Pages - Menu

Selasa, 28 Januari 2020

TAKDIR DI SETIAP HEMBUSAN NAFAS

"ما من نفس تبديه الا وله قدر فيك يمضيه."

"PADA setiap desahan nafas yang kau hembuskan terdapat takdir Allah yang telah ditetapkan."
--Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam.

SYEIKH Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa pada setiap nafas yang keluar daripada dirimu telah ditakdirkan Allah, baik yang terkandung di dalamnya ketaatan, maksiat, nikmat, mahupun bencana.

Setiap nafas yang keluar daripadamu adalah satu daripada sekian takdir Allah untukmu, siapa pun engkau. Maka, kau harus tetap menjaga kesopananmu di hadapan-Nya dan menyedarinya bahawa Dia selalu mengawasimu dalam setiap desahan nafas.

Kerana itu, pada setiap nafas, kau menjadi seorang salik yang selalu ingin meniti jalan menuju Allah. Inilah makna ungkapan: "Jalan menuju Allah sebanyak desahan nafas seluruh makhluk."
-- Syeikh Ibnu Atha'illah, Al-Hikam, syarahan oleh Syeikh Abdullah Asy-Syarqawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap