Pages - Menu

Ahad, 21 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 2

kata imam syafie dan imam ghazali, "kalo puasa jatuh hari isnin ada kemungkinan lailatul qadr turun pada malam 21" gitu la pesan ustaz yang ceramah kat surau itu hari. moga kita lipat gandakan amalan pada 10 terakhir ramadan nih.

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"apa yang kau rasakan jika lihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
"aku merasa panas dingin dan gementar."
"kenapa?"
"sebab, setiap seorang hamba bersujud sekali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat."

"jika seorang umatku berpuasa?"
"tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."

"jika ia berhaji?"
"aku seperti orang gila."

"jika ia baca al-quran?"
"aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"jika ia bersedekah?"
"itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
"mengapa begitu?"
"sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
"suara kuda perang di jalan Allah."

"apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
"taubat orang yang bertaubat."

"apa yang dapat membakar hatimu?"
"istighfar di waktu siang dan malam."

"apa yang dapat mencoreng wajahmu?"
"sedekah yang diam-diam."

"apa yang dapat menusuk matamu?"
"solat fajar."

"apa yang dapat memukul kepalamu?"
"solat berjamaah."

"apa yang paling mengganggumu?"
"majlis para ulama."

"bagaimana cara makanmu?"
"dengan tangan kiri dan jariku."

"di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
"di bawah kuku manusia."

14 ulasan:

  1. Berpeganglah pd ajaran Allah.. Tunaikan segala SuruhanNya

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...

    Begitu banyak senjata untuk kita mematahkan serangan musuh nyata kita itu..

    BalasPadam
  3. Banyakkannlah beramal .terima kasih berkongsi :)

    BalasPadam
  4. Semoga kita jadi orang yang dijauhi syaitan...

    BalasPadam
  5. salam..
    yang koi tahu..
    malam paling mengantuk tu
    lah Lailatul Qadar nak datang..
    banyaknya iblis dalam badan nih..
    nauzubillah..


    selamat beramal saudara..
    :)

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum..

    Sungguh banyak yang boleh dibuat bagi melawan musuh kita kan...

    BalasPadam
  7. semoga allah melindungi kita drpd syaitan yg menyesatkan...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum tuan cemomoi..

    trime kasih atas entri ni..ia bermanfaat utk kami semua

    BalasPadam
  9. kita start posa hari tu isnin..abih tu dah lepas la malam LailatulQadr? malam tu dok usha2 gak, tapi rasa macam tak je.. ntah ler... apa pun, usaha kena berterusan.. :)

    nak lemahkan syaitan ada macam2 cara, tapi nak kenal teknik godaannya yang halus2 tu yang kadang payah..

    BalasPadam
  10. masih ramai yang bela kuku panjang. ishish

    BalasPadam
  11. assalamualaikum:

    ajumohit: pask iman biar kukuh dalam dada

    Abd Razak: dalam banyak hal manusia juga yang kecundang walopon dah tau strategi musuh ni

    ashrafi: barakallahu alaina

    MIDA MIDOT: semoga amal kita diterima Allah dan menjadi pendinding melawan bisikan seta

    ckLah: hebatnya saidina umar, kalu dia lalu satu lorong maka bertempiaran le setan lari

    zulkbo: moga kita diketemukan Allah dengan bulan seusia kita beramal (kalo umur bole capai 80 tahun)

    kak werdah: malangnya manusia banyak yang tewas dikemudikan syaitan

    alimaz kembara terasing: aminnn! begitu le hhendaknya dalam kita mengabdikan diri kepada Allah

    sahromnasrudin: heee jangan le ber'tuan' dengan saya

    ilmu untuk dikongsikan supaya kita tak ditanya tentang tanggungjawab berpesan dengan kebenaran ketika mengadap Allah kelak..

    Anaa: wallahu a'lam, barangkali masih ada kesempatan pada malam ganjil yang lain kot... kalo usaha dan beramal pon tetap tak rugi punya...

    yang payahnya nak elakan daripada terpesona dengan bisikan syaitan sebab ia banyak yang selari dengan kehendak nafsu kita ni

    cik sakdi: mak pesan nanti kita makan menda kotor, tak caya lepas makan guna tangan tu cuba tengok. biasanya hilang hitam-hitam yang ada kat kuku

    BalasPadam
  12. sebenornya banyok cara nak buat amal dan kebajikan...tinggal lagi hati je...nak atau tak nak???

    BalasPadam
  13. yastro: ati kita ni asik ngira untung rugi kat kita jek, payoh beno untuk akhirat

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap