bagi yang bersedih kerana ramadhan berakhir, menginsafi betapa dah ramai orang yang tak sempat menamatkan ramadhan dan menyambut syawal lantaran terlebih dahulu dijemput Ilahi, lalu berfikir apakah kita akan sempat bertemu ramadhan akan datang.
semalam dah siap kacau dodol, ketupat pon dah anyam tapi dek kerana giliran beraya di temerloh, orang lain le yang akan merebus ketupat yang siap aku anyam. kabonya bandar temerloh tengah sesak gila. nak masuk pon tak bule... berlapis dah kereta.... jadi rentikan dulu niat nak bershopping tu. pakai aje le apa yang ada. raya tetap akan raya walopon tanpa baju raya... cuma daging dah beli lum?
psst: dipercayai lembu yang terlepas ini juga tak sempat sama skodeng anak bulan... slamat hari raya dan moga bergumbira bersama kluarga, sanak saudara dan jiran tetangga...