Pages - Menu

Jumaat, 20 Januari 2012

napa kena 'naik' saksi?

aku ni takde la tua sangat, bila ada pulak yang panggil tuan lagi la aku gelabah beruk... (jadik tolong la jangan panggil aku tuan). cuma dua tiga menjak ni memang terpaksa jadik bos kat opis sebab bos besar dan lagi besar kat atas aku tak diisi.... maka banyak le yang aku tanggung. termasuk tanggung azab kalo nak kena marah dengan orang atasan.

errr bukan itu yang nak crita. crita sebenar ialah bila member ajak jadik saksi anak dia nak kawin. kami (sorang lagi kawan @ jiran yang diajak jadik saksi) turut berseloroh "heee... saksi 25%!" dan bila imam kata kat bapa si perempuan (jiran kami ni) "nanti kena sediakan duit rm160 untuk bayo tok kadi, saksi dan bla, bla, bla..." sengih kami lagik lebar.

lepas setel urusan isi borang, kami dibawa soru kat sebuah kedai makan. dah tentu banyak crita hal kawin disembangkan. memandangkan aku ni semua anak lelaki, manakala member yang jadik saksi kedua baru dapat anak (semua pompuan) maka isteri jiran aku pon memeriahkan suasana:

"haa bole le amir berbesan dengan rusdi ni nanti..."

aku diam jap, amik napas dan kata, "dua perkara yang tak bole buat main, kawin dan cerai. kalu bergurau pon bole menjadik. haaa jadik statement cenggitu bahaya laa."

kalu le bapak si pompuan yang berkata cenggitu kat aku dan terima offer dia serta cukup syarat saksi maka nikah bole jadik sah. maka anak kita yang kecik-kecik ni kawin le tanpa pengetahuan dia. malangnya bila dia beso nanti dia kawin pulak dengan orang lain. jadik tak heran le kalu ada hadis nabi yang mengabarkan anak zina akan berleluasa kelak.

psst: orang tua-tua kita dulu rajin buat keja gitu, jadik eeelok le kita beringat!

42 ulasan:

  1. Assalamualaikum err....tt...tu...err ... encik!

    :D

    BalasPadam
  2. selalu dgr org buat statement tu... lepas ni kena hati2 bila berkata2

    BalasPadam
  3. ramai yg jahil tp diajar..tak mahu dengar pulak.. payah jugak..

    BalasPadam
  4. Oh camtu ke.. Mmg kena berhati hati la ni..

    BalasPadam
  5. uishh...ha'a...yerkk..balik kampun raya cina ni kena tanya abah..penah tak dia cakap cenggitu kat kawan2

    BalasPadam
  6. Terlajok perahu boleh gostan yak :)

    BalasPadam
  7. tu la kan... uisshh bahaya ni..
    balik ni kena muzakarah ngan bapak budak.. haha, jangan memandai2 nak offer anak kat orang.. ehh anak kita jantan ler..

    BalasPadam
  8. lama sudah x dtg cnie. ayat yg msih pnuh makna

    Jum hayati di sini (^o^)
    kenapa Allah temukan kita dgn orang yg salah?

    BalasPadam
  9. Salaam. hehe, tu la nak melawak bab kahwin &cerai ni bahaya... takut jadi sungguh

    BalasPadam
  10. Terlajak kata boleh rewind balik.... Dengar semula...

    BalasPadam
  11. oooo.. sah ker,.. walaupun lawak jer? akak bab nikah kawen ni kurang arif, sbb cerita macam ni selalu dengar,.. org dulu2 la suka sangat berjanji tentang jodoh anak2...

    BalasPadam
  12. hati2 bila berbicara,takut makan diri semata2..

    slmt pagi^^

    BalasPadam
  13. Entri menarik tuan..:D

    Jom join Giveaway Sulung Miecyber's Blog

    http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

    BalasPadam
  14. salam..
    kalau saya pun tak berani nak berjanji begitu..masa masih jauh lagi..kita pun tak tahu kemana akan pergi anak-anak kita..menetapkan perkahwinan mereka bagi saya satu tekanan..biar Allah je menentukan

    BalasPadam
  15. Beringat. Memang sangat-sangat kena beringat.

