Pages - Menu

Isnin, 9 Januari 2012

ada gajah setiap subuh?

orang melayu berpolitik memang teruk... bukan matlamat yang dijaga tapi brapa banyak yang bole disebat dan dikebat!

...

"yakinlah betapa masanya untuk kita menguasi dunia sudah tiba" kata tok khatib dengan penuh optimis dan wajah yang kompiden.

"15 hari saya di gaza, hampir 115 buah masjid dimusnahkan oleh yahudi, kenapa masjid jadik sasaran? kerana mereka tau di situ le pusat kekuatan orang islam"

dari sudut sejarah, kata tok khatib bahawa pusat kekuatan dunia dahulunya berada di timur. lihat aje kerajaan firaun, himyar, babylon, persia dan sebagainya. kendiannya berpindah ke eropah di tangan romawi, athens, greek dan lain-lain lagi. "tapi dengan izin Allah ia kembali ke pangkuan timur di bawah naungan Islam. malangnya atas kealpaan kita akhirnya ia berpindah semula ke eropah!" tok khatib menyorot sejarah dalam khutbahnya.

tok khatib memberikan justifikasi kuasa dunia akan berpindah ke timur:

1. "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, ... " (maksud surah Yunus:49). maka dah dekat sampai masanya untuk ajal (expired date) umat/bangsa yang zalim yang memerintah dunia

2. "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (maksud surah al-Isra :81). retinya kezaliman tak selamanya bertahan

3. "...Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih." (maksud surah Anbiyak :105). dan janji Allah jelas bahawa bumi ini hanya untuk dimakmurkan bukan untuk dibinasakan dan orang yang memakmurkan bumi ini tentu le orang yang saleh je

dan seperti besa, lepas jemaat di kedutaan indon tu berakhir, kami akan ikut membahaskan serba sedikit khutbah pak imam tu. "ko tau apa kesimpulan tok khatib tu tadi?" joe diam je sambil sengih nunggu aku ngabihkan ayat power...

"walopon yahudi dah bagitau rahsia, heee... rentikan la kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat... tu pon asik subuh gajah je, camana!"

32 ulasan:

  1. salam,

    hehe..ingat apa tadi!

    takut tengok hura-hara yg berlaku
    di negara2 arab...

    BalasPadam
  2. Itu belum termasuk subuh dinasour dan lainlain.. Isk..

    BalasPadam
  3. subuh.... suatu waktu yang banyak singkat tapi ramai yg alpa.....

    BalasPadam
  4. Subuh gajah hihi... tak mahulah. Malu dgn anak-anak menanti....

    Yakin yg bila Islam bangkit petanda dunia juga menuju kepengakhirannya...

    BalasPadam
  5. kalau boleh nak hidup dlm dunia yg aman...

    BalasPadam
  6. subuh gajah..masa sekolah2 dulu...siap kena piappp..dengan ustazah...

    BalasPadam
  7. mcm2 ada kawan kiwi cakap bukan subuh gajah je dinasour pon ade..

    Tapi pape pon ni insyaallah islam akan bangkit juga..kesian budak2 kecik yg x bersalah jadi korban

    BalasPadam
  8. huhu..

    jom pakat2 bgn awl solat subuh berjamaah.. kurg2 ngn fmly sdr..
    kite kuatkan balik saf kite..

    BalasPadam
  9. ayat cemomoi mmg sokmo power..

    hum. macy pn kadang2 tergajah jugak..

    BalasPadam
  10. Kdg2 kala mok xdok kat umoh merase gek subuh gajoh...Kala dia ade jgn harap la...tido pas subuh pun kena bebel...

    BalasPadam
  11. pena dengar ayat kalau kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat ni..

    #malangnya susah nak buat zmn skg ni.masa tu semua orang duduk tido lena..kekadang sy pun selalu terlajak..ermmmm

    BalasPadam
  12. salam..
    terima kasih nasihat
    berguna nih..betul dah
    macam mana nak bina negara
    solat sendiri pun tunggang
    langgang kan..?

    BalasPadam
  13. kita sudah tidak mustahil berada dalam keadaan huru hara...

    BalasPadam
  14. bila dengar azan nengok jam.. eh awal lagi, lelap 10 minit jap.. tarik selimut...masa tu la setan kasi mimpi2 yang baek punya, dari 10 minit boleh lajak jadik 30 minit..bukan gajah lagik, dah jadik subuh dinosor....

    hah, macam mana koi tahu?? heeeee..

    BalasPadam
  15. lama cik gula-gula tak kemari..
    sudah tukar header ya...
    :)

    BalasPadam
  16. Assalamu'alaikum

    Tak terkata apa... memang menakutkan bila dibangkitkan nanti (pada hari berhimpun) dalam keadaan gelap gelita, meraba-raba...

    BalasPadam
  17. Wah.. Menarik betul crita kali ni.. Penuh semangat dan ilmu.. BEST!!

    BalasPadam
  18. ." rentikan la kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat... tu pon asik subuh gajah je, camana!"

    kena pahatkan dalam ingatan kata-kata ni.... ayat ini juga Nida nak pesan kat anak-anak dan anak2 murid nanti...

    BalasPadam
  19. persiapkan diri solat awal nak istiqamah....

    BalasPadam
  20. adakah maksudnya negara kita sedang menuju ke arah kehancuran???

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum...

    Ujian Allah SWT untuk hambaNya bukan sedikit, bahkan ia berterusan sejak manusia mula mukallaf sehingga datangnya kematian. Jihad di jalan Allah merupakan ujian. Bahkan jihad merupakan ujian yang berat, namun bukan mustahil dilakukan. Sebab, orang-orang mukmin boleh lulus dalam ujian ini, sedangkan orang munafik tidak akan dapat melepasinya.

    BalasPadam
  22. Alamat ramai yang akan mati kena bom kalau tak reti bangun subuh nnt :(

    BalasPadam
  23. mmg betoi sgt2 tu...waktu subuh la waktu yg umat islam kelihatan sgt lemah....:(

    BalasPadam
  24. selalu guna istilah subuh gajah masa dop asrama dulu2.....

    BalasPadam
  25. salam rodong... lame betoi dok menjenguk...

    adoi sempat lagi awok mengena ye...

    BalasPadam
  26. Bersyukurla kite lah kite tinggal di bumi malaysia...

    BalasPadam
  27. sangat menarik !! N3 blog terbaik sebelum saya masuk tidur..

    saya sedih tengok gambar kanak2 tu..

    BalasPadam
  28. n3 yg sgt membuka minda...

    BalasPadam
  29. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam
  30. assalamualikum:

    Ati Masrif: nak bagi hangat sikit!

    nur: dan gajah/dinasour pon ikut tido mati

    Kazman & Sue: sedap sangat tarik selimut

    Kakzakie: jangan zaman kita kiamat dah le... banyak cabarannya

    munna: idealnya semua nak keamanan

    Nafisa81: berkatnya ilmu ustazah sampai sekarang dok ingat lagi yea..

    kiwi: moga kemenangan itu telah hampir

    LadyBird: kata ustaz kena banyakkat surau/masjid sesekali bole le jemaah kat rumah

    maCy: gajah aje yang tau...

    Cik SHiNJU: rindu kat emak

    Woofer Storm: subuh memang penuh cabaran

    zulkbo: peringatkan diri kita juga ni

    Tea: harap tak selamanya

    Anaa: tu la, time tido tangan panjang je nutup jam... lepas tu marah kat jam tak berbunyi

    CGG: alhamdulillah dah sampai maknyanya sihat le tu..

    kak Werdah: ya Allah peliharalah kami daripada kedahsyatan fitnah hari pembalasan

    RAWSHADE: memanjangkan pesan pak imam...

    Nida: alhamdulillah harap-harap ada le bekalan nak bawak ke kubur nanti (no. 2)

    1. sedekah jariah
    2. ilmu yang bermanfaat
    3. doa anak soleh

    S..U..D..@..I..S: ya Allah kuatkan rohani dan jasmani kami dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu

    sahromnasrudin: selagi kita belum mati, masih belum terlambat untuk betulkan keadaan

    Abd Razak: takutnya jadik munafik (fi darkil aspal), ya Allah selamatkan lah kami semua

    akuanakpahang: nabi memang nak bakar rumah orang tak pegi jemaah... adoyai rumah koi pon masuk list juga ni

    Yastro: dugaan paling berat, nak angkat kelopak mata

    MulutPayau: mujur tak tido skali dengan gajah

    Sham: kena juga batang idong koi

    pena rozie: ada tanggungjawab beso selain bersyukur juga

    a.samad jaafar: jangan lupa baca doa tido

    wahida: peringatan dari tok katib!

    Emmet: moga kita semua dapat manfaatnya

    BalasPadam
  31. sebenanrya kekuatan islam telah lama diketahui oleh yahudi sbb mereka mengkaji. yahudi ada lebih kurang 18 juta jer dlm dunia ni tapi dunia mereka yg kuasai.

    BalasPadam
  32. cerita sudah sampai ke penghujung. tapi ramai yang masih leka...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap