hemmmm... panas tul isu semasa ni yea... tinggalkan dulu
aku memang nakal... tapi bab cekgu aku mesti respek... sebab aku yakin cekgu kena redha bagi ilmu baru bole berkat. satu crita... ada satu ustat yang jadik guru disiplin kami masa
form six dulu. dia suka buat
spot check kat asrama cari bebudak yang suka mengular, memonteng atau merokok. kerap jugak le ustat ni meronda. kat asrama tu ada satu bilik khas bebudak tingkatan enam saja yang dok situ. tah apa mimpi kengkawan aku, satu hari tu diorang
setting gulung bantal dan dipasangnya gebar cantik-cantik macam orang tengah tido mengerekot... kira tido mampuih le tu. pintu bilik tu cam biasa memang tak berkunci cukup le ditutup rapat-rapat.

hari tu seperti biasa ustat pon melaksanakan tugas murninya mencari kaki ponteng. dari kelas kami (
form six) ni bule nampak la bilik asrama kami sebab kedudukan bukan le jauh sangat. takat sepelaung aje. jadik bila nengok ustat mula buat
spot check... keadaan mula huru-hara dengan beberapa pelajar lari lintang pukang menyelamatkan diri. adegan yang mendebarkan sampai ke kemuncaknya apabila ustat mula memasuki bila
form six tadi... kengkawan aku yang dok kelas atas kejang perut menahan ketawa apabila nampak ustat keluo dari bilik tu dengan marah-marah dan membebel. heh! aku tak bule bayangkan bila ustat masuk dalam bilik terus membebel mengejutkan 'budak' yang tengah tido tu tadi. agaknya respon takde, ustat mesti naik hangin punya... argh! korang cuba la
try praktis bila kita membebel tapi orang buat dek je.. maunya kena belangkung sekali kot... sudahnya ustat masuk setiap kelas
form six dengan marah-marah kerana mempermainkan dia. aku dengar crita
insident yang berlaku dalam bilik ni daripada kawan aku yang dok nyorok dalam bilik tu bila tak sempat lari. lawak tul tapi yang pasti aku tak terlibat dalam jenayah juvana tu ye.