Pages - Menu
▼
Jumaat, 30 November 2018
tujuh yang melalaikan
"Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan
- kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau;
- kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau;
- penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau;
- masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau;
- adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau;
- datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar."
(HR Tirmizi, No: 2306) Status: Hadis Sahih
pilih kawan tengok kawan

“Janganlah engkau berbicara dalam urusan yang tidak engkau perlukan. Kenali musuhmu.
Waspadalah dari temanmu, kecuali yang tepercaya. Tidak ada orang tepercaya kecuali yang takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
Janganlah engkau berjalan bersama orang yang rusak, sehingga dia akan mengajarimu sebagian keburukannya.
Jangan pula engkau beri tahukan rahasiamu kepadanya.
Janganlah engkau bermusyawarah tentang urusanmu kecuali dengan orang orang yang takut kepada Allah ‘azza wa jalla.
Sumber : Shifatu ash-Shafwah hlm. 109
Khamis, 29 November 2018
jangan sombong dengan si miskin

Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Carilah aku di antara orang-orang miskin di antara kalian, kerana sesungguhnya kalian diberikan rezeki dan pertolongan hanya dengan sebab orang-orang miskin di antara kalian.”
[HR. Abu Daud, At-Tirmizi, dan An-Nasa'i]
Rabu, 28 November 2018
hang hebat tang mana?
"Kehebatan seseorang berada pada 3 perkara, iaitu:
1. Kemampuan menyembunyikan kemelaratan, sehingga orang lain menyangkamu berkeadaan cukup kerana kamu tidak pernah meminta.
2. Kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain menyangkamu sentiasa berasa reda.
3. Kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain menyangkamu selalu senang."
Manaqib Imam Syafi'i karya Imam al-Baihaqi.
cinta bini dan cinta lainnya
Beliau menjawab, "Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku."
Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?"
Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang, "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNYA, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu karena cintaku kepada ALLAH."
Selasa, 27 November 2018
esehmen yang terlepas, melepas
Suatu hari, Kahlil Gibran bertanya kepada gurunya: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup?"
Sang Guru menjawab: "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan pernah kembali ke belakang."Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, Kahlil Gibran kembali dengan tangan hampa, lalu Sang Guru bertanya: "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?"
Gibran: "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tidak bisa kembali ke belakang lagi.."
Sang Guru menjawab: "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan pernah kembali ke belakang."Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, Kahlil Gibran kembali dengan tangan hampa, lalu Sang Guru bertanya: "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun?"

Sambil tersenyum, Sang Guru berkata: "Ya, itulah hidup.. Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tidak akan pernah mendapatkannya, kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan.."
'ter'biasa tunda solat?
“Apa yang berharga dari agamamu jika solatmu saja tidak berharga bagimu? Padahal pertanyaan pertama yang akan ditanyakan kepadamu pada hari kiamat adalah tentang solat. Seperti apa kamu mampu memperbaiki solatmu, seperti itulah kamu akan mampu memperbaiki hidupmu."
:Tidakkah kamu tahu bahwa solat itu bergandingan dengan kejayaan? 'Hayya ‘alas solah. hayya 'alal falaah” ertinya “Marilah melakukan solat, marilah menuju kejayaan' Bagaimana mungkin kamu minta kejayaan kepada Allah, sedangkan kamu tidak menunaikan hakNya?"
cinta mana lagi nak ditagih?
Malaikat itu terus bertanya kepadanya; "Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya?" Laki-laki itu menjawab; "Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah." Akhirnya Malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah."
(HR Muslim No: 4656) Status: Hadis Sahih
Isnin, 26 November 2018
DuNiaKu CaCaMerBa 15
"kawe ngisak (hisap dadah) 25 tahun doh, tapi tak pnoh ke dale (lokap/penjara)." dia bagi tips, tapi aku tanak share le tips tu... "buke kawe suh ngisak... dokkk kalu bule jange la..." dia dok peringatkan tentang tips tu.
"pah.. lo ni lagu mano, brenti doh ko?" aku tanya. dia sengih, angguk "kawe brenti doh" "camna bule brenti?" aku tanya lagi. tapi dia jawab ringkas dan menyakinkan, "maye (solat) aaa!"uihhh.. orang nak brenti merokok pon payoh, ini pulok menda alah tu. banyak orang kluo masuk pusat pemulihan pon tak jadik juga...

tapi nak solat, dia pindah randah. supaya kengkawan tak nampak. punya la lamanya tinggal solat, ada orang tegur dia solat 5 rakaat. dia ketawa, "takpo kawe buat jugok sapa betul maye"
mudah-mudahan niatnya kembali ke pangkalan jalan diberkati Allah dan dilindungi Allah sokmo daripada sebarang kesulitan... aamiiin
camne nak tanam rasa redha
Ketika mana kamu tidak berjaya di dalam sesuatu urusan maka ketahuilah bahawa Allah SWT mengetahui ia bukanlah milikmu.
-Fadilatus As-Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi
ati hilang?
1. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
2. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
3. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.
*Al Hujjatul Islam Imam Al Ghazali Rahimahullah*
pesan tok syeikh kita 3; Imam Syafie
"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu"
- (Imam asSyafie)
Rabu, 21 November 2018
pesan tok syeikh kita; Imam Syafie
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
- (Imam asSyafie)
peratikan la puak gini
"Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sabahat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para Ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
(Riwayat Ahmad)
cintanya bawa kita ke syurga

*Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Jindan Hafizhahullah*
DuNiaKu CaCaMerBa 14
pertama kali ke luar negara, menuju ke australia yang perjalanannya memakan masa 6 jam agak membosankan. untungnya pada waktu itu, kami memperoleh keistimewaan penerbangan kelas pertama. tido pon diberikan selimut. menjelang pagi dah ada kat melbourne untuk transit selama dua jam.
nak jalan ke mana la pagi-pagi buta gini. semua tempat tak bukak lagi. bandarnya pon masih tido. jadik kami amik teksi yang pemandunya berasal dari india untuk pusing keliling bandar. tak ubah macam crita 'masam-masam manis', "nanti balik kampong, buleh mak habaq kat orang kampong!"
bila tutup je pintu kereta, member segera bagitau, "kalu nak 'ekon' bukak la tingkap keta!" heh! gitu pulokkk.
mati kutu di melbourne berterusan ke canberra. sama macam putrajaya, kota ini hanya kota pentadbiran yang orang datang sebab nak buat keja. nak ronda-ronda pon stakat building rasmi je macam muzium, parlimen dsb. hampir seminggu di sini, dok makan kebab je la. otai ada pesan dulu "jangan lupa bawak megi" naik toya jugak makan megi.
menariknya dekat sini, bila meronda bawah pokok sepanjang jalan tu, kita akan temui kayu-kayu yang dirincih ditaburkan di bawah pokok. rupanya, setiap kali mereka cantas dahan yang besar, dahan tu akan dirincih dan ditaburkan semula di bawah pokok sepanjang jalan di bandar tu. secara biologi, ia akan menjadi baja semula jadi dan secara tak langsung menjadi penghalang rumput liar idop. kebersihan tayah cakap la, kan? dari sudut tu dorang lebih islamik daripada orang islam sendiri.
Isnin, 19 November 2018
waktu yang singkat tentu berharga

1. Sebelum tenggelamnya matahari walaupun sebentar.
2. Waktu antara setelah Maghrib sampai azan Isya'.
3. Sebelum fajar (subuh) walaupun sebentar....
4. Waktu antara setelah Shubuh sampai terbitnya matahari.
4. Waktu antara setelah Shubuh sampai terbitnya matahari.
*Al-Allamah Sayyidi Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah*
Jumaat, 16 November 2018
nak Allah muliakan kita?

Ini disebabkan karena:
1. Karena dia selalu mengikuti sunah Nabi s.a.w.
2. Karena ia memuliakan orang yang saleh.
3. Karena ia memberi nasihat yang baik kepada saudara-saudaranya.
4. Dan karena ia mencintai Rasulullah s.a.w. beserta keluarganya.
asik bercermin diri

"Mengapa demikian? Kerana ia menghabiskan hidupnya untuk menyiapkan makanan haiwan-haiwan yang akan melumatkan tubuhnya ketika ia telah dimasukkan ke dalam tanah."
*Al-Allamah Sayyidi Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah*
Khamis, 15 November 2018
kito ni sobat lagu mano?
Karena setiap detik yang engkau lalui akan dihisab kelak oleh Allah. Dan engkau akan menyesali akan waktumu yang hilang begitu sahaja bukan untuk Allah dan bukan untuk habibana Rasulillah s.a.w.
*Habib Ali Zaenal Abidin Al-kaff*
bala ni dugaan ke hukuman?
Saidina Ali كرم الله وجهه pernah ditanya oleh seseorang; "Wahai Khalifah, bagaimana agar aku dapat membezakan antara ujian dan hukuman ALLAH سبحانه وتعالی di dalam hidupku?"
Saidina Ali كرم الله وجهه menjawab; "Hukuman ialah apabila kamu ditimpa musibah, kamu malah makin menjauhi ALLAH سبحانه وتعالی. Manakala ujian pula ialah apabila kamu ditimpa kesusahan telah menyebabkan kamu makin mendekati dan rapat dengan ALLAH سبحانه وتعالی."
Saidina Ali كرم الله وجهه menjawab; "Hukuman ialah apabila kamu ditimpa musibah, kamu malah makin menjauhi ALLAH سبحانه وتعالی. Manakala ujian pula ialah apabila kamu ditimpa kesusahan telah menyebabkan kamu makin mendekati dan rapat dengan ALLAH سبحانه وتعالی."
Rabu, 14 November 2018
nak bangun malam?

Jawab Ibrahim Bin Adham rahimahullah: "Janganlah kamu melakukan maksiat terhadap-Nya pada waktu siang, nescaya Dia akan membangunkan kamu di hadapan-Nya pada waktu malam. Kerana sesungguhnya berdirinya kamu di hadapan-Nya pada waktu malam adalah suatu kemuliaan yang paling agung, sedangkan pelaku maksiat tidak berhak untuk mendapat kemuliaan tersebut."
shortcut ke syurga
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(HR. Muslim, no. 2699)

Siapa yang menempuh jalan dalam menuntut ilmu dan tidak berhenti dalam mencari ilmu, maka ia akan dihantarkan pada Allah dan dimudahkan masuk syurga. Menuntut ilmu lah jalan paling ringkas untuk masuk syurga. Menuntut ilmu juga adalah jalan yang paling mudah untuk masuk syurga. Ilmu ini akan menuntun pada berbagai jalan di dunia dan di akhirat untuk bisa masuk dalam syurga.
Ingatlah, tidak ada jalan untuk mengenal Allah, untuk menggapai redha-Nya, untuk makin dekat dengan-Nya, melainkan melalui ilmu bermanfaat yang dengan sebab ilmu itu para Rasul diutus oleh Allah, dan sebab Allah menurunkan kitab. Ilmu itulah penuntun dan pemberi petunjuk ketika seseorang berada dalam gelap kebodohan, syubhat (pemikiran sesat) dan keragu-raguan. Oleh kerana itu, Al-Qur’an disebut cahaya kerana dapat menerangi jalan di saat gelap.denai-denai syurga

Lelaki tersebut menjawab, "Iya.."
Ibnu Umar berkata, "Berbaktilah kepada ibumu! Demi Allah, apabila engkau berbicara lembut kepadanya dan memberi nafkah untuknya, niscaya engkau akan masuk ke dalam syurga."
Selasa, 13 November 2018
'translate'kan pengertian syahadah kita
Wahab bin Munabbih ditanya, “Bukankah kunci surga itu adalah Laa ilaaha illallah?”
Syarat-syarat Laa ilaaha illAllah ada 7 seperti sudah disebutkan, iaitu:
1. Al Ilmu (mengilmui) - dalam menafikan dan menetapkan. Lawannya Al Jahl (kebodohan).
2. Al Yaqin (meyakini) - Lawannya Asy Syak dan Ar Rayb (keraguan).
3. Al Ikhlash (ikhlas) - Lawannya Asy Syirku (syirik) dan Ar Riya’ (riya).
4. Ash Shidqu (membenarkan) - Lawannya Al Kadzabu (mendustakan).
5. Al Mahabbah (mencintai) - Lawannya Al Karhu (membenci).
6. Al Inqiyadu (mentaati) - Lawannya At Tarku (tidak taat).
7. Al Qabulu (menerima) - Lawannya Ar Raddu (menolak).
2. Al Yaqin (meyakini) - Lawannya Asy Syak dan Ar Rayb (keraguan).
3. Al Ikhlash (ikhlas) - Lawannya Asy Syirku (syirik) dan Ar Riya’ (riya).
4. Ash Shidqu (membenarkan) - Lawannya Al Kadzabu (mendustakan).
5. Al Mahabbah (mencintai) - Lawannya Al Karhu (membenci).
6. Al Inqiyadu (mentaati) - Lawannya At Tarku (tidak taat).
7. Al Qabulu (menerima) - Lawannya Ar Raddu (menolak).
perisa iman
Daripada Anas ibn Malik R.A, Rasulullah ﷺ bersabda;
* Sesiapa yang cintanya kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain.
* Sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi).
* Dan ia membenci kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)
Isnin, 12 November 2018
DuNiaKu CaCaMerBa 13
24 oktober - 6 november 2010

journey to china
berpeluang jalan-jalan kat china kali ni memang luar biasa. luar biasa kerana programnya memang jalan-jalan makan angin. melawat tempat-tempat pelancongan dan mempelajari china menguruskan pemeliharaan warisan ketara dan warisan tak ketara. trip ini dianggotai semua negara asia tenggara bersama tuan rumah dan jepun... tapi orang jepun balik awal sebab panas ati... takyah crita la hok tu

journey to china
berpeluang jalan-jalan kat china kali ni memang luar biasa. luar biasa kerana programnya memang jalan-jalan makan angin. melawat tempat-tempat pelancongan dan mempelajari china menguruskan pemeliharaan warisan ketara dan warisan tak ketara. trip ini dianggotai semua negara asia tenggara bersama tuan rumah dan jepun... tapi orang jepun balik awal sebab panas ati... takyah crita la hok tu
sama macam g australia dulu, kat china bibir aku pecah lagi tak tahan sejukkkk... pakai baju berlapis pon aku rasa macam nak beku. gamaknya, suhu pnah gak cecah 0 celcius. sesekali angin kuat, aku macam nak tergolek diterbangkan angin... huhh! serik la nak g obesi lepas ni.
seperkara yang tak tahan kat sini, tiap kali g lawat satu-satu tempat baru, welkang drink mesti disuakan arak. budaya dorang gitu la kot. bagi peminat arak sudah tentu balun cukup-cukup... almaklum bukan stakat free, mesti arak yang ada stended, kan. geng vietnam dan thai aku tengok paling kuat perabihkan minuman tu. bukan takat welkang drink je, ada adat perkahwinan etnik china yang akan berlumba minum arak dengan pasangannya. jadik dalam hal ni, sorang pompuan akan bagi arak pada peserta lelaki... lepas tu masing-masing akan pegang telinga pasangan sambil minum sampai merah-merah muka... hadirin yang lain tumpang gelak dan tepukkkk.
dalam satu demo perkahwinan etnik, beberapa peserta ditarik ke pentas untuk mencuba merasai dikahwinkan... keh3x kalu betui-betui pon ok gak, ada la ole-ole dari china nak dibawa balik, kan? bila bab gini, cepat-cepat aku jadik burung unta, sorokkan kepala dalam tanah sambil punggung terangkat, macam la orang tak nampak!
acara usung bini oleh peserta thai dan Vietnam!
mati BEBAS
“Barangsiapa yang rohnya berpisah dari jasadnya (baca: meninggal dunia) dalam keadaan terbebas dari tiga hal, niscaya ia akan masuk surga, yaitu:
(1) Bebas dari sombong,
(2) Bebas dari khianat, dan
(3) Bebas dari tanggungan HUTANG.”
(HR. Ibnu Majah II/806 no: 2412, dan At-Tirmidzi IV/138 no: 1573).
dah mati pon dok tergantung
Kemudian berdirilah seorang sahabat, lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku gugur di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan terhapus dariku?” Maka jawab Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kepadanya: “Ya, jika engkau gugur di jalan Allah dalam keadaan sabar mengharapkan pahala, maju pantang melarikan diri.”
Kemudian Rasulullah bersabda: “Kecuali hutang (tidak akan diampuni/dihapuskan oleh Allah, pent), karena sesungguhnya Jibril ’alaihissalam menyampaikan hal itu kepadaku.”
(HR. Muslim III/1501 no: 1885, At-Tirmidzi IV/412 no:1712, dan an-Nasa’i VI: 34 no.3157).
pilih antara dua darjat
“Hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu yang lebih tinggi daripada darjat puasa, sembahyang dan sedekah (yang sunat)”? Sahut sahabat, ya!, kami mahu.
Nabi s.a.w bersabda:”iaitu mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa, kerana kejahatan persengketaan itu membawa kepada kemusnahan agama”.
Hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi
Jumaat, 9 November 2018
takan wirid lepas solat pon bidaah
"Barangsiapa bertasbih kepada Allah sehabis solat sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan serta baginda bersabda lagi : Dan kesempurnaan seratus adalah membaca
*لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ*
(tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya seluruh kerajaan, dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha berkuasa melakukan segala sesuatu) akan diampuni kesalahan-kesalahannya walau sebanyak buih di lautan."
(Hadith riwayat Muslim : 597)
Khamis, 8 November 2018
LIMA UBAT HATI
Pertama - meringankan beban perut dengan sedikit makan dan minum.
Kedua - berlindung pada Allah SWT dari segala hal yang mengganggu jiwa saat menghadap pada-Nya.
Ketiga - lari dari tempat-tempat yang kita khuwatir dosa jika terjatuh ke dalamnya.
Keempat - melazimkan istighfar serta selawat kepada Nabi SAW, di siang dan malam hari.
Kelima - bersahabat dengan orang yang menunjukkan jalan pada Allah SWT