Pages - Menu

Isnin, 15 November 2010

seblom BLAJO...NGAJI dulu

prolog: artikel ni tak berhasrat menyinggung mana-mana guru atau ibu-bapa

pagi-pagi nak gi keja tadi dan le dengo sekilas berita, 'cekgu kena blasah sampai pengsan'. hek eley bebudak sekarang!!!

sambil nemankan member sarapan pagi, kami sembang macam-macam topik sampai masuk bab cikgu masa kami kecil-kecil dulu (takde kaitan dengan brita pagi tadi)

"aku ada satu cekgu dulu, (malas sebut nama) punya le ganas cekgu ni...", kata si joe mengalihkan topik hal anak-anak.

aku tanyakan namanya kot serupa dengan cekgu aku dulu. ops! bukan orang yang sama. tapi ingatan aku mengimbau satu cekgu aku yang mungkin serupa perangai peliknya.

"kalo dalam bilik, dia suka main susun bata... mahjong macam crita p.ramlee tu" joe sambung crita yang tergendala sambil ketawa.

"kalo ko ngadu sakit gigi, dia suruh ko nganga... bila nganga je dia ludah mulut ko..."

huuu aku ketawa, "ganas tulll" bisik ati. dalam masa yang sama, aku terasa nak tanya cuma tak sampai ati... "gamaknya dah berjaya budak tu" gumam ati aku lagi meneka. maklum la kata orang, kalu nak berkat ngaji, dok la depan tok guru biar sampai kena air liur pon takpe... tapi yang ni kesnya masuk terus dalam mulut, mesti lebih berkat ye dak.

"tapi, kan mir... antu camana pon cekgu dulu... orang tetap respek. takde mak ayah yang datang nak mengamuk kat skolah." joe syok sangat melayan nostalgia dia.

"heh! aku ingat dulu, time cuti kalu kitorang tengah main kat laman, tetiba cekgu lalu jenjalan petang dengan motor dia, abih semua bebudak bertempiar lari. malu! kalu bebudak sekarang... (pengsan cekgu dikejakannya)" aku menambah.

psst: aku pon tak reti nak kabo. dalam banyak hal, mak bapak pon satu hal juga. over sangat dalam melayan karenah anak-anak. hal cekgu pon kekadang over tensen juga dan ter'over' pulak mengambil tindakan.

setiap kita ialah ibu bapa dan guru pada anak-anak. tapi mak bapak patut kena tima kasih kat cekgu sebab tolong jaga anak kita. anak yang tak berapa kerat tu pon susah kita nak kontrol, ni ke pulak 30-40 orang satu kelas... tu yang cekgu sakit kepala tu. bebudak pulak lagi over sampai patah riok kejakan cekgu.

17 ulasan:

  1. pe yg penting, jgn bertindak melulu n over. kaji dulu.. kan?kan?hihi

    BalasPadam
  2. zaman skang cikgu yang takutkan budak2..risau betul..

    BalasPadam
  3. Err....
    Payah juga nak tulis ni...
    ckLah cikgu...
    ckLah juga ibu...
    :D


    Kesimpulannya, cikgu zaman ini kena 'lebih usaha'membuatkan murid (dan ibu bapa mereka) 'sedar' akan kewujudan cikgu dalam hidup mereka...zaman dah berubah, betul tak?

    Jangan sampai menunjukkan peri laku yang menyebabkan 'pelanggan' memandang 'hek-elehhhhh' kat cikgu tu...
    :D

    BalasPadam
  4. salam..
    ganaz betul guru
    yang meludah dalam
    mulut tu..ada lagi ke?

    BalasPadam
  5. kisah yg lari tu memang betul tapi bukan cikgu sekolah tapi cikgu mengaji..

    bertempiaran lari sebab bermain sama2 police&thv (laki&perempuan)..

    Esoknya bila masuk mengaji..KENA TADAH TANGAN ..

    Alhamdulillah, berkat ajaran Tok Ngaji tu..menjadi manusia juga..

    BalasPadam
  6. Sebak ter la sekarang orang kurang nok jadi cikgu...

    BalasPadam
  7. Wajar diberi perhatian lebih isu mendidik dan pendidik ini. Lebih2 lagi yang dididik itu.

    BalasPadam
  8. pagi smlm kwn IE bgtau yg org umah dia yg jdi bendahari kelab cikgu sek nangis sebab kena marah dan sindiri-sindir dan dr cikgu yg dia minta yuran n sumbangan buat prgm familiday...

    eh ??IE pun tanya balik ...cikgu pun ada pemkiran gitu ???

    BalasPadam
  9. Bila ada contoh2 begitulah, adakala cikgu lak "surrender", tu yg ramai berenti jadi cikgu..

    kesian sungguh.

    Wpun I tak minat jadi cikgu, tapi I respek tabik pada cikgu...

    BalasPadam
  10. Kadang pelik juga kan!

    Depan cikgu takut, belakangnya lain lak...sebenarnya kena takut dgn Allah apa saja perbuatan kita..

    BalasPadam
  11. beza bdk2 skrg ni dgn dulu pnya...

    BalasPadam
  12. salam..zaman sekarang cikgu kene bersdia zahir dan batin huhuhuhuh

    BalasPadam
  13. assalamualaikum:

    guru lilin yang membakar diri
    guru dian yang menyinari idop manusia
    guru pelita yang menerangi kegelapan
    guru cahaya yang menyuluh jalan kebenaran
    pundak guru memegang amanah Ilahi
    pundak guru menaggung beban bangsa sendiri
    pundak guru masih utuh
    untuk terus mengangkat harapan ibu-bapa
    syabas guru

    BalasPadam
  14. salam cemomoi
    sama walaupun tak serupa dgn CKLah
    dan setuju dgn pandangan CK.

    menjadi cikgu zaman ini
    memang tak sama dgn cara tahun 70-an,80-am,90-an.namun pastinya tanpa guru,siapalah kita,dan menjadi guru -pendidik bukanlah suatu yang mudah,

    BalasPadam
  15. Salam cemomoi.

    Kak juga teringat pelbagai kerenah guru-guru kak.. ada yang lucu, ada yang buat kita tersentak sebab hukum kita yang tak bersalah... lalu bila kak jadi cikgu ingat pula cikgu-cikgu ini.. adakah aku serupa!!!

    BalasPadam
  16. tulah.. la ni rasanya cikgu yang berkarisma udah berkurang kot, tak macam dulu2.. cikgu dulu2 doakan anak murid, tak tau lah la ni cikgu doa kan anak2 murid ke tidak..kat area umah kita banyak cikgu2.. macam2 pesen cikgu ada.. mak bapak pun satu hal gak, kalau taknak anak kena jentik, homeschool kan jer lah..

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap