orang melayu berpolitik memang teruk... bukan matlamat yang dijaga tapi brapa banyak yang bole disebat dan dikebat!
...
"yakinlah betapa masanya untuk kita menguasi dunia sudah tiba" kata tok khatib dengan penuh optimis dan wajah yang kompiden.
"15 hari saya di gaza, hampir 115 buah masjid dimusnahkan oleh yahudi, kenapa masjid jadik sasaran? kerana mereka tau di situ le pusat kekuatan orang islam"
dari sudut sejarah, kata tok khatib bahawa pusat kekuatan dunia dahulunya berada di timur. lihat aje kerajaan firaun, himyar, babylon, persia dan sebagainya. kendiannya berpindah ke eropah di tangan romawi, athens, greek dan lain-lain lagi. "tapi dengan izin Allah ia kembali ke pangkuan timur di bawah naungan Islam. malangnya atas kealpaan kita akhirnya ia berpindah semula ke eropah!" tok khatib menyorot sejarah dalam khutbahnya.

tok khatib memberikan justifikasi kuasa dunia akan berpindah ke timur:
1.
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, ... " (maksud surah Yunus:49). maka dah dekat sampai masanya untuk ajal (
expired date) umat/bangsa yang zalim yang memerintah dunia
2.
"Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (maksud surah al-Isra :81). retinya kezaliman tak selamanya bertahan
3.
"...Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih." (maksud surah Anbiyak :105). dan janji Allah jelas bahawa bumi ini hanya untuk dimakmurkan bukan untuk dibinasakan dan orang yang memakmurkan bumi ini tentu le orang yang saleh je
dan seperti besa, lepas jemaat di kedutaan indon tu berakhir, kami akan ikut membahaskan serba sedikit khutbah pak imam tu. "ko tau apa kesimpulan tok khatib tu tadi?" joe diam je sambil sengih nunggu aku ngabihkan ayat
power...
"walopon yahudi dah bagitau rahsia, heee... rentikan la kita nak takluk dunia kalu waktu subuh kita jemaahnya tak seramai waktu solat jumaat... tu pon asik subuh gajah je, camana!"