Pages - Menu

Khamis, 13 Jun 2019

LIHATLAH DENGAN IMANMU!


SYEIKH Abu Hasan Asy-Syadzili mengatakan, "Sesungguhnya kami melihat ALLAH dengan bashirah iman, dan itu membuat kami tak memerlukan dalil dan bukti lagi.
Sungguh kami tak beranggapan bahawa seseorang adalah salah satu daripada makhluk. Apakah di dalam wujud ini ada yang lain selain ALLAH, SANG, MAHARAJA DAN MAHABENAR? Jika ada yang lain, itu hanya seperti awan di udara: jika kita cermati tidak ada apa-apa."
Bagaimana mungkin ciptaan-ciptaan itu menjelaskan keberadaan-NYA, sedangkan DIAlah yang menampakkan semua itu?

Menurut Syeikh Abdul Halim Mahmud, sebenarnya beliau ingin mengajarkan kepada salik untuk kembali kepada manhaj Islam terkait dengan pembahasan keberadaan ALLAH. Sesungguhnya keberadaan ALLAH itu sudah jelas, sangat nampak dan zahir sehingga tak perlu lagi dalil untuk membuktikannya. Penyucian jiwa seorang Mukmin hendaknya dilalukan dengan menjauhkan diri daripada persepsi bahawa ALLAH memerlukan dalil dalam menegaskan keberadaan-NYA.

Syeikh Abu Hasan menjelaskan, "Orang-orang yang pandai mengeluarkan dalil dan bukti (keberadaan ALLAH) adalah orang awam di mata ahli syuhud. Sebab, ahli syuhud mensucikan ALLAH AL-HAQQ -- dalam penampakan-NYA (zhuhur)--daripada memerlukan dalil yang menunjukkan keberadaan-NYA. Kerana, bagaimana mungkin ALLAH memerlukan dalil sedangkan DIA yang menegakkan dalil? Bagaimana mungkin DIA diketahui dengan dalil, sedangkan DIAlah yang mengenalkan manusia pada dalil?"
 
 

--- Syeikh Abdul Halim Mahmud, Madrasah Asy-Syadziliyah Al-Haditsah wa Imamuha Syekh Abu Hasan Asy-Syadzili.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap