Isnin, 13 Mei 2019

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang tertimpa musibah dan sakit hingga matanya mengalami kebutaan. Kerana tak kuasa dengan penderitaan yang dialaminya, dia pergi menghadap Nabi SAW. Dia memohon kepada Nabi SAW untuk mendoakan dirinya agar boleh sembuh daripada penyakitnya. Nabi SAW pun bersabda, 
“Pergilah ambil wudhu dan solatlah dua rakaat, lalu bacalah bacalah doa ini:
اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َسْØ£َÙ„ُÙƒَ ÙˆَØ£َتَÙˆَجَّÙ‡ُ Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ بِÙ†َبِÙŠِّÙŠْ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ù†َبِÙŠِّ الرَّØ­ْÙ…َØ©ِ ÙŠَا Ù…ُØ­َÙ…َّدُ Ø¥ِÙ†ِّÙŠْ Ø£َتَÙˆَجَّÙ‡ُ بِÙƒَ Ø¥ِÙ„َÙ‰ رَبِّÙŠْ ÙˆَÙŠَÙ‚ْضِÙŠْ Ø­َاجَتِÙŠْ
Allâhumma innî as-aluka wa atawajjahu ilaika binabiyyi muhammadin nabiyyir rahmah ya muhammad innî atawajjahu bika ilâ rabbî wa yaqdhî hâjatî.
  
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu dan aku menghadap pada-Mu perantara Nabi Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanku dengan engkau terkait dengan hajatku agar dikabulkan.”
- (HR. An-Nasa’i).

Maka, seketika orang itu sembuh daripada penyakit yang dialaminya. Matanya tak lagi buta, dia kembali sihat berkat doa yang diajarkan Nabi SAW. Doa yang memuatkan contoh penyebutan dan tawajjuh ini sangat popular di zaman Nabi SAW dan masa sahabat. Meskipun doa ini menjadi sebab kemunculannya adalah untuk menyembuhkan kebutaan, tapi dalam praktiknya ia merupakan doa segala hal, terutama saat ditimpa cubaan berat.

Bahkan, dahulu pernah ada seseorang yang menghadap khalifah Utsman ibn Affan untuk memohon bantuan dengan segera. Tapi sayang, Sang Khalifah tak mengendahkan ia bahkan tak menoleh ke arah orang itu sama sekali. Maka dia pulang dengan tangan kosong tanpa hasil apa pun. Lelaki itu lantas mengadu pada Utsman ibn Hanif. Mendengar pengaduannya, Utsman ibn Hanif lalu menyuruhnya wudhu dan menuju masjid untuk solat dua rakaat. Utsman ibn Hanif berpesan agar selesai solat, lelaki itu mengucapkan doa di atas. Akhirnya, lelaki itu melaksanakan saranan Utsman ibn Hanif dan kembali menghadap Sang Khalifah. Sesampainya di rumah Sang Khalifah, tiba-tiba ia disambut dengan hangat dan langsung ditanya Sang Khalifah, “Apa yang boleh saya bantu?”

Maka lelaki itu pun mengadukan segala hal yang mungkin boleh dibantu Sang Khalifah. Kisah itu diabadikan dalam kitab, At-Targhîb fi Ad-Du’â’ karya Abdul Wahid Al-Maqdisi.

Sahabatku, lihatlah redaksi hadis ini,
"Aku menghadap kepada-Mu perantara Nabi Muhammad, Nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad, sesungguhnya aku memohon kepada Tuhanku dengan engkau terkait dengan hajatku agar dikabulkan.”

Sebuah permohonan doa yang menggunakan perantara Rasulullah untuk menguatkan agar doa terkabul. Di zaman Khalifah Usman, Nabi telah wafat, namun redaksi tawajuh dan perantaranya masih terus digunakan, sebagaimana kita berselawat saat tahiyyat. Daripada pelajaran ini kita juga boleh memahami bahawa pada setiap kita berdoa kita harus mendahuluinya dengan selawat Nabi. Doa boleh tertolak tanpa selawat . Rangkaian doa dari awal hingga akhir adalah satu kesatuan munajat, di mana tanpa perantara Rasul doa menjadi kurang sah.

Maka, tidak hairanlah sahabat, tabiin, tabi tabiin, seringkali melakukan tawassul dengan model doa seperti itu tapi dengan redaksi berbeza. Selawat menjadi doa dan munajat yang melekat di hati mereka. Mereka menulis syair, pujian, burdah, dan sejenisnya untuk memuliakan dan mengagungkan Nabinya.
Selawat Fatih, selawat Nariyah, selawat Badar, selawat Arzaqiyah dan ratusan selawat lain yang pernah dibuat oleh ulama terdahulu dan diabadikan dengan tradisi pewarisan selawat secara turun temurun adalah hal yang boleh terjadi. Pujian pasti bersifat kekaguman, maka sepanjang tidak bertentangan dengan nash dan akal sihat, jangan pernah menganggapnya sebagai musyrik. Munajat adalah bahasa jiwa, sangat peribadi , personal, dan refleksi daripada fikiran dan hati yang diajukan kepada Allah. Jadi wajar, jika bahasa permintaan yang indah dari segi sastera , mendalam dari segi makna itu tersusun dalam kalimat selawat yang mempesona.

Sayangnya, muatan bahasa yang memuliakan Nabi selalu dianggap berlebihan, dianggap bid'ah, dan bahkan ada yang menyebut musyrik. Ini terjadi kerana miskin ilmu dan miskin adab. Mereka lupa atau tidak menyedarinya bahawa Allah sendiri adalah Zat yang paling dahsyat dalam memuji Rasulullah. Bahkan, kadang Dia menggunakan simbol khusus untuk memuliakan Nabi, seperti Ya Siin, Alif Lam Mim dan sebagainya. Dan, bukankah seluruh isi Al-Quran adalah pemuliaan khusus untuk Muhammad, manusia paling sempurna, tajalli Allah yang paling sempurna.


Pujian kita dalam selawat Nariyah atau selawat Fatih belum sebanding dengan pujian Allah dalam Al-Quran. Bukan hanya wajah Nabi yang boleh menyebabkan turunnya hujan, tapi bulan pun boleh terbelah, bahkan dunia ini diciptakan Allah untuknya dan kerananya. Seperti yang termuat dalam Hadis Qudsi, lawlaka, lawlaka, ma khalaqtul-aflaka.
Setelah memahami hadis Qudsi ini, maka kita akan dengan mudah memahami hadis Qudsi yang lain: "Kuntu kanzan makhfiyyan, fa ahbabtu an 'urafa fa khalaqtul khalqa likay 'uraf" (Aku adalah Perbendaharaan yang Tersembunyi, Aku ingin dikenali, maka Aku ciptakan makhluk agar Aku dikenali). Roh dan Nur Muhammad adalah ciptaan Allah pertama, mazhar paling sempurna, dia adalah cermin Tuhan. Daripada Roh Muhammad yang termurni inilah makhluk pertama dan asal seluruh makhluk.

Rasulullah SAW bersabda,
"Ana minallah wal-Mukminun minni." (Aku daripada Allah dan orang-orang beriman berasal daripadaku).

Konsep kosmologi Islam ini tertuang dalam Al-Quran, hadis, tafsir, dan kitab-kitab ulama. Mereka yang mengenali khazanah keilmuan Islam ini tak akan berani menafikan dalil ini. Tak ada satu doa dan selawat pun yang ditujukan untuk meminta kepada Nabi. Tapi, meminta kepada Allah dengan perantara, kesaksian, bantuan, dan kemuliaan yang pernah diberikan Allah kepada Nabinya. Kerana itu, dalam selawat selalu diawali dengan "Allahumma" itu adalah kalimat panggilan langsung kepada Allah, "Ya Allah."
Semoga Allah membimbing roh kita ke jalan yang diredai-Nya, membuka pintu-pintu makrifat dan mahabbah-Nya.
Allahumma shalli wa sallim 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad.
Semoga bermanfaat.

0 zmn org suka mengomen:

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak