Pages - Menu

Sabtu, 11 Disember 2010

amacam? betul ke pindah?

dah brapa hari ma'al hijrah berlalu ye? kebetulan untuk tahun ni takde plak aku join orang lain memperkatakan tentang ma'al hijrah. barangkali hanya bibir berkata, hati tak turut serta, tindakan pulak jauh tak tentu hala. benarlah, aku sebenarnya belum pun berhijrah... malah tak pernah berhijrah.

hijrah ialah pengorbanan. napa takde lagi hijrah selepas Hijrah rasulullah s.a.w ke madinah. sebabnya, antara yang dapat aku simpulkan dari erti 'pengorbanan' tu ialah baginda s.a.w. dan para sahabat berkorban meninggalkan kesenangan yang dimiliki di Mekah - keluarga, kemewahan, perniagaan, rakan bisnes dan sebagainya - pergi ke sebuah negeri yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti. yang ada hanya keyakinan bahawa perintah Allah mesti dilaksanakan (sami'na wa ata'na - "kami dengar dan kami patuh." fullstop tanpa argumentasi). kalau mereka nak lari daripada kekejaman, mereka pernah lari ke Habsyah suatu ketika dulu. salah seorang sahabat rasulullah s.a.w., abdul rahman bin auf, hartawan bin jutawan, sehelai sepinggang bila berhijrah. heh! kalu bos suruh kita pindah, tak sebutir barang pon akan tinggal atas meja kerja. barangkali kalu dapat ditinggalkan, muncung aje yang patut diletakkan kat atas meja tu supaya terus dapat menyampaikan rasa geram...(kalu sakit ati kat bos la)

apa bezanya hijrah rasulullah s.a.w. dengah hijrah kita? tafsiran dewasa ini ialah meninggalkan yang buruk kepada yang baik. retinya kita mesti jadik lebih baik daripada semalam. sedangkan rasulullah s.a.w. meninggalkan kemewahan kepada suatu yang lebih abstrak... iman!

adakah hijrah kita:

- semalam kedekut, hari ni kita dah jadi lebih pemurah?
- adakah semalam kita bergaduh dengan kengkawan, hari ni lebih erat persaudaraan? (aku rasa lagik teruk sebab dah sibuk dengan PRU13 ni)
- adakah solat kita yang tertinggal tahun lepas, kali ni tak lagi (qadha sekali?)
- adakah...
- adakah... kah! kah! kah! tak larat nak tanya diri sendiri...

ooo rupanya aku tak pernah berhijrah! tak ke mana-mana pon!

psst: persoalan ni aku kutip daripada khutbah jemaat semalam. sapa nak rasakan kelainan dalam mendengar khutbah, meh semayang jemaat kat kedutaan indon. pak khatibnya tak perlukan teks sangat, jadik ideanya berterabur dan banyak le ilmu yang disampaikan secara santai

22 ulasan:

  1. Ada seorang rakan blog...rajin hantar sms intisari khutbah kepada ckLah saban Jumaat. Bagus sungguh...

    BalasPadam
  2. salam rodong,
    t kasih & jazakallah...

    koi lah antaranya org yg sentiasa perlu diingatkan...

    BalasPadam
  3. Sakam weh..Mari kita fahami erti sebenar benar Hijrah..

    BalasPadam
  4. payoh weh nak berhijrah dalam erti kata yg sebenarnya.....ikhlas...

    BalasPadam
  5. adakah? hmm mmg banyak kena check diri kita nih.
    rasanya lebih seronok dan byk manfaat dgr khutbah yg betul2 khutbah, bukan membaca text saja.

    BalasPadam
  6. rasulullah s.a.w. meninggalkan kemewahan kepada suatu yang lebih abstrak... iman!

    terima kasih. macy xpnah nmpk tu~

    BalasPadam
  7. maal hijrah ..sekarang ni orang
    hanya ingat cuti saja kan..

    boleh pula solat jumaat di kedutaan indon ye..

    BalasPadam
  8. Asmkm...

    Bagus N3 ni...satu garapan yang sangat elok dan mmg elok disebar2kan kepada yang mereka berkenaan yang rajin membuat teks khutbah..

    Mmg saya terkesan....

    Syukran..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah share ilmu santai tu di sini.. sebenarnay lebih senang diterima dari ilmu terlalu formal.. selamat berhijrah
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  10. Salam Penghijrahan juga .. kawan juga antara org yang jarang berhijrah semoga ada keinsafan diri ku sendiri. :(

    BalasPadam
  11. Salam cemomoi,

    Suatu yg sering diperkatakan bila hijrah tiba. Penghijrahan diri terutama mereka yg menjadi peneraju tidak nampak penghijrahan itu. Hijrah dalam mimpi banyak terjadi kini....

    BalasPadam
  12. Salam cemomoi,
    Banyak perkara kita merasa bimbang, terutama dalam soal kerja dan kita berhijrah untuk yang terbaik... namun yang paling dibimbang dan perlu berhijrah ialah kesempurnaan solat. Adakah solat kita selama ini diterima?

    BalasPadam
  13. Salam CEMOMOI

    Teringat kata seorang ustaz, memang kita boleh jadi bingung sebab belum berhijrah dalam kebanyakan hal. Namun, realitinya, kemampuan kita memang terbatas. Jadi, katanya, buat dgn cara terbaik & berulang-ulang bagi amalan-amalan tertentu yg kita tahu & mampu lakukan. Katanya, itu lebih baik dari cuba melakukan berbagai-bagai amalan tetapi tidak sempurna & tidak konsisten. Wallahualam.

    BalasPadam
  14. salam..
    menginsafkan..
    terima kasih
    berkongsi di sini

    BalasPadam
  15. as salam ziarah..saya setuju dgn kata-kata TEMUK itu..apapun, perkongsian ini memang baik..kita berhijrah ke arah melakukan perkara yang sama sahaja..sebagai contoh seorang A kata dia berpengalaman 10 tahun dlm bidang itu tetapi pengalaman yang sama sahaja dia ulang2..masih tiada perubahan

    BalasPadam
  16. Penuh manfaat.
    Hijrah sikap hendaklah diikrarkan bebetul dalam hati, niat biar tetap pehtu laksanakan terus jgn tanguh-tangguh takyag nak bgtau ke org buat je.
    Bab sembahyang ni memang berat, tapi kalau takat 5-10 minit nak berkira dibandingkan 24 yg ade tu mana aci, malule ke haiwan kalaupun tak malu ke manusia. hhehehehhe tak guna jadi muslim kalau amalnye malas.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum...

    Tak pernah memikirkan untuk menambah amalan, masih di tahap yang lama

    BalasPadam
  18. assalamualaikum:

    ckLah: memanjangkan nasihat yang baik bole gak dapat saham 'ilmu yang bermanfaat' untuk dibawa ke kubur nanti

    abg pie: koi ni hanya nak ngingatkan diri sendiri, alhamdulillaah kalu ia dapat dimanfaatkan bersama

    relevan: paham dah ketnya nak mnhayati dan mengamalkannya yang payoh ter sama macam orang paham hukum hudud juga le

    cekgu jang: nak berhijrah hok termampu yang boleh pon nampok macam tak bergerok je ni

    ashrafi: saling mengingati sesama muslim akan beri manfaat

    abu aiman: muhasabah

    tok khatib kena peka le dengan isu semasa. kalu nak buat teks pon jangan nak cerita dengan orang tua-tua kat kampung pasal macam mana nak membina modal insan... dorang lebih mikir camana nak buat modal duit lauk untuk esok je

    macy: sahabat rasulullah s.a.w. beriman tanpa banyak soal, hari ni kita cerita solat, puasa dsb dari sudut saintifik pon ramai juga orang tak laksanakan

    ati: sama cam sambut raya je... untuk rehatkan minda

    baru gak g 3, 4 kali ke sana walopon ada orang kabo bule solat jemaat kat situ

    azrina: harap dapat dimanfaatkan bersama

    zai: sampaikan dariku walaupon sedikit - maksud hadis

    nur: mga hijrah kita lebih bermakna tahun ni

    akuanakpahang: aminnnn

    kakzakie: ingat mulut menyebut dalam jaga je, rupanya sampai ngigau yea

    nick irfan: harap kita diberi hidayah Allah

    cekgu mohammad: tul tu, solat tak sempurna tu yang lain amaln kita ikut pincang

    abag temuk: setuju tu, bio satu tapi konsisten/istiqamah dari seribu tapi lepas tu tinggal satu, satu, satuuuu

    zulkbo: moh le sesekali solat jemaat kat situ

    sahrom: dok kat zone selesa buat kita makan pasif, perubahan akan buat kita kembali aktif... kena hijrah sokmo ni

    kak noorlara: hih sebeno kita patut malu kat diri sendiri sebab seblom kita tipu orang, kita sebenonya tipu diri kita. macam la diri kita tak tau yang kita tipu diri kita.. heh penennnn

    abd razak: istiqamah dalam beramal tu, lebih baik, kan ustaz!

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap