Selasa, 5 Januari 2010

hemmm cam biasa sekali lagi kita beralah.. sudah la tiap kali pilihanraya kita beralah, orang lain dapat tanah kita pulak terus berpecah, kelahi tak sudah..

nah! kali ni kita beralah lagi bila PAS kata dia menghormati prinsip kebebasan beragama... abih tu kenapa pulak si balau tu tak reti nak menghormati prinsip beragama? kita kalah dan mengalah dan terus blahhhh...

dalam isu sebesar ini, takan ada beberapa kerat aje ke lujnah PAS untuk membincangkan pendirian mereka. kenapa tak libatkan lebih ramai alim ulama dalam PAS seperti Prof. Haron Din, Dato' Ismail Kamus dan sebagainya. apakah PAS juga memerlukan tauliah untuk duduk dalam kumpulan Lujnah bagi membincang perkara "hukum" dalam Islam. ini bukan perkara hukum dalam politik malaysia.

''Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah''.

ini ayat yang menjadi dasar kepada keputusan mereka. katanya semua agama samawi bole guna nama Allah. sedangkan kalu entri aku sebelum ni perkataan 'manusia' dalam al-Quran tu bukan sekadar Yahudi dan Nasrani aje yang mengakui Allah Maha Pencipta bahkan seluruh manusia. retinya Allah yang diakui oleh manusia sebagai pencipta. tiada tuhan lain. selain daripada itu mereka menganggapnya sebagai dewa. orang arab jahiliah dulu yang menyembah berhala pon masih tetap mengatakan Allah pencipta alam. sebab tuhan berhala mereka hanyalah perantara.

jadi perbezaan isu yang diketengahkan oleh kristian ini ialah mereka mahukan Allah sebagai nama tuhan mereka. mereka tidak mengakui keEsaan Allah yang kita sembah sepertimana yang dijelaskan oleh al-Quran. Tuhan Bapa yang selepas ini akan disebut sebagai Allah akan bersekutu dengan Jesus dan Ruh Kudus. apakah lujnah PAS tidak nampak pertentangan tindakan kristian yang bertentangan dengan perintah dalam ayat yang menjadi dalil mereka "... bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun ...''.

memang sifat orang melayu lembut hati sebab itu bangsa lain suka kat kita.. kita tak marah kalu orang datang nak menumpang rumah kita (nak buat rumah dalam pagar kita pon tak apa). kita tak marah kalu diorang mintak barang kita. kita tak marah hatta mereka boleh pergi ke bilik tidur dan dapur kita... dan bangsa lain tau kelemahan orang melayu... jangan tonyoh kepala. "AMUK!" sifat melayu yang terdesak. tapi orang bukan melayu tau kelemahan amuk tu. kalu marah dan nak mengamuk sekalipun orang melayu kalah pujuk...

sifat orang melayu "biarlah..." kerana sifat biarlah tercetusnya peribahasa 'biarkan si luncai terjun dengan labunya' barangkali kita pon dah lupa cerita 'Belanda mintak tanah'. sudahnya, anak cucu kita merempat di negara sendiri.

sudah terhantuk baru tengadaah...

Isnin, 4 Januari 2010

tahun baru menuntut kesabaran yang paling berat bagi kita nampaknya. persoalannya perlukah kita berkorban sekali lagi pada tahun masihiyyah ini. menggelegak rasa hati bila dengar berita kalimah Allah terpaksa dikongsi dua agama. pada peringkat awal lagi aku nak ketawa bila dengar si balau tu nak bawa ke mahkamah dengan perebutan tersebut. rasa kurang yakin ikut bersama bila melihat hakim yang mengendalikan kes. bolehkah diharap pada orang yang tak mengerti tentang agama kita untuk mempertahankannya... sudah tentulah bole agak apa jawapannya. kalaupun menyebelahi mungkin atas faktor ketenteraman dan keharmonian... nampaknya telahan kedua aku tak menyusul.



tang aku nak ketawa bila dengar si balau ni nak jadikan kes ialah, mengapa sudah lebih dua ribu tahun mereka menyembah tuhan bapa, jesus dan ruh kudus, baru hari ini mereka perasan yang tuhan mereka sembah rupanya takde nama... pelikkkkkk... tapi aku tak pelik bila dia memilih nama Allah untuk dibagikan pada tuhan dia umpama seorang bapak memberikan nama pada anaknya... lagi pelik bila manusia nak namakan penciptanya.... ajaibbbbb...

napa diorang tak amik aje nama lata wal uzza, atau gautama budha, atau dewa vishnu, atau susah sangat isi aje nama presiden amerika yang kununnya hebat-hebat tuh kerana mereka pembela agama kristian. tidaklah aku pelik bin ajaib atas kehendak mereka kerana Allah telahpun memberitahu kita semua dengan maksud firman-Nya "Sesekali selamanya tidak akan redha orang yahudi dan nasrani ke atas kamu sehingalah kamu mengikut jejak langkah agama mereka" ertinya mereka akan cari pasal dengan kita atas rasa permusuhan yang menebal sehingga hari kiamat.

bagi muslim yang tertindas di bumi sendiri ini.. renung-renungkanlah firman Allah ini:



dan tak pelik juga bila tok guru nik aziz setuju dengan permintaan si balau tu tadi. memang dalam Quran menyatakan antara maksudnya "jika kamu bertanya kepada orang kafir siapakah yang menciptakan alam semesta nescaya mereka menjawab Allah"
retinya mereka percaya kewujudan Allah walaupun mereka sembah berhala. tapi yang aku tak setuju pendapat tok guru bukan pada kepercayaan mereka mengatakan Allah sebagai pencipta alam sebaliknya mereka hendak berkongsi nama tuhan yang berbeza berbanding para penyembah berhala yang percaya batu sembahan mereka tak berkuasa sekadar menjadi perantaraan kepada Allah.

sebaliknya sekarang ada dua Allah iaitu satu disembah orang Islam satu lagi oleh orang kristian. kedua-duanya berbeza tidak seperti yang dimaksudkan oleh al-Quran ini tadi. sepatutnya kristian terus menyembah tuhan bapa, jesus dan ruh kudus tapi dalam masa yang sama masih mempercayai Allah sebagai pencipta alam ini.... esok-esok anak-anak kita akan keliru tuhan manakah yang perlu disembah, pergi ke masjid orang menyembah Allah dan di gereja pon mereka menyembah Allah nanti diorang tanya kenapa tak kita satukan aje tempat dan masa untuk menyembah nama tuhan yang sama ini.. heemmm 1Malaysia la nampaknya kita...

hayya bil jihadddddd

Rabu, 30 Disember 2009

hemmm... bagi hedonisme mereka akan menyambutnya secara besar-besar hingga bersepahan sampah sarap bahkan botol arak... bagi yang menentang, mereka mengatakan tahun baru sebagai merayakan hari kelahiran Jesus so apa pekdahnya orang Islam merayakannya. hek eley, kita baru sahaja menyambut Ma'al Hijrah. juga bererti sambutan tahun baru tapi khusus untuk umat Islam bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. kontradiksi pada kedua-dua perayaan yang mempunyai persamaan untuk menyambut tahun baru ini adalah antara kelalaian dan kesyukuran. namun bagi setiap orang yang menyambutnya akan melafazkan azam baru

(terjemahan syair imam syafie ni dipetik daripada buku ibni qayyim al-jauziah)

paling menarik bila baru-baru ini ada seorang penceramah memberitahu audiens supaya kita jangan menyambut Ma'al Hijrah. sebabnya apabila disebut sahaja sambutan sudah tentulah ada majlis makan-makan dan kemudiannya akan habis begitu sahaja. yang perlu kita buat ialah majlis mengambil ikhtibar daripada peristiwa Ma'al Hijrah atau mungkin dengan lebih mudah kita sebut sebagai Penghayatan Ma'al Hijrah

fikir-fikirlah mana yang patut.

Isnin, 28 Disember 2009

time boring nunggu lemang masak masa raya aidil adha itu hari, takde menda kerja nak buat aku cuba-cuba la mengeraskan tangan buat menda alah ni. dah lama berkenan nak buat sendiri. rasa hati melonjak-lonjak nak buat terutama selepas berkunjung ke muzium adat di kuala klawang, negeri sembilan pada sambutan rumah terbuka aidil fitri yang lalu.


hemmm beberapa hari menggode tempurung kelapa dan kayu beluti, bila dah siap nak kena cat la pulak. bila dah kering letak la atas tempayan... baru ni family datang jalan-jalan berkenan pulak le mak aku kat senduk orang melayu dulu-dulu ni lalu aku pon bagi le. tak apa ti aku buat yang lain... tapi rasa tak puas hati la pulak buat yang kedua ni.. belum ada masa yang sesuai nak buat satu lagi... tempurung dah standby je tu.


tengah mengintai peluang nak cari tok guru yang bule ngajar mengukir ni... ada sapa-sapa bule tolong

Khamis, 24 Disember 2009

ketika nabi dalam perjalanan israk mikraj, baginda dilambai oleh seorang wanita tua yang cukup mengancam... solekan bak tepung gomak, tergedik-gedik mendayu menghairahkan memanggil nabi s.a.w. hemmm... tanpa sedikitpun teruja apatah lagi menoleh, nabi meneruskan perjalanan baginda. setelah jauh, barulah beberapa ketika nabi bertanya kepada malakat jibril siapa gerangan wanita tadi. jibril menjelaskan itulah dunia. perumpamaan bumi yang kita duduki ini yang semakin tenat dan azab tapi semakin cantik dan bergaya... tinggalkan cerita itu untuk orang yang nak mengambil ikhtibar... yang nak dikongsikan bersama di sini adalah semakin tua usia bumi ini semakin banyak benda pelik terjadi. meh tenung, renung dan menungkanlah akan kesahihan, akan hikmah, akan tanda kebesaran Ilahi dari klip yang aku kutip dengan tajuk ANAK DERHAKA.

Selasa, 22 Disember 2009


dah dekat sebulan aku kena posting kat pejabat orang. untuk tahun ni, ini kali kedua aku bertukar lokasi kerja... nak buat camana, 'Saya Yang Menurut Perintah'. baru nak susun barang-barang opis kat rak dan meja dah kena simpan semula dalam kotak.

baru je beberapa bulan pindah dari Kelantan dah diarah pulak pindah ke sebuah Jabatan lain. hemm penat punggah barang rumah masih dok terasa kat sendi-sendi ni. sib baik la tak jauh sangat. namun kali ni, ia asing sama sekali daripada tempat kerja aku. kalau sebelum ni takat ditukarkan ke cawangan, kali ni sama sekali berubah disebabkan bertugas di Jabatan lain. cuma duduk letaknya jabatan ini di bawah kementerian yang sama. suasana baru, bos baru dan rakan sekerja pon baru... dah tentu le bidang tugas pon baru. tapi seakan ada persamaan naluri, aku bertugas membantu memelihara dan melestarikan seni dan warisan bangsa dan negara...


'terokai seni' baru le nampaknya

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak