Pages - Menu

Isnin, 16 Julai 2018

PIALA DoNiA 4-2

piala dunia
piala dah diamik orang
yang tinggal kat kita hanya dunia
ada yang ditinggal dunia
ada yang dunia tinggalkan dia
ada ramai yang meninggal dunia
ada sedikit yang meninggalkan dunia
4 - 2
4 untuk aku
2 untuk ko
aku kena lebih sebab aku hebat
ko kena sikit sebab ko melarat
yang kuat semua disebat
yang lemah idop merempat

piala dunia
piala itu kemegahan
dunia itu penasaran
piala itu memabukkan
dunia itu melalaikan

dunia dalam piala?
dunia mengasyikkan!


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. ada yang ditinggal dunia
    ada yang dunia tinggalkan dia

    ditinggalkan seseorang perkara biasa kerana mungkin kita tanak menyertainya, tetapi apabila orang tinggalkan dia, bererti dia tak diperlukan lagi

    #pengarangtolongtafsirkan

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap