ulps... banyaknya sawang! membaca memberapa komen kat
shoutbox tu, alahai sian la pulak... mintak maap tak
reply ye dan tak berkesempatan nak berkunjung balas...
6 november 2010 9.20 malam
alhamdulillah slamat mendarat kat klia setelah menempuh perjalanan melebihi 3000 km selama 5 jam. tima kasih atas doa teman-teman.
24 Oktober 2010, 9.00 malam
awal lagi aku dah terpacak kat klia sebab orang rumah tak brani
drive balik lewat. flig aku kul doblas tengah malam. tunggu bos kul seblas baru dia tiba. flig lewat sebab nunggu dari afrika.
so sampai sana lewat sikit la. Dalam kul 7 pagi kitorang dah jejakkan kaki kat kota beijing... (so balik ni jangan le panggil aku aji yea...)

Sibbaik takde songel di imegresen (sebab dengo crita kengkawan, kalu kita bawak buku, cd atau terbitan lain dorang akan selongkar. barangkali nak sekat pengaruh luo le tu). kendian kitorang ditunggu satu amoi, Dong Qian (sebut Tian) atau kalu susah ngat nak sebut namanya, panggil je anna. "heh! nama glemer yang senang disebut..." dia bagi tau bila aku tanya pasal nama tu kot-kot dia kristian ke...

hari ni takde aktiviti khusus sebab semua peserta asean baru tiba.
so, amik peluang meronda sekitar hotel je. petang tu, bos ajak jalan kaki ke medan tiannamen dengan
forbiden city. takat tengok dari luar je le ye... ramai betui orang melepak kat situ, tapi tak ramai orang asing. kata bos aku, "pelancong domestik pon dah cukup untuk negara china dapat
income."

kat sini suhunya dingin gak sekitar 6-7%C, berlapis aku pakai baju, udah le kurus, lemak plak takde, terketo-keto le aku kesejukan. bila angin kuat je, mak oi rasa nak melayang aku dibuatnya. camana la aku nak ngadapinya untuk seblas ari lagi ni... uhuks!
kapsyen
1. pintu gerbang tol dari lapangan terbang nak masuk ke beijing
2. pekerja alam flora la kot
3. jangan tanya le menda dorang jual tu, nampak cam cekelat, tapi kitorang agak macam buah yang disira
4. ni nak kata beca bukan, teksi pon bukan, tapi cam prebet sapu untuk dua orang penumpang je