    BalasPadam
  16. Sallam Cemomoi,

    Bahaya juga yek, kita ni kadang2 bergurau dan berseloroh aja...

    BalasPadam
  17. Sebab itulah bab munakahat ini usah dibuat main. Ada lagi lelaki dah kawen masih suka buat statemanet. "Aku kan bujang, dah ceraikan bini aku pun, esok aku pinang engkau"

    Talak tak usah dbuat gurauan. Jatuh talak masih duduk bersama akan lahirlah anak luar nikah. Na'uzubillah...

    BalasPadam
  18. gurauan kne hati2 kan...terlepas cakap padah menanti huhuhuhh

    BalasPadam
  19. selalu jugak dgr gurauan macam tu...mmng kena beringat dan berhati2...

    BalasPadam
  20. Assalamu'alaikum

    Memang orang-orang dulu buat perkara ni.. eloklah diingatkan kepada generasi sekarang...

    BalasPadam
  21. ini yang orang pahang cakap perghpalih weh...

    BalasPadam
  22. Barangkali ada yang tidak tahu akan hal seperti ini..niat hanya untuk bergurau..

    BalasPadam
  23. "soru".. wah, dah pandai ngomong jowo... :)

    BalasPadam
  24. salam pagi Jumaat Cemomoi..!

    BalasPadam
  25. gurauan sebegini memberi kesan yg besar dari segi hukum hakam agama. Sepatutnya dihentikan serta merta.

    BalasPadam
  26. mudahkan perkahwinan dan jangan sukarkan..

    Allahumusta'an..

    salam ziarah dari blogger pahang juga, saya dari temerloh..

    jemput ke blog ye :)

    BalasPadam
  27. ow..bahaya jugak cmtu..memg kena hati2 la -_-"

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum...

    Lama juga tak ziarah blog akhi ni. Sejak akhir-akhir ni mood berblog kejab naik kejab turun. Elok juga ada elaun untuk jadi saksi..:)

    BalasPadam
  29. Erk...xleh yer cakak gitu..
    Org tua dulu2 suke bergurau camtu
    utk nyakat anok..huhuhu

    BalasPadam
  30. salam cemomoi,

    lama coti :)

    baru tau saksi pun kena bayar lani.

    hal nak kenen anak sape2 tu selalu
    sangat terjadi tapi nasib juga selalunya
    orang pompuan yang ckp gitu..bahaya jugakan


    p/s: minta pendapat org lelaki
    tentang isu kita hari ini ye...jemput datang :)

    BalasPadam
  31. salam,

    melawat tuan rumah yang tak ada
    di rumah :)

    BalasPadam
  32. salam,

    dah lawatan bulan april

    dah lupa password ke :)

    BalasPadam
  33. hati hati dalam bicara. bimbang tersalah makna.

    BalasPadam
  34. Salams Cemomoi,

    Apa khabar? Setelah sekian lama. Iris; yang dulunya.

    BalasPadam
  35. Kenkadang dlm guaru kita tak sedar yg perkataan tu dh membawa kpd perkara yg lain...iskkk...bahaye....

    BalasPadam
  36. ada informasi walaupun hanya borak di warung kopi... entri yang bagus dan akak suka baca taw..

    BalasPadam
  37. salam rodong......koi nyingoh blog aok, setelah lama berehat...

    BalasPadam
  38. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    BalasPadam
  39. Masya-Allah... lama betul menyepi. Bujang kecik pun kakak rasa dah pandai jalan sekarang ni.

    Selamat menjalani ibadah puasa dan maaf dari kakak.

    BalasPadam
  40. kena hati2la kn time bckp. =)

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum wbt :)
    pakcik, ingat saya lagi? ehem.
    haa.. macam tu ea? kena bagitahu kat ayah suruh hati2, t terkawen pulak dengan siapa2 tah. huhuk.

    :)

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap