Pages - Menu

Jumaat, 26 Ogos 2011

siri bersembang dengan setan 4


ada kawan dari jauh bagi kad raya, nida dari niuzelen, bukannya felda niuzelen kat pahang tu yea..

sambung lagi crita setan...

Iblis Dibantu Oleh 70,000 Anak-anaknya

iblis mempunyai 70,000 anak. dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan. sebahagiannya ditugaskan untuk mengganggu ulama, anak muda, orang tua, wanita tua, dan sebahagiannya juga ditugaskan kepada para zahid. antara kerja mereka:

1. suka kencing telinga manusia hingga ia tidur waktu solat berjamaah. tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

2. suka taburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

3. suka berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus .

4. suka duduk di pinggul dan paha seorang wanita yang berjalan, lalu dihiasinya agar setiap orang memandangnya. syaitan juga berkata,"keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

"anak-anakku selalu menyusup dan berubah dari satu lokasi ke lokasi lain, dari satu pintu ke pintu yang lain untuk goda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. akhirnya mereka sembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak terasa. tahukah kamu, Muhammad? bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

15 ulasan:

  1. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
    Mohon kemaafan untuk segala-galanya
    & Selamat Hari Raya Aidilfitri

    BalasPadam
  2. Hehehe...tang gambo anjing kencing tu yg tak leh tahan tu....hehehe




    #Selamat hr raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

    BalasPadam
  3. Salam tuan Cemomoi..

    Terharunya kerana sudi mengambil kad Nida ni..terima aksih tidak terhingga

    Sebut pasal majlis ilmu ni.. teringat masa mengajar dulu.. budak-budak ni kena jerkah dua tiga kali baru segar... agaknya setan kencingkan kat mata mereka kot...


    p/s: dlu masa balik tiga bulan, kisahnya saya ke sekolah rendah tempat anak saya pernah belajar utk dapatkan salinan sijil berhenti (sebab nak sekolahkan depa walaupun tiga bulan je baliknya) puas bergaduh dengan kerani tu "Eh, akak ni mana boleh mintak kat sini.. akak kena pergi PPD MAran uruskan pertukaran anak akak, kami tak boleh buat apa-apa".... ayooooo, naik sejam bertegang urat rupanya dia ingatkan saya duk Felda NZ.... :)

    BalasPadam
  4. Setan memang itu la niatnye dari dulu.Nok nyesatkan kite belake...

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum

    banyak betul senjata mereka kan.. namun dia dah kata manusia yang ikhlas dia tak dapat ganggu.. mudah2an kita dapat berusaha dengan gigih..

    selamat sambut 'idul fitri, maafkan kak jika ada salah silap di mana-mana..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Ada ustaz cakap dalam masa kita solat jemaah bila ada salah seorang jemaah menguap, maka orang sebelahnya akan ikut sama. Ini semua kerja iblis

    BalasPadam
  7. Selamat meninggalkan Ramadhan...dan menyambut Aidil Fitri...

    تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

    BalasPadam
  8. Aidilfitri hari kemenangan
    Kejayaan menempuh halangan
    Mengenali erti kesenangan
    Bagi mereka yang kekurangan

    Aidilfitri hari kemaafan
    Menghapus kesalahan sesama insan
    Memupuk perpaduan sesama ehsan
    Mengikat tali keakrapan

    selamat hari raya..maaf zahir dan batin dr saya buat cemomoi sekeluarga..

    BalasPadam
  9. Baguslah cemomoi berkongsi maklumat tentang syaitan & iblis tu. Mudahnya kita tertipu dek ramainya yang menggoda ni dan kuat serta macam-macamnya godaan mereka. Kecualilah dinding agama kita cukup tebal.

    Diucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk cemomoi dan famili.

    BalasPadam
  10. Dari pengurusan blog "kadang-kadang teringin jua" mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dan semoga raya kali ini menjadi lebih bermakna..

    Maaf andai ada ulasan yang pernah menyinggung hati di blog ini

    BalasPadam
  11. selamat hari raya... maaf zahir dan batin dari Mia sekeluarga... :)

    BalasPadam
  12. tp tang tetido time solat tu macy ta paham senanye.. iskk

    BalasPadam
  13. assalamualaikum:

    zulkbo: koi pon nak ucap slamat hari raya mahap zahir batin...

    Yastro: kopi gitu juga, saling bermaafan di hari lebaran

    Nida: walopon koi tak pnoh gi niuzelen tapi felda niuzelen dah jejak dahhhh

    k, slamat beraya di perantauan

    Nizam: setan tul setan nih!

    ZORA: kalo kita bule nampak dorang, maunya tak ble idop kita nih

    kak werdah: doarang sekadar membujuk, mudahnya kita terlungkup

    salam aidilfitri kak!

    Abd Razak: memang tul tu, macam ada karan je mesti ada orang lain nak sambung menguap tu

    ckLah: moga bahagia bersama keluarga di hari lebaran ni

    anitaare: moga kita benar-benar menang pada syawal ini

    Temuk: saling mengingatkan memberi manfaat sesama mukmin

    slamat hari raya maaf zahir batin juga dari saya

    Cikgu Jang: brenti dulu menggodam sungai yerk... bagi deme nak braya juga... slamat hari raya mahap zahir batin

    Mia Liana: kitorang joga doakan moga berbahagia pada hari kemenangan nih!

    maCy: mboh juga tu! nak-nak time smayang jumaat, time khutbah dah tido sambung pulak dalam solat...

    BalasPadam
  14. pringatn utk kita agar sntiasa bjaga2 mnepis godaan iblis stiap saat

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap