Pages - Menu

Rabu, 13 April 2011

no. 1 bagus ke no 2 yang baik?

bersihkan sawang, lalang dah naik, pokok renek dah tumbuh... huargh! teruknya blog ni yea...

nak amik mood dengan bawak crita basi tapi tetap sensasi

*******

#picdelete "macam member aku si isa, aku respek tul bila nak kawin dua," joe berseri je muka bila buka crita tu kat aku.

"dia tak kutuk bini dia, gentle memang nak kawin bukan ada masalah ke, tapi besa la, bini dia tak setuju sampai bercerai. dia kawin lagi dengan cekgu. aku nasihatkan dia jangan abaikan anak-anak dia..."

"bagus tul kawan aku ni" pepagi lagi joe dapat pujian.

"bila bini baru dia dapat tau, terbakar le kawan tu... marah-marah. tapi kita kena ingat tu tanggungjawab ayah walopon dah pisah dengan isteri tapi hubungan ayah dengan anak tak pnah putus" kesal je nada si joe, barangkali dengan sikap pompuan yang amik 'hak' orang ni.

" isa penen kepala bila crita kat aku. sudahnya aku kata, cam ni la sa, ko kawin je la balik dengan bini lama ko tu..."

aku melopong je...

"isa garu kepala gak bila aku suruh cenggitu. aku kata senang je justifikasi dia, pertama ko kata je masih sayang kat dia... ala pompuan mesti cair punya kalu kata cenggitu, kedua kita kawin sebab anak-anak perlukan bapak."

"bila bini dia tau dia kawin semula dengan bekas isterinya melenting laaa dia. tapi aku kata dengan isa, senang je justifikasi yang ni... kalo abang gatal nak berbini baik abang cari yang muda... termenung jugak bini dia tu"

"cuma satu je problem beso sekarang ni, ko tau?" joe tersengih macam tak sabar nak dengo respon aku.

aku ngeleng kepala je. sejak tadi tak banyak cakap sebab menyorot crita tu dengan penuh minat...

"heeee... masalahnya sapa yang nak dapat title bini pertama? ibarat kalo isa tu dapat datuk sapa nak jadik datin?"

psst: korang pnah tengok crita madu tiga, kan? dengo kabonya, isa dah kena penyakit tu, "bila dah ada dua bini ni, kan, aku rasa macam nak kawin satu lagi la....."

26 ulasan:

  1. Assalamualaikum...

    Kalau nak kahwin semata-mata kerana nafsu ada baiknya dibatalkan sahaja...

    BalasPadam
  2. Kalau kwen balik ngan bini 1st td...kena la ikhlas..


    Kalau tk ikhlas, ditakuti berlaku penganiayaan d masa akn dtg...

    p/s sama2 kita sawangkan blog...saya pun kekadang tk smpt nk jenguk blog sndiri..apa lg blog org lain..eheheh

    BalasPadam
  3. Amboi... kalau penyakit nak kawin lagi dan lagi bukan sunnah lagi dah. Ini mencari padah. Dosa dapat, sendiri punya kepayahan pun dapat. Ini bukan kerana kakak seorg perempuan.

    Kakak redha kalau suami nak bernikah jika mampu mengikut garis panduan. Tapi kalau tidak usahlah cari kerja sesia di dunia & akhirat rugi....

    BalasPadam
  4. As salam...

    hahaha...kompius sape nk jadi Datin..
    Isteri yg tua tu la kot..Sebabnya
    dia isteri pertama yg Joe nikahi..sebelum tu dia bujang kan..
    X kisah la dah cerai n rujuk smula,janji dia isteri pertama :P

    BalasPadam
  5. "isu poligami ni mmg tak habis kalau nak kupas.Kdg2 bila dgr cerita ni kita boleh senang2 bagi komen, sbb?sbb tak jadi kat kita...cuba jadi dlm keluarga kita..huhu tak tau nak ckp apa...nak payung mas ker nak cerai ker..wallahu'alam..."

    BalasPadam
  6. Orang tua ada berpesan kalau nak berbini lebih drp 1, bini tua jangan dicerai (kalau setakat kawin kerana nafsu) bakal mengundang sial juga laki tu nanti.

    BalasPadam
  7. hah..... itu ler lelaki... dah kawen 2 mula nak cari 3... heheheheh jgn mare.... I prempuan tau... tak rela....

    BalasPadam
  8. apa salahnya semuanya dipanggil datin .. saya pernah jumpa.

    siap di pelekat lagi kat pen dia "datin z" padahal dia bini ke dua !

    BalasPadam
  9. cantiknye mata orang dlm gmbr tu....huhu..

    BalasPadam
  10. tulah org lelaki mcm gitu

    bila dah kahwin baru tahu prob nya..

    jangan abaikan anak2 sudah

    BalasPadam
  11. assalamualaikum..

    takut nak ckp lebih2..takut terkena batang hidung sendiri kan

    BalasPadam
  12. kawin dua mmg impian lelaki tp masalah disebalik kawin 2 ni sendiri mau ingt la oleh itu baik yg satu je

    BalasPadam
  13. kawen, mestilah laki nak ramai2.. tapi duit x kongsi plak ramai2 ye. HAHA

    BalasPadam
  14. hampeh!

    man, what do you want actually?

    BalasPadam
  15. ahaks...btul kt abd razak tu. Sanggup crai istri n tinggalkn ank2 sdia ada.... ini bukan sunnah nabi ;)

    BalasPadam
  16. Assalamu'alaikum cemomoi

    Apa perkarapun bila kita nak lakukan kena dengan niat yang betul..

    BalasPadam
  17. sy setuju gan razak...

    best ke kawin banyak2 ???


    tolog jawabb cehwah, hihi

    BalasPadam
  18. Memang kawen ramai nie sronok, nmpk kegagahan sang lelaki, tp kalau baru 2 dah penin, baik tak usah tmbah 3, kang lg pening ha.. :)

    BalasPadam
  19. Saya tak kawin lagi, tak leh komen pasal benda ni. Hehehe.

    BalasPadam
  20. ni penyakit berjangkit tau cemomoi..siap2 ambil vaksin ye...

    BalasPadam
  21. assalamualaikum:

    saya takleh bayangkan kalo semua blogger terutama yang pompuan sedang dok mengadap saya ketika nak jawab soklan ni...

    jadik ada baiknya jangan jawab, kang kena pelangkung pulak

    cuma n3 ni memuatkan;

    1. metodologi pemikiran sesetengah orang lelaki mengenai poligami

    2. mengupas kelemahan pompuan yang menjadi strategi bagi lelaki

    3. walopon sebahagian beso masalah ditimbulkan lelaki, tapi pompuan sering abaikan masalah tu disebabkan 'bila ati sudah suka... semua indah sajaaaaa...' sila nyanyi lirik lagu hail amir ke tu, argh tak kesah le sapa pon penyanyinya

    yang lain tu pikir le seblom tido sambil jeling kat soami yang tengoh berdengkur - ada dia kesssah?

    BalasPadam
  22. Ampunnnn...Pendapat koi lerr..satu pun koi dh x lalu nak bagi makan ade hati nak tambah...hmmm tgu koi kaye la dulu...hehehe

    BalasPadam
  23. kawin ke3 ke4 ke boleh je kot.heeehee janji adil sesama isteri,dan tak berlaku zalim pada isteri yang lain.cuma ada ke yang nak buat macam tu,kalau dah dapat isetri baru...jadi,tak usahlah nak kwin ramai kalau sorng pun ssh nak jaga..hehheeee

    **mood nak kwin rasanya...hahaaaa gataii

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap