Pages - Menu

Jumaat, 24 Jun 2011

cinta kasih ati

minggu cuti sekolah itu hari balik kampung sekejap, jumpa mertua punya buku tentang sirah rasulullah. punya khusyuk membaca, buku setebal separuh kamus dewan tu tinggal beberapa bab aja lagi nak aku abihkan dalam satu hari. dan semalam ke kuantan, berkesempatan singgah juga, lalu buku tu dikhatam terus. tapi tak puas ati kalo tak memilikinya. tajuknya yang agak panjang jadik tak ingat judulnya. cuma kabonya, buku tu mencecah 20 ribu jualan. sangat tragis, detail dan asyik masyhuk menghayati perjalanan idop rasulullah s.a.w. berwarna kuning keemasan dan berharga rm35 kalo tak silap, eeelok le kita dapatkan untuk singgah di hati kita kecintaan terhadap rasulullah s.a.w. ketnya crita yang nak aku paparkan ni tiada dalam bab-bab akhir dalam buku tersebut. yang ni aku dapat daripada emel je...

*******

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuwatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa barik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah s.aw. kepada kita.


* awas kisah ini versi syiah



pssst: kekadang cinta kasih kita pada keta melebihi kasih pada anak bini. keta koto mesti anak bini kena marah, kalo calar lagik hangin!

31 ulasan:

  1. cerita saat2 akhir rasulullah ini memang menyayat hati, betapa kasihnya baginda kat kita, tapi kita lebih kasih ke kereta...
    tuan, nanti bgtau lah tajuk penuh buku tu, boleh gi cari.

    BalasPadam
  2. Betapa kekasih Allah direnggut nyawanya terasa amat sakit apatah lagi kita ini yg terlalu jauh perbandingannya. Kasihnya pada umat melebihi segalanya.

    Cemomoi kenapa tak ambil gambar buku itu. Nak juga kakak tengok...

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum cemomoi

    Membaca kisah pemergian baginda yang amat mengasihi kita umatnya membuatkan rasa pilu, elok selalu ulangi membaca kisah ini.. Kak ada beberapa buah buku tentang Rasulullah SAW dan ada memaparkan kisah ini.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum cemomoi...

    trime kasih atas entri ini...sirah rasulullah adalah sirah terbaik untuk kita pelajari

    BalasPadam
  5. takutkan kalau jadi cinta kasih hanya pada harta dunia sahaj

    BalasPadam
  6. sy pun sdg baca 1 buku yg masih tak khatam2 lagi ni...

    BalasPadam
  7. memang sedih bc cerita Rasullullah dihujung kehidupan...

    BalasPadam
  8. udah macam mr bean punya kunci kereta!

    BalasPadam
  9. Semuga kita semua mati di dalam keadaan beriman...

    Pemerdagangan Orang

    BalasPadam
  10. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

    Rasulullah S.A.W memohon supaya semua kesakitan ketika maut dipikul olehnya sendiri..,betapa sayangnya Rasulullah S.A.W kpd umatnya, jg sehingga nafas yg terakhir pun masih disebut ummatii...ummatii...ummatii

    BalasPadam
  11. salam..
    bab nota kaki
    tu yang tak tahan
    baca nih..senyum
    sendirian..
    :)

    BalasPadam
  12. Renung2 diri kite bagaimane kaseh kite kepade Rasulullah

    BalasPadam
  13. assalamualaikum cemomoi...

    terima kasih ya,
    bi|a teringat ha| ni mesti nangis,
    tapi nanti buat d0sa jugaa,,

    huhu~

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum...

    Sesungguhnya tiada sejarah seindah sejarah hidupnya dan meninggalkan kita dengan sumbangan yang menakjubkan bagi keselamatan umat manusia seluruhnya...Muhammad s.a.w

    BalasPadam
  15. Tiap kali cerita mengenai baginda Rasulullah S.A.W tiap kali itulah hati menjadi sayu apatah lagi saat pemergian baginda..

    BalasPadam
  16. tak ingat ke tajuk buku tu?

    ada ustaz kata, buku2 agama ni mahal, lagi mahal dari keta.. keta boleh beli, buku/kitab agama tak boleh beli.. rega myvi40 ribu boleh beli, kitab 4 hinggit tak boleh beli, mana lagi mahal.. " sungguh terasa hati ini, huhu ..

    BalasPadam
  17. sehingga Baginda menemui ajal pun masih memikirkan kite kan...sungguh hebat beliau...

    BalasPadam
  18. sehingga Baginda menemui ajal pun masih memikirkan kite kan...sungguh hebat beliau...

    BalasPadam
  19. Rasulullah adalah contoh terbaik buat kita semua..
    Terima kasih kak sebab saling ingat mengingatkan kita sesama umat supaya mencintai Rasulullah sepertimana baginda mencintai kita sebagai umatnya

    BalasPadam
  20. Kasih Rasulullah pada umatnya sgt mendalam...Kita nak amalkan selawat harian tu pun kdg ingat kdg tidok...


    Lawak la gambar2 hiasan ter.. :P

    BalasPadam
  21. Salam...

    Thanks tuan kerana berkongsi ilmu dan cerita...

    p/s: kereta kotor hantar kedai pi cuci dulu sebelum dibawa kereta itu mengadap cik hubby...

    BalasPadam
  22. Salam. thank sebab share.

    BalasPadam
  23. assalamualaikum..

    lama cemomoi menyepi..semoga segera kembali ya :-)

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. hii
    nasib baik cempaka belum berumah tangga,kalau tidak kena marah bab kereta.

    BalasPadam
  26. tq bro coz kongsi kisah ni :)

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum cemomoi,

    Kakak saja dtg lama sangat menyepi. Baby dah sihat dan rasanya dah sebulan lebih kan baby tu. Moga semuanya berjalan lancar dan anak-anak diberikan kesihatn yg baik belaka....

    Wassalam wbt...

    BalasPadam
  28. Pernah baca dulu dan sampai sekarang tak boleh lupa kata-kata Rasulullah iaitu: "Ya Allah dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut kepadaku,jangan kepada umatku"
    Betapa sayangnya Rasulullah kpd umatnya!

    BalasPadam
  29. N3 yang baik untuk sama-sama kita renungkan...

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap