Pages - Menu

Sabtu, 5 November 2011

ko simpan daging kurban brapa lama?

time menggugel hal qurban, jumpa hadis ni...

Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korbanmu setelah tiga hari." (maksud Hadis Sahih Bukhari)


ramai yang dah sampai kat kampung, kami blom lagi berkemas. apa pon aku ucapkan salam idul adha untuk semua rakan taulan dan pengunjung blog ini... moga ia memberi makna yang lebih besar khususnya kepada para hujjaj dan sesapa yang melaksanakan ibadah kurban pada tahun ini.

15 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Haji Cemomoi...

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Qurban.. maru yak org kita terkadang ada yang sebulan menyimpan daging Qurban... maru sungguh terima kasih berkogsi info yang menarikan dan memberi manfaatnya TQ.

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya. Pasal daging korban tu selalunya klu daging banyak sgt mmg lama baru nak habis makan.lagipun nk makan tiap hari pun xlarat jugak

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum

    Kesihan juga melihat sembelihan tu, namun itulah kehendak Allah SWT yang menetapkan syari'atNya kepada sesiapa yang ingin meraih balsan yang baik.

    Selamat sambut raya korban ya, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  5. Sedekah3kan andai banyak daging yg dapat..

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya aidil Adha :)
    Lama taksinggah sini.

    BalasPadam
  7. Bermula dari pengorbanan cinta Siti Sarah, bertitiktolak dari pengorbanan kasih Siti Hajar, Ibrahim a.s dan Ismail a.s menempa sejarah agung pengorbanan manusia yang tidak terbayangkan.

    Salam aidiladha...Kullu am wa antum bikhair & Taqabballahu minna wa minkum

    BalasPadam
  8. Allah hu robbi... kakak dapat daging, tulang bahkan ekor pun ada sebab hubby kakak tukang sembelih. Memang tak boleh habis 3 hari...

    p/s: Banyak daging dah diagihkan tapi tetap masih ada org akan bagi lagi...

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya Qurban.. hok kita habih dah goreng semalam...licing walopun masing...

    BalasPadam
  10. sedih lagi sbb tak balik. wuwu

    BalasPadam
  11. tak tau pulak daging korban tak leh mkn lepas 3 hari...

    terima kasih berkongsi info...

    BalasPadam
  12. selamat hari aidiladha ya cemomoi..

    **kita makan tak ingat orang,apatah lagi ingat hari..hehe gurau^^ thank info

    BalasPadam
  13. assalamualaikum:

    tima kasih pada rakan-rakan dan pengunjung... moga idul adha akan lebih merapatkan jurang yang wujud di kalangan umamat islam mengambil ikhtibar daripada pertemuan sedunia ummah islam di arafah

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap