
*Pemuda*: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah, kan.
*Pakcik*: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

*Pakcik*: Tidak nak. Kebanyakan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah.* Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.
*Pemuda*: Ehh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja.
*Pakcik*: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai? 10, 15 orang? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni?
*Pakcik*: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salah faham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah *istiqamah.* Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat; mengaji kau letak no-3 no-4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten? Tidak nak.
*Pemuda*: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah?
*Pakcik*: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar. Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu. Kau nak belajar Al-Quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa. Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah; belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi. Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.
*Pemuda*: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke?

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar. Benar kata pakcik tersebut, *orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.*
Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, sama-sama kita berdoa *supaya kita dijadikan dalam golongan yang menjaga solat dan al quran.
0 zmn org suka mengomen:
Catat Ulasan