Pages - Menu

Jumaat, 29 Julai 2011

sentap jiwa raga tul

satu ketika waktu tengah naik motor nak balik rumah, terasa nak bertapa dalam seminggu dua daripada berblog. pada waktunya yang sama terfikir untuk membiarkan blog ini sunyi hingga tak lagi dikunjungi sesapa. bila dilupakan orang barulah aku nak mulakan semula, ibarat baru nak berblog... struggle mencari rakan maya. dah dua tahun berblog, rindu plak nak rasakan kembali saat-saat tu... dalam membiarkan seminggu dua tu rupanya nak masuk sebulan dua dah yeaaa...

apa pon, junjungan rasa tima kasih tak terhingga pada rakan yang tak jemu bertandang walopon aku tak lagi menjenguk ke laman teman-teman. membaca jejak yang ditinggalkan tu memang meruntun rasa bersalah dibuatnya...

alhamdulillah, hingga ke hari ni masih sihat. memang ada la kekangan biasa yang menghambat hingga buat aku tak sempat nak merawat blog ni, melawat blog kengkawan dan sudahnya tersadai dalam berkhalwat... heee

labbaika ya ramadhan... pada kesempatan tak berapa lama lagik ni, ramadhan datang lagi, pesan tok katib tadi, moga ramadhan ini tidak membiarkan kita menjadi orang yang hanya dapat berlapar dan dahaga sahaja...

pssst: menjawab n3 seblom ni... kurang lebih buku tu bertajuk 'Biografi Muhammad bin Abdullah - Perjalanan Hidup Seorang Nabi'

24 ulasan:

  1. selamat menyambut ramadhan buat cemomoi sekeluarga

    BalasPadam
  2. Salam sahabat selamat kembali... terkadang jenguk2 juge rumah deme nie keknya macam tak bertuan aje.. sudoh macam org giler talak laa pulok...

    Selamat berpuasa :)

    BalasPadam
  3. selamat pulang dari bertapa.

    BalasPadam
  4. Dok mengulek hero baru sampai dah tak sedar sebulan berlalu ye... Mesti dah boleh senyum dgn abang-abangnya.

    Salam ramadhan dari kakak moga lebih baik dari ramadhan yg lepas. Insya-Allah...

    BalasPadam
  5. Selamat menyambut Ramadhan buat cemomoi sekeluarga ye.. :)

    Rupanya dah 2tahun bertapak kan.. Tahniah..

    BalasPadam
  6. salam..
    selamat kembali berblogging..
    kadangkala hari-hari makan nasi jemu juga ye?samalah dengan blogging..
    :)

    BalasPadam
  7. Sallam Cemomoi,

    Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak, semuga bertambah amalan tahun ini. samalah kita sekejap ada sekejap tak ada dalam blog...

    BalasPadam
  8. SALAM,
    KITA NAK MASUK BULAN RAMADHAN NI ! SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN !

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...

    Perjalanan saya di blog pun agak perlahan sekarang, banyak perkara utama perlu dibereskan..

    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    BalasPadam
  10. salam cemomoi.
    Lama betul beruzlah. di kesempatan ini saya ucapkan selamat menyambut ramadhan yg mulia. moga ramadhan kali ni menjadikan kita lebih akrab dengan-Nya.

    Ramadhan Kareem

    BalasPadam
  11. oo..gitu citenya
    ingat masih jadi surirumah :)


    selamat menyambut ramadhan cemomoi
    n family

    BalasPadam
  12. assalamualaikum saudra
    lihat gambar kedua, pelari tu, ngeri rasa.agaknya macam tu kut lebih kurang, masa saya accident tergolek atas jalan raya dulu
    selamat menyambut ramadhan al kareem, mohon maaf andai sepanjang saya ber 'jalan' ke blog saudara, ada terguris kata dan perkataan.

    BalasPadam
  13. salam cemomoi,

    hu, sedar x sedar dah lame jugak kan kite berblog,

    nway salam ramadhan kareem dr sy :)

    BalasPadam
  14. selamat kembali dan salam ramadhan
    :)

    BalasPadam
  15. Salam Alaik,

    Pertapaan kebahagiaan..salam ramadan dr sy..moga puasa kita diberkati Allah.

    BalasPadam
  16. Salam ramadhan utk cemomoi n family....

    BalasPadam
  17. selamat berpuasa...

    BalasPadam
  18. selamat berpuasa, semoga mendapat berkat makan sahur.

    BalasPadam
  19. esok pose. samat pose~~ :)

    BalasPadam
  20. Salam Ramadhan ya Cemomoi, semoga kita sama-sama beroleh kejayaan dalm bulan penuh keberkatan ini...

    BalasPadam
  21. Selamat berpuasa..cemomoi./...

    BalasPadam
  22. alhamdulillah..cemomoi sudah kembali..ye..ye..ye..

    selamat berpuasa utk cemomoi sekeluarga ya

    BalasPadam
  23. lor bertapa ker.. :)

    selamat menjalankan ibadah puasa..

    BalasPadam
  24. assalamualaikum

    tima kasih kepada semua sahabat yang sokmo ingat dan mendoakan kesejahteraan sesama muslim. semoga limpah kurnia rahmat, hidayah dan taufik Allah jua untuk teman-teman sekalian dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap