Pages - Menu

Khamis, 16 Disember 2010

Melayu Hebat: kita genius la

siri tajuk tu pon dah menjadikkan sesetengah orang melayu rasa jelek - malu nak ngaku apatah lagi nak bangga dengan kemelayuannya. takpe, tu pandangan masing-masing. tapi cam pnah aku katakan seblom ni, bila kita lemah kita akan lihat kelemahan itu le yang menjadik punca kita tak maju. kita tidak berhasrat untuk perbaiki atau pertingkatkannya. sebaliknya kita nak tukar pada sesuatu yang baru... eps! terlebih meracau plak dahhh

ni aku nak crita tang mana geniusnya orang melayu, yang hari ni sebahagian beso tak tau dan tak sedo pon tentang kegeniusan bangsa mereka. ada satu pusaka yang ditinggalkan tuk nenek kita yang tak ada pada bangsa lain dalam dunia ni... sapa dapat jawab hangkat kaki! (jangan tinggi sangat, stakat paras lutut pon dah ok le tu) yea, PANTUN!

apa ada pada pantun hek? semua orang bole buat pantun. dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dikerat-kerat hingga tah jadi hapa pada pantun melayu.

Terbang burung dari selatan,
Dipuput angin sangga bayu;
Bukalah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu.


nak kenal akal budi dan susur galur bangsa melayu, telusurilah pantun. ni pesan kepada mat saleh yang nak dilantik sebagai adviser@residen di tanah melayu sejak zaman awal kolonial dulu-dulu

orang melayu hari ni cipta pantun ikut suka dia aje. janji rima akhirnya sama dan ada pembayang dengan maksud maka jadik le pantun. sedang orang melayu dulu-dulu, cipta pantun berlatarkan sejarah, falsafah dan logik daripada alam dan persekitaran mereka...

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;


tu pembayang sebuah pantun yang besa kita dengar. pulau itu memang wujud di gugusan riau dan terletak jauh di tengah laut. seblom jumpa pulau tu, kita akan jumpa banyak pulau lain. sebab tu dikatakan 'jauh ke tengah' dan ada sebuah gunung yang dari jauh akan kelihatan 3 cabangnya

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti;


aphal pisang emas? napa tak bawak pisang tanduk? kan ke lebih kenyang sebab beso. hemmm! pisang emas bole buat penahan mabuk di tengah laut! dan ia agak tahan lama berbanding pisang lain sebab nak jalan jauh ni... napa masak sebijik je? hohooo, aku pon tak tau... korang carik la pulak jawapannya yeh!

amboi panjang n3 ni kalu nak dihuraikan tentang genius melayu dalam warisan yang unik ni... selami le budaya kita dan fikir-fikirkan le...

26 ulasan:

  1. Salam..

    a;ah kan...pantung skrg asal kena bunyi pembayang ngn maksud jer sudah..dulu2 sarat dgn mesej..pembayang pun ade mesej..

    BalasPadam
  2. Salam sahabat,
    Tidak Melayu hilang dunia.

    Tanam pinang rapat-rapat
    biar senang puyuh berlari
    kalau pinang2 tak dapat2
    aku pujuk2 ku bawa lari.

    Kenapa tak tanam pinang jarang2?
    agaknya mudah kita mencelah org tak dapat kejor kalau bawak lari anak dara org gamoknya:)

    BalasPadam
  3. SUKA PANTUN TP XDE BAKAT. PATUN MELAYU BYK PE NASIHAT~

    BalasPadam
  4. pantun memang warisan Melayu. Pantun2 lama sedap dibaca, ada pengajarannya.
    cemomoi, gambar no 1 tu bunga kantan yg dah kembang kan?

    BalasPadam
  5. ...dan yang paling penting, ckLah cuba menjaga penggunaan bahasa Melayu sebaik-baiknya dalam berblog, tak kira apa-apa pun yang mahu diceritakan, samada perkara remeh, perkara berat mahupun sekadar merapu... kerana ckLah adalah pecinta Perkara 152 dan 153.

    Itu ckLah lah...

    :D

    BalasPadam
  6. menarik jgk post ni... hehe

    BalasPadam
  7. MUSIM BANJIR ADA MASANYA
    MENEBAR JALA TERTANGKAP PUYU
    TIADA KATA SEINDAH BAHASA
    TAK LAIN BUKAN PANTUN MELAYU



    ****JAWAB BANG..HE HE..

    BalasPadam
  8. Dalam bendang penuh pacat
    Biasa bagi para petani
    Kemajuan bangsa tidak terancat
    Bila wujud masyarakat madani

    Biasa bagi para petani
    Berjemur panas setiap hari
    Bila wujud masyarakat madani
    Baru mudah muhasabah diri

    BalasPadam
  9. haa.. same ngn pantun yg pensyarah sy guna nk cite betapa pantun zaman dulu2 ni penting..

    betul3.. ni warisan..
    kite bangsa yg geniuskan..

    :) :) :)

    BalasPadam
  10. bunga kantan tu bestnya kalau letak banyak2 dlm kuah laksa

    BalasPadam
  11. siapa kate melayu bodoh. .?mereka cuma cepat LUPA. .dan agak pemalas . harus diakui itu. .kalau rajin tue rajin sgt . .kalau malas tue adoi . tok sah cakap la kan. .yg penting kita kena bangga dengn bangsa dan keturunan sendiri . kalau tak bijak manakn TUNKU ABDUL RAHMAN sapat mencapai kemerdekaan . . waaa. . .:)
    cik cemomoi. .beg meden tak tahan laa.:)

    BalasPadam
  12. genius kepada yang pandai berfikir...yg tak reti berfikir...tah berape ramei lagi...

    BalasPadam
  13. TQVM Cemomoi!

    wah ..geniuslah cemomoi ni..jauh fikir tu

    BalasPadam
  14. AS SALAM CEMOMOI..dah lama kawan tak berpantun..maklumla, guru pantun dah meninggal dunia huhuhuhu

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...

    Ada orang cakap pisang emas tak masak atas pokok...sebab tu boleh bawa belayar..

    BalasPadam
  16. Salam Cemomoi,

    Buah cempedak di luar pagar
    ambil galah tolong jolokkan
    saya budak baru belajar
    kalau salah tolong tunjukkan

    kenapa ditaman di luar pagar. sebab pokoknya besar kalau dlm pagar pun tetap kena jolok dgn galah juga.

    yg sedang belajar tu pulak kakaklah orgnya. Huhuhu...

    BalasPadam
  17. salam tuan cemomoi,
    tak pandai berpantun, sebab dulu spm tak amik sejarah.. huhu.. dah ler tak pandai sejarah, tak kreatif lak tu..

    BalasPadam
  18. Saya tak pandai nak pantun nie. Sebelum ini ada terfikir juga kenapa sebiji je yang masak yang lain tidak? Tak semena2 ada dokumentari berkenaan export pisang emas dr Malaysia ke luar negeri. Pisang dimasukkan ke dalam plastik kemudian dikeluarkan anginnya, jika pisang terdedah ia akan masak lebih cepat..

    Wallahuaklam..

    BalasPadam
  19. hebat yek org dulu2...jauh berlayor nye..ke serata dunia da lepasnye te..

    BalasPadam
  20. wow..pantun2 deh.. paling kite lemah. sobs.tapi bangga!teehheee..

    BalasPadam
  21. assalamualaikum:

    cikshinju: merosakkan warisan bangsa tul

    akuanakpahang: mat rempit payoh nak lari le tu

    macy: ketnya bebudok sekarang taknok baca pantun...

    abuaiman: tepatttt skaliiiii

    ckLah: syabas... tak macam saya yang masih dok campurkan perkataan inggeris. tapi dari sudut tatabahasa melayu sebaik mungkin cuba la jaga juga. cuma tang slanga dan kaedah tulis bahasa daerah tu takleh elak le...

    nick irfan: untuk generasi baru...

    zulkbo: test sikit

    musim banjir ntah bila berlalu,
    nak noreh pon mati kutu;
    melayu hebat seketika dulu,
    moga hebat sepanjang waktu.

    koi pon merapuuuu

    kak kamsiah: wooo penat nak jawab pantun nih

    bendang dah jadik kilang industri,
    petani takde keja goyang kaki;
    anwar madani paklah hadari,
    tapi mlayu tetap cenggini.

    petani takde keja goyang kaki,
    rega beras jadi emas;
    dah le mlayu tetap cenggini,
    hak yang ada makin dirampas.

    huu rosak pantun mlayu...

    manna_salwa: jaga bebaik jangan bagi hilang

    nurul aziz: ngeh3x geniussss tul

    mida: tul la malssss.. nak bangun pagi g keja pon malasss

    cekgu jang: genius gak.. tapi mikir menda yng tak genius

    sekamar rindu: nama tu pon dah ada talent tu

    ati: dak aih... memanjangkan ilmu orang je

    sahrom: nampaknya cikgu pantun melayu terakhir dah ninggal, innalillah...

    abd razak: tul le tu... sebab tu dia tahan lama.. nak kena peram dalam guni sambil dibawa belayar

    kakzakie: idop ni tak brenti belajar. orang yang dah brenti blajar tu maknanya dah mati le kottt

    aanas: gamaknya orang dulu-dulu pon tak amik sejarah tapi pandai berpantun sebab menitikberatkan sastera dan budaya

    cikgumohamad: orang kabo kalu nak peram buah kena isi dengan ketulan arang.. dari segi saintifik tak reti la plak nak hurainya

    mazru: panglima awang/henry the black ialah melayu pertama yang mengelilingi dunia

    fisha: takan semua orang mlayu nak jadik pemantun. kang sapa plak nak jadik doktor.. tapi kalu dah jadik doktor tak bererti takleh nak pantun paling-paling tak pon:

    pecah kaca pecah gelas
    lepas baca harap balas
    (bagi surat/sms kat awek)

    brutalsolo: orang mlayu sedang layu di lautan madu. jangan terus kuyu di riba orang asing yang disangka tetamu

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. cemomoi
    ada lori ada bas..

    mengaku genius..
    bangga jadi Melayu

    BalasPadam
  24. betul tu...
    yg dulu tak lapok deh hujan tak lekang dek panas..yg sekarang ni hampeh je...bukan semua la...ada jgk yg ok...
    tapi tak pe la..asalkan kita mencuba dan teruskan semangat pantun tu..
    baru tak hilang...
    ada yang baru..yg lama tetap di pandang.

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap