Pages - Menu

Selasa, 27 November 2018

cinta mana lagi nak ditagih?

Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah pun mengutus Malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu di tengah perjalanannya ke kampung yang dituju, maka Malaikat tersebut bertanya; "Hendak pergi ke mana kamu?" Orang itu menjawab; "Saya ingin menjenguk saudara saya yang berada di kampung lain."


Malaikat itu terus bertanya kepadanya; "Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya?" Laki-laki itu menjawab; "Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah." Akhirnya Malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahwasanya Allah akan senantiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah."


(HR Muslim No: 4656) Status: Hadis Sahih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap