Pages - Menu

Khamis, 10 November 2011

menda tak elok, baik hindari

n3 yang ni untuk renungan anak teruna dan dara la pulak, ketnya kita sebagai ibu-bapa tentu le kesannya lebih besar lagi. peristiwa yang berlaku pada kawan aku ni sangat mengejutkan kluarga, jiran dan rakan-rakan.

...

dah lewat malam, pintu dan tingkap ditutup rapat dan dipastikan berkunci. selepas pasti semua anaknya ada di dalam rumah dia berasa lega dan tenang menuju ke bilik tidur. namun lenanya terganggu bila baru sekejap kendian kedengaran ada orang memanggilnya bertalu-talu...

anak gadisnya ditemui terjatuh dari ketinggian dua tingkat ketika memanjat keluar ikut tingkap. puncanya kerana nak bertemu dengan kawan lelaki yang sedang menunggu di bawah walopon ketika itu telah dinihari.

"sebagai kawan arwah, kamu kena bagitau kat kengkawan lain... kalo roh dia tak tenang orang pertama yang dicari awok le" nasihat kawan aku yang menjadi jiran mangsa pada anaknya supaya bagitau kat kengkawan yang mulut celupar tu. suara sinis mengatakan dia bunuh diri dan macam-macam tohmahan mula kedengaran. gitu le gayanya orang kita ni, cepat beno bawa mulut kalo menda hak tak elok berlaku pada orang lain.

"deme bole berkawan dengan semua orang tapi jangan ngikut dorang!"

"camana ni ni aboh, kejap bule kawan kejap tak bule ikut"

"tak ngape kawan je le, tapi kalo kome merokok usoh ngikut..."

"ooo..."



psst: berat ngat ujian yang melanda kat kawan aku tu... tapi bak kata rakan yang lain, Allah tau hikmah di sebalik kejadian yang tragis tu. barangkali ada kebaikan yang kita tak sedo. apa pon moga Allah berikan kesabaran dan ganjaran rahmah-Nya kepada dia sekeluarga serta mengampuni dosa arwah. moga ia juga menjadi iktibar, tauladan dan sempadan buat kita yang masih bernafas ni.

35 ulasan:

  1. pernah dengar orang kata dugaan paling besar pada mak ayah ialah kehilangan/kematian anak... semoga kawan tu tabah menghadapi ujian Allah.. tak leh nak bayangkan macam mana perasaannya..

    semoga roh aruah dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  2. Astaghfirulah.. Smpat tak dier pesan kat boifren.. Jumpa kamu di 'sanaaa'

    BalasPadam
  3. kadang2 rasa takut pulak meniti hari anak2 makin membesar ni...

    BalasPadam
  4. Siannya tapi mmg betul semuanya ada hikmah.tapi kena jgk beringat kan sblm kena

    BalasPadam
  5. salam..
    gini lah zaman semakin mencabar
    tak mudah nak didik anak-anak
    seperti mak ayah kita mendidik kita
    dulu..jika dulu paling leawt pukul 7 dah kena ada di rumah..moga di jauhkan keturunan saya anak-anak yang bersikap sebegitu..sampai terjun tingkap??

    BalasPadam
  6. Benar kita hanya mampu beristighfar dan mengucapkan takziah pada ibu-bapanya. Hendak didik macam mana lagi kalau dari kecik sudah diberi ajaran agama, depan mata baik tetiba gini jadinya. Allah.... besarnya ujian dia....

    BalasPadam
  7. Kesian nyer.... Ucap takziah tuk keluarga die...

    BalasPadam
  8. al-Fatihah buat arwah.... dan salam takziah buat keluarga arwah...

    menda berita macmni mmg senang je org lain nak putar belit dan buat berita yg bukan2

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum cemomoi,

    lama tak saling berbalas pandangan. Semoga berbahagia seluruh keluarga.

    Zaman ini membesarkan anak adalah jauh lebih mencabar dari zaman mak ayah kite membela kite dulu. nak kene setapak lebih cerdik dari mereka kalau tak pakat kene tipu sesaje. Didikan dari kecil dengan bekalan agama dan menjadi role model terbaik kepada mereka antara faktor menjana insan yg mulia dan berkualiti.

    BalasPadam
  10. Al-Fatihah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Amin...

    BalasPadam
  11. anak die tu meninggal ke kak? Innalillah..

    btllah kt org2 lama.. menjaga seorg anak perempuan lagi susah drp menjaga lembu skwan..

    BalasPadam
  12. Mak Dara ini juga turut merenung...Astaghfirullah.

    BalasPadam
  13. aku pun pernah merasai kehilangan anak yg berusia 3 hari...pedihnya hanya Allah S.W.T je yg tau...apetah lagi bg mereka yg kehilangan anak setelah sekian lama bersama...

    al fatihah buat arwah

    BalasPadam
  14. Anak-anak sekarang.

    Risau bila teringat anak sendiri. Macam manalah nanti....

    BalasPadam
  15. Al-Fatihah buat arwah.

    Nabi SAW telah memberi formula berkawan dan bersahabat, iaitu umpama menghampiri penjual minyak wangi. jika kita tak beli sekalipun, tempias wngi itu tetap kita terima.

    BalasPadam
  16. anak-anak zaman sekarang ni
    di kongkong ...buat salah
    tak di kongkong ..lagi buat salah

    semoga family arwah tabah!

    BalasPadam
  17. dulu kini dah berbeza..


    dulu kanak2 mgkn ikut cakap,tapi kini kanak2 susah nak dgr ckp..tapi tak leh salahkan anak 100percent kan???

    alfatihah,semoga ditempatkan dikalangan orang beriman,amin2

    BalasPadam
  18. kenape dia nak jumpa kawan lelaki pagi2 buta?mak bapak dia kongkong dia ke??? remaja mmg jiwanya mcm tu.mak ayah pon jgn kawal keterlaluan.. eccecechh

    BalasPadam
  19. salam..

    semua yg berlaku pasti memberi kesan pada famiy mangsa tu..

    anak-anak zaman sekrang berbeza sekali..

    BalasPadam
  20. susah nak jaga anak zaman ni..Raya Korban baru ni ada anak rakan kita di sini yang mengorbankan diri dengan tali di pokok nangka lantaran kecewa dengan seorang gadis! sedih mak ayah bila anak2 jadi gini!

    BalasPadam
  21. Assalamu'alaikum

    Terkedu.. betapa berat mata memandang berat lagi bahu ibu bapa yang memikulnya. Semoga mereka tabah mengahadpi ujian yang berat ini.

    BalasPadam
  22. alfatihah utk arwah dan salam takziah utk keluarga arwah...


    bukan sennag nak mendidik anak di zaman serba mencabar ini...semoga kita semua diberikan kekutan utk mendidik anak2 dgn penuh kesabaran...

    dan org lain pun patut berhati2 bila mengeluarkan kata2...kesian pada keluarga arwah....

    BalasPadam
  23. agak2 bf dia nak sedekahkan al fatihah tak kat dia huhuhhhhh

    BalasPadam
  24. ya Allah kesian family arwah tetambah makpaknyer..mesti tengah bersedih skang nehh..moga mereka sekeluarga tabah hadapi ujian neh...

    BalasPadam
  25. Al-Fatihah..

    Moga cerita ini dapat dijadikan iktibar...

    Tapi memang sangat2 setuju bila tuan Cemomoi kata..

    "gitu le gayanya orang kita ni, cepat beno bawa mulut kalo menda hak tak elok berlaku pada orang lain."

    BalasPadam
  26. salam kenal dari kami...

    ya betul tu... perkara yang buruk jangan dipanjang-panjangkan ceritanya...

    BalasPadam
  27. moga kita amek iktibar dr kejadian tue

    Jum hayati di sini (^o^)
    bila izrail datang memanggil

    BalasPadam
  28. bersaabarlah.=)

    jom bacer sekejap=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

    BalasPadam
  29. um.. nak anak ramai tapi zaman sekarang ni takut pulak..

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum...

    Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

    Bila keadaan begitu berlaku, kena muhasabah diri kita, pasti ada kekurangan dan kesilapan yang pernah kita lakukan dalam mendidik anak-anak.

    BalasPadam
  31. assaalmualaikum:

    peringatan daripada Allah:
    anak isteri ialah amanah dan dalam masa yang sama ia juga ialah fitnah

    dua-dua pertimbangan yang sangat berat untuk dipikul tapi yang memikulnya bermula daripada individu hinggalah kepada institusi keluarga.

    jadik setiap orang saling berkait untuk saling menjaga keutuhan amanah agar tidak menjadi fitnah yang melalaikan

    BalasPadam
  32. alfatihah
    *
    cameron malam malam rasa sejuknya
    tapi kalau pi ladang teh rasa angin sepoi sepoi tu.best

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap