Pages - Menu

Selasa, 23 November 2010

melayu hebat: keseimbangan

musim kawin...

penah dengo keris berdiri?

kata sorang pakar senjata melayu, "apa nak heran dengan keris berdiri. itu perkara biasa. so jangan le tertipu kalu orang tu kata kerisnya hebat boleh berdiri. tapi kalu keris tu boleh berdiri sendiri, haaa tu luar biasa... tapi semua tu bohong je. tak pon mesti ada antu le tu"

"keris berdiri ni sebenonya menunjukkan betapa 'pandai keris' (empu) tu sorang yang hebat. sebab dalam pembuatan keris, keseimbangan sangat penting. orang dulu-dulu bukan guna timbangan. dorang ukur pon main ibu jari je..." aku dengo penuh minat.

"err... saya pnah masuk satu seminar keris. dia kabo sekarang ni ramai beno orang yang pakai keris tapi tak tau adab dan adatnya..."

dia ketawa sambil mengia-giakan dan terhangguk-hangguk setuju macam burung belatuk.

"bila kita pakai keris di pinggang, hulunya mesti le ke perut. kalu hulunya kluo mengadap orang maknanya kita bersedia untuk dicabar atau kita nak gaduh le tu."

"tapi pengantin takpe pakai gitu..." bila aku tanyakan hal orang kawin pakai keris ikut suka ati je... "sebab dia menjadi raja sehari. bila jadik raja, maka dia boleh buat ape je la. kalu kita nak cabar dia, hulubalang (pengapit) ramai. ko kena lawan dulu la dorang tu." dia abihkan crita pasal keris pada aku.

kali ni, aku pulak terhangguk macam burung belatuk. maknanya lepas ni sapa nak jadik pengapit mesti kena pandai bersilat. maklum la, zaman dulu kekadang orang berebut awek time tengah bersanding. time tu le dorang tunjuk jantan nak rebut balik awek tu dari tangan pengantin... kang pengantin cabut lari, ape ke heinya dengan pengapit!

kapsyen pic 2: contoh kain cindai. kain ni sukar ditembusi oleh mata keris. oleh itu, ia sering digunakan sebagai ikatan bengkung. dikatakan hang jebat menggunakan kain ini untuk membalut luka selepas bertarung dengan hang tuah untuk menghentikan aliran darah.


* hebatnya pandai keris tu gunakan matematik tanpa perlu alat penimbang,

30 ulasan:

  1. salam cemomoi..saya baru tahu cindai tue adalah sebuah kain...saya ingat ia cume lagu siti je huhuhuhuh

    BalasPadam
  2. Salam...

    Fakta menarik..saya baru tau sal kain cindai tuh..huhuh...ade beli tapi nama jer cindai kot..jenis material kainnye x sama mcm dulu2..

    BalasPadam
  3. ternganga den membaco nye.. hhuhu.. dulu fisha masuk kelab silat gayung malaysia...haha

    BalasPadam
  4. salam
    seni yang seni bukan murah harganya tu

    BalasPadam
  5. Aok sebut CINDAI koi teringat lagu Dato' Siti te..Cindai lah mana :)

    Jom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

    BalasPadam
  6. byk jgk kena tahu pasal keris ni yer..

    BalasPadam
  7. salam..
    biasa jumpa kawan melayu bila
    susah cari kita..bila senang batang hidung pun tak nampak..berlainan kawan bangsa lain..susah senang bersama..jadi tak tahu nak bangga tak dengan gelaran MELAYU ni..kadang-kala malu je ke bangsa lain..

    BalasPadam
  8. Keris orang kawin tu pun bukan keris betul2.olok2 je pun..hehehe

    BalasPadam
  9. keris berdiri....hehehe...leh wat tarik duit tu....

    BalasPadam
  10. Teringat masa kecik, potong dahan jambu batu jiran...untuk diukir buat main keris-keris. Sudahnya, awak kena balun dengan mak..hehehe

    Cindai tu kain sutera...
    Sutera tenunan lama memang tinggi nilainya.

    BalasPadam
  11. gempak giler keris!

    BalasPadam
  12. Saya paling tertarik dengan kain Cindai dan keistimewaannya itu.

    BalasPadam
  13. Salam...

    Di tempat saya jarang adanya orang bersilat masa kenduri kahwin...

    BalasPadam
  14. wooo ade gak ek adab main keris nih...inga main belasah jerk...nyesal x blaja siliat betul2 ngan arwah atok dulu..he3

    BalasPadam
  15. selain memakai keris..orang sekarang pun tak tau cara memakai tengkolok...belasah aje hala ke kiri ke kanan ke ???...tu org istana dok senyum jeling2( kerabat dan org istana pun ramai yang tak tau.....)

    BalasPadam
  16. wah.. cara pakai keris pun ada makna gak ye..
    ALL IN ONE
    hepi belated bday..

    BalasPadam
  17. melayu hebat..kamu pon melalui penerangan..byk info sy xtau ni

    BalasPadam
  18. Salam cemomoi..
    .. kata seorang ustaz masa ceramahnya, dia tak heran kalau tengok keris berdiri, tikar sejadah berdiri kerana bila masa hantaran kawin semua boleh jadi.. tikar sejadah boleh jadi bunga, boleh jadi kipas.. kalau berdiri tu biasa je..

    Lawak masa ceramah.. kalau tak, orang tak beri perhatian, mengantuk...

    BalasPadam
  19. Salam cemomoi..

    Ya lah sekarang ni musim kawin.. cuma tengok ada lah pengantin pakai keris tu.. tapi tak terfikir pula kenapa nak kena pakai keris.

    Bersilat tu dah jarang tengok.

    BalasPadam
  20. salam cemomoi,
    saya baru tahu kegunaan kain cindai tu,nampaknya banyak nilai sejarah yang perlu saya pelajari kembali, ni
    terima aksih atas informasi

    BalasPadam
  21. salam, mudah lg ker nk dpt kain cindai tu?

    BalasPadam
  22. mmg ader keris berdiri niy. .tapi niy semua dgn izin ALLAH taala. .

    BalasPadam
  23. baru tahu yang cara pakai keris tu boleh membawa makna tersurat dan tersirat..ingat boleh pakai ikut sesedap rasa, asal selesa dan tak 'tercucuk' mana2 bahagian badan..

    BalasPadam
  24. Orang sekarang ramei dah yang tak tau hal2 berkeris.

    BalasPadam
  25. Info aok ni mmg buat koi tertarik amat.

    BalasPadam
  26. salam kenal.

    teringat pula keris yg hubby pakai time sanding dulu..masih ada dlm simpanan..hehe

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. assalamualaikum:

    sahrom: hee sama le kita kot

    cik shinju: ntahnya selama ni tau pasal cendol je

    fisha: la takan silat gayung tak pakai keris kut tapi jangan ko kata pakai gayung dah le

    brutalsolo: hasil seni tak de spesifik nilainya, tu yang main tala je harganya

    akuanakpahang: koi tengoh nyanyi ni nok imagine muka dato' siti jap

    nick irfan: kenaaaa... warisan kita tu

    zulkbo: peribadi dengan kekayaan warisan bangsa suatu yang berbeza walaupun peribadi buruk tu bole mencalarkan nama bangsa

    koi stuju dengan oak sebab tu koi pnoh tulih n3 cenggitu dulu

    mimie: koi nok nikoh beli keris, taknok pakei hok palsu, kang ande hok nok rebut bini koi, jebnuh terik tak mboh, putih mata....

    cekgu jang: kalu nok narik panggil le koi skali... nok tengok jee

    ckLah: saya koi kenit dulu buat juga keris kayu, siap berjual bagai

    amar: keris ni senjata yang ada pada bangsa melayu je, bangsa lain takde...

    iris: kain tu mahal tuuu

    abd razak: di kebanyakan tempat memang dah takde buat bahkan orang melayu pon ramai yang tak reti bersilat pon

    syaf: orang melayu kaya dengan adab, dengo crita nak bergaduh pon masih ada adab sebab tu kalu tengok filem hang tuah dia bagi kawan tu senjata, tak bule bertempur kalu musuh takde senjata

    ikan emas: tul tu malah tengkolok dan keris juga ada kaitan dari sudut pemakaiannya

    nur: huuu bukan 'baik' je ada makna....

    cikgu mohammad: Allah je yang berdiri sendiri 'qiamuhu binafsihi'

    kak werdah: dulu-dulu memang syok dan happening tengok orang kampung kawin... la ni takat berarak gitu je la

    ummu: ilmu kena kongsi, semoga orang kita tau hargai warisan kita

    kak intahrh: kena carik kat pantai timur kabonya

    mida: tul tu, kalu Allah tak izinkan amenda pon tak jadik

    aanas: orang melayu suka berahsia, dalam setiap gerak ada 'rasa'

    jejaka desa: koi harap oak dapat le cerita juga sebab rasanya oak lebih berkecimpung berbanding koi ni hok ngaji silat pon tak dan khatam

    echam: koi pon blajo dari orang juga...

    ati: koi pon simpan juga keris nikah dulu.. kot la nak guna lagik heeeee

    BalasPadam
  29. stiap gerak geri silat ade sains dan logik disebaliknya. macam saya kt uni blaja silat, kebetulan cikgu silat juga bekas pelajar uni saya, dan seorang engineer, so dapat 2 ilmu la dengan die.. silat dan akedemik..

    BalasPadam
  30. paan sabri: tu dah bagus, kita patut terokai lebih banyak ilmu warisan nenek moyang kita dari perspektif lain pulak

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap