Pages - Menu

Rabu, 6 April 2011

takyah cari... tv pon dah siar

Rasulullah saw. bersabda bermaksud: “Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain”.

dan bermenjak-menjak ni, keadaan orang melayu berpolitik semakin gawat. daripada heboh zaman kafir mengkafir, hingga mengusung tilam dan kendiannya beramai-ramai menonton video.

terkesan juga bila ustaz berceramah kat surau baru-baru ni, bercakap, "ni kalu saya sebut gini kang mesti orang kata saya pro puak itu atau puak ini..."

sambil terus mengomel, "kuliah kita ni takde le berkenaan dengan isu video ni cuma apa yang nak saya sampaikan adalah kalau kita tak tau, tak tengok jangan pulak kita tolong nambah-nambah atau memanjang-manjangkan cerita... kang jadik tuduhan ataupun pembawa fitnah pulak..."

"hukumannya berat jika tak dapat buktikan. qazaf lapan ploh kali sebatan..." ustaz sambung lagi komentarnya.

aku lak cuma nak melihat daripada kaca mata adab dan adat:

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah


dari kaca mata Islam, kewajiban seseorang muslim ialah menyembunyikan aib seseorang sebab nanti Allah juga akan menutup aib kita jika kita sembunyikan aib orang tu. dari sudut adat pulak, menggembar-gemburkan isu panas macam ni hingga ditayang di merata-rata akhirnya memberi mesej kepada orang bukan islam betapa teruknya orang melayu - "kata islam tu baik, tapi perangai sama je cam dorang". di kalangan kanak-kanak pulak memberi petanda bahawa "dah polis pon tak marah. orang tua-tua tengok beramai-ramai takan kita tak ble tengok kot..."

pssst: memang le adat dan budaya akan berubah bila hala tuju pemikiran kita juga berubah. tak mustahil kita juga akan jadik macam omputih yang tak kesah bila berboleng di tempat awam kerana perubahan budaya dan pandangan yang kununnya dulu kolot kini semakin maju (dari bertelanjang kepada berpakaian kendian berfesyen sudahnya telanjang balik... herannnnn!)

37 ulasan:

  1. emm tak tahu la..
    orang tu dah baling tahi..
    kita jangan pergi ambik pulak..
    ada yang makan..lagi tak cerdik..

    nak cakap lebih pun tak elok.
    kita faham faham sendiri la ye
    :)

    kebenaran akhirnya akan terbukti...

    BalasPadam
  2. Itulah yang digelar Politik Kotor...benci nengoknye. Sok2 tah mende lak lagi yg nak kuar...hmmmm

    BalasPadam
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya diluar pengetahuan saudaranya maka ALLAH pasti menjaga maruahnya diluar pengetahuannya. Sebaliknya jika sesiapa menyebar aib seseorang maka ALLAH akan menyebar aibnya di dalam rumahnya sendiri.

    BalasPadam
  4. benda yg buruk kan orang memang lagi org suka di gembar gemburkan...cuba klu yg baik tu tak ande pula yg nak war warkan... takut pulak nengok gambar dlm entry ni... pelik2 manusia skrg ni

    BalasPadam
  5. Tak payah heranlah cemomoi. Bila sunnah dan al-quran dipinggir inilah jadinya. Bijak-pandai pulak bukan saja bijak memutar fakta bahkan bijak menyebar cerita hingga jadi caca-marba segalanya.

    BalasPadam
  6. Punah lebur moral org politik dan memunahakan bangsa melayu itu sendiri.. bila segenlintir mereka bermain dgn politik lucah dan kotor ini.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...

    semoga Allah SWT selamatkan bumi malaysia nie huhuhhh

    BalasPadam
  8. Dunia akhir zaman diperintah oleh pemimpin yang zalim.

    BalasPadam
  9. salam..
    sama pandangan saya
    dengan saudara Abdul Razak
    ermmm..buka aib orang aib kita
    sendiri telanjang..

    BalasPadam
  10. politik2
    ape2 pun, betul la tu..
    aib org.. n jg nama islam..
    betul2

    BalasPadam
  11. Seorang alim berkongsi kata hikmah dengan saya dan kawan-kawan.

    "Jika pakaian kotor, basuh ia dengan sabun. Tetapi, jika negara itu kotor, yang dapat membasuhnya hanyalah darah rakyat"

    Pesannya lagi, agar Malaysia dijaga supaya tidak ia berlaku seperti di tanah arab sana.

    Apapun, saya tertanya2... kenapa gambar2 ni scary sgt? heee

    BalasPadam
  12. buruk betui orang jepon te..huhu...

    BalasPadam
  13. dah mmg jd segembiraan orng kita mendengar benda yg tak baik shaja..benda yg beik dengar kuo ikut tingga lain..benda yg lagha ni suka sgt dengor pas tu tambah ajino moto, tambah kicap dan lain2 perasa.

    BalasPadam
  14. sebab nak kuasa, macam2 bende x masuk dek akal dibuat.....alangkah baiknyer kalo semua rakyat malaysia pandai menilai...

    BalasPadam
  15. semakin cacamarba dunia sekarang..tambahan tiba2 je takdak larangan keatas perkara2 sebegitu...pengsan...

    BalasPadam
  16. cemomoi,

    Kalu semua kita yg beragama Islam mengamalkan cara hidup mengikut hukumnya yg berteraskan Al Quran & Sunnah pasti tak sukar membuka hati mereka itu. ini kekadang kita pulak terlebih ngengada dan ngalahkan org kafir.

    BalasPadam
  17. Selalu terdengar orang di tv kata 'rakyat tertanya-tanya, 'rakyat ingin tahu' dan seumpamanya.



    saya pun rakyat....tapi tak tetanya2 atau ingin tahu pun pasal 'video tu. pandai2 je depa kan...

    BalasPadam
  18. kita smua kna menentang politik lucah ni. boleh mrosakkan minda generasi muda

    BalasPadam
  19. Mcm2 hal sekarang nie kan.. Tak tau ler..huhuu

    BalasPadam
  20. kadang2 malas nk pikir tp kita hidup dan berpijak di sini, nak tak nak terkena jugak tempiasnya

    BalasPadam
  21. Moral sudah ditolak ketepi.. janji nama kuasa kedepan..

    BalasPadam
  22. lebih baik diam dr berkata2 tentang sesuatu yg memang kita tak tau...hanya menambah dosa dan menampakkan kebodohan...

    BalasPadam
  23. power2.. Anak muda berani bangun melawan kata tukartiub.

    BalasPadam
  24. tak kiralah salah ke tidak

    tak perlu nk aib orang
    sampai tayang muka depa akhbar lagi

    tak ke susah mak bapak nak
    explain pada anak2 yg tgk paper tu

    sungguh memalukan
    menghalal benda yg haram...

    BalasPadam
  25. As salam...

    Yang memalit aib ke muka saudara sendiri tu pun bukannya bagus sgt rekod peribadinya...

    Sok turun bala kita semua kena tempiasnya...

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum
    cempaka suka post yang macam gini

    BalasPadam
  27. Assalamu'alaikum cemeomoi

    Sepatutnya tidak diturutkan hawa nafsu, janganlah matlamat mengahalalkan cara.. mudah2an kita tidak berperangai sebegini.

    BalasPadam
  28. sy mmg x kse bab2 politik ni sbb sy x blah mana2...

    BalasPadam
  29. sebagai student yang belajar politic, maka, banyak benda yang baik jika dilihat dari sudut yang lain. sekian. HAHA

    BalasPadam
  30. salam ziarah cemomoi.
    dalam kes ni, yg bersalah adalah org yg merakam. Paling besar dosanya ialah Dato T yg megadakan majlis nonton vidoe lucah secara berjemaah ( nak pahala lebih kot pada ijtihad Dato T). Lagi teruk bila ia ditayagkn ke seluruh dunia menerusi youtube.

    Dosa zina adalah dosa dgn Allah, tapi meuudh org berzina tanpa kemukan 4 saksi lelaki maka itu berdosa besar da mesti dikenakan qazaf ( 80 sebatan). Dato T mesti disebat tanpa sebarag kompromi.

    BalasPadam
  31. Dah muak nak tengok TV3 sekarang ni. Bukan sokong parti mana-mana tapi nampak sangat berat sebelah. Bab bukak aib tu yang paling tak suke sekali sebab boleh menjatuhkan maruah seseorang. Dalam Islam kalau setakat ada video tak boleh lagi membuktikan yang seseorang tu betul2 tutt.

    BalasPadam
  32. assalamualaikum:

    si para para: a'aa eelok le tutup mulut kalu kita tak tau, takyah nambah kang bertambah dosa.. letih nak mintak maap nanti

    Yastro: menda yang elok telah dicemari.. yang buat cemar pulak memang ramai yang pengotornya...

    Abd Razak: moga Allah lindungi kita daripada sebarang keaiban

    munna: dulu kita tengok orang tak bertamadun dengan penuh kepelikan... rupanya kita lagi pelik walopon dah bertamadun

    Kakzakie: suka atau tak ketentuan akhir zaman tu sudah terserlah bila institusi yang hak dipegang oleh si batil maka datanglah hukum-hakam yang tunggang-langgang

    akuanakpahang: bukan takaat anak-anak kecik je rosak, maruah orang islam pon hancusss

    sahromnasrudin: amin!!!

    Hisyam Nozi: dekat sangat dah niii

    diana: tangan pengotor yang pegang politik tu menjadikan ia kotor

    zulkbo: kalo kita dok sebeblah orang telanjang kita pon aku malu jadiknya

    cik nurussalwa: dorang tak pikir tentang agama, kuasa je di matanya

    iqbalsyarie: kita tak sama macam dorang, perjuangan agamanya sangat tinggi dan rasa rugi jika tak syahid

    gambo tu sekadar menjelaskan betapa dulu orang tak bertamadun dilihat penuh jelek, tapi perubahan budaya berfikir akan menyebabkan sesuatu yang buruk akan diterima semua orang bila disepakati. sebab itu telanjang boleh menjadi budaya pada masyarakat eropah sedangkan orang telanjang tu telah wujud pada manusia yang kita kata tak bertamadun tadi

    kordi: jangan ngada nok niru pulok

    dyea irdina: kuat makan kari, kalo takde rempah-ratus tak sah gamaknya

    Cikgu Jang: ramei hok skulh tinggi ketnya fikir tu masih rendoh

    suri solehah: sian kat anak-anak kita nanti

    kak noorlara: kita meludah ke langit kononnya dari langit tu baik dan berkat... orang kafir ketawa je

    ckLah: dia ingat 'ter..' tu menunjukkan kebodohan rakyat le tu

    Myra Jay: dengan cara mana lagi orang tua nak mengajar orang muda berjalan lurus?

    ajumohit: ini le rumah kita, tak jaga kang roboh pulak...

    relevan: gila isim hapa ke deme ni

    Amri Abd Rani: ambo sokong pokwie

    Miecyber: tunggu le saat kebinasaannya...

    Mat: orang muda patut bersuara...

    Ati Masrif: dulu bebudak tanya pasal definisi liwat, la ni dorang nak tau video seks tu apa... jenuh nak jawab!

    zaty luvlianncezzz: ni dah naik biru mata hitamku

    Cik SHiNJU: koi pon tersengih nengok muka deme ter kat tv...

    Cempaka R.Minta: harap jadik tauladan pada kita semua

    kak Werdah: tangan manusia le yang membinasakan bumi ini

    NICK IRFAN: dari satu sudut memang bagus le tu... tapi akan sampai kewajipan untuk kita perbetulkan apa yang salah dan semakin parah

    cik sakdi: setiap yang berlaku akan ada pro dan kontra..tapi kekuatan orang melayu adalah pada agama islamnya kerana tu je yang akan menjadikan kita terus kukuh dari sudut ukhwah

    brutalsolo: harap obama akan jadik muslim yang baik kelak

    shameel Iskandar: tul tu, camana pulak dia bole tolong rakam, kalu dia kuat ngat agama patutnya cegah la atau tinggalkan je daripada buat koje tu

    Hisyam Nozi: deme dah lupa pada etika kewartawanan. bab agama jangan tanya le, ingat dengan adanya siaran agama tu dah memadai le kot.. kalu gitu deme tu lebih warak dari kita sebab sediakan rancangan agama tu...

    BalasPadam
  33. Salam.
    Tak minat dengan dunia politik...
    tak ada yang jujur.
    Yang jujur pula tak akan naik lama...

    BalasPadam
  34. princess zezebel: sama le kita... politik jadi kotor oleh nafsu yang kotor

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap