Pages - Menu

Jumaat, 26 Ogos 2011

opis lengang, jalan raya pon lenggang

memetik kata sahabat yang memberi emel kepada aku:

Jika HATI sejernih AIR, Jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biarkan IA mendung,
Jika HATI seindah BULAN, Hiasi IA dengan IMAN.

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar nafsu angkara.
Sebulan penuh Kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.

nah! duit raya supaya hati lebih berbungaaaa...


psst: bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

15 ulasan:

  1. selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya cemomoi n family!!!

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri buat Tuan Cemomoi sekeluarga...

    Makan ketupat tu jangan banyak sangat.. bawak-bawaklah pos kat sini sikit...

    BalasPadam
  4. Cemomoi kakak datang lagi
    menghulur sepuluh jari-jemari
    tak nampak muka dekat di hati
    suka melihat hero-hero comel di sini
    mengomen setiap kali ada N3
    berkunjung juga berkali-kali
    ada kala baca sembunyi-sembunyi
    selamat hari raya aidilfitri
    mohon maaf jika ada terguris di hati...:)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Kian terasa Ramadhan akan pergi..
    Sepurnama segala ibadah terisi..
    Kini Syawal akan sedia menganti..
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
    Maaf silap kata dan bahasa diri..

    BalasPadam
  6. Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

    BalasPadam
  7. Salam selamat hari raya aidilfitri
    maaf zahir dan batin :)

    Kalau duit jepun tu ada no. siri laku :)

    BalasPadam
  8. Puasa kalau tak penuh tak boleh raya. Hehehe

    BalasPadam
  9. Assalam...

    Mohon maaf zahir dan batin kalau ada salah dan silap yer...
    Selamat menyambut aidilfitri...Semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat bertemu lg dgn ramadan yg penuh rahmat dan keampunan ini...


    p/s - goner gayanyer nak ngambik duwet raye ter...susoh ati koi..

    BalasPadam
  10. salam aidilfitri utk encik cemomoi.^^

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
    Tak kan satu dollar aje...

    Semoga sentiasa dalam rahmah Ilahi.

    TQ

    BalasPadam
  12. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri .Maaf zahir dan batin .Semoga berbahagia dipagi raya :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum

    Ati Masrif: sama le kita, slamat hari raya aidilfitri moga kemaafan tersimpul

    nelly: slamat bergumbira di samping kluarga di hari raya nanti

    ajumohit: dah siap baju raya baru le syok nyambut syawal

    Nida: hee nak dikirim, kata orang posmen dah cuti la pulak (alasan) apa pon slamat hari raya, omputih tak reti buat ketupat ke?

    Kakzakie: makasyih rajin datang sini, moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kebaikan kita

    salam penghujung ramadhan sebelum syawal menyusul

    Abd Razak: saya pon begitu juga, sebab dalam menulis ni kekadang mudah juga setan menyelinap membuat kita mudah tersilap

    slamat hari raya mahap zahir batin

    sahromnasrudin: saya terima dengan erlapang dada kerana tujuan kita hanya bertukar pandangan

    salam lebaran moga berbahagia bersama kluarga

    akuanakpahang: koi rasa kalo lelaong tu laku juga ter... slamat hari raya le kita yerk

    Saiazuan: begitu juga kepada saudara, moga syawal menjelang penuh gemilang

    Hisyam Nozi: ketnya antu raya ter haram sikit tak posa, mboh je raya...

    Cik SHiNJU: koi gitu juga, bemaafan tak merendahkan martabat, raya menjelang diucapkan slamat

    oak print je, poleh tak tangkak kalo duit gini

    Nurul Aziz: heee jangan main mercun heh!

    Admin P@P: aji bakhil kata, bbudak taleh pegang duit banyak2 kang bli mercun

    slamat hari raya le kita

    MIDA MIDOT: eeee dipagi raya jangan lupa ke kubur lepas solat raya, banyak duit raya kat situ...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap