Pages - Menu

Rabu, 21 April 2021

MEMAHAMI HAKIKAT UJIAN

"ليخفف الم البلاء عليك بانه سبحانه هو المبلي لك."
"PEDIHNYA cubaan yang menimpamu menjadi ringan saat kau tahu bahawa Allahlah yang mengujimu."
--Syekh Ibnu Athaillah, Al-Hikam.

Engkau merasa ringan di tengah ujian, kerana kau tahu bahawa Allah memiliki sifat yang indah dan perbuatan yang sangat mulia. Dia tidak pernah bermaksud memberi kepedihan dan rasa sakit bagi hamba hamba-Nya. Dia hanya menghendaki kebaikan bagi mereka, memberi anugerah dan kurnia-Nya.

Semua itu merupakan ketetapan Allah. Dia berfirman kepada Nabi Muhammad SAW,
"Dan bersabarlah dengan ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya kau berada dalam pengawasan Kami."
- (QS Ath-Thur (52): 48).

Sebagaimana kau telah terbiasa dengan apa-apa yang kau sukai, maka bersabarlah atas apa apa yang Dia sukai.
:فالذي واجهتك منه الاقدار."
"Dia mencubamu melalui ketetapan-Nya."

Dengan segala perkara yang mungkin tidak kau inginkan.
"هو الذي عودك حسن الاختيار."
"Dia pula membuatmu terbiasa pada pilihan yang baik."
Seiring dengan berlalunya waktu, sesungguhnya kau telah diberi ketetapan yang menyenangkan, maka bersabarlah menghadapi ketetapan Allah yang tidak kau sukai.
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Ahmad Zarruq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap