Pages - Menu

Selasa, 11 Disember 2018

ingat Allah, Allah ingat

Apabila seseorang dekat kepada Allah, maka malaikat-malaikat-Nya akan diberi tugas mengawasinya setiap saat. Jika dia tidur, mereka akan duduk di arah kepalanya dan di arah kakinya; mereka menjaganya baik di depannya mahupun di belakangnya.

Syaitan mungkin akan mencuba untuk menggodanya, tetapi dia tidak akan merasakan kedekatannya, sebab dia tidur dalam penjagaan Allah, dan dalam penjagaan-Nya dia akhirnya akan terjaga kembali. Apakah dia bergerak ataukah diam, dia selalu dalam penjagaan Allah Yang Maha Tinggi.

Ya Allah, jagalah kami daripada semua keadaan, dan: Berilah kami kebaikan di dunia ini, dan kebaikan di akhirat juga, dan jagalah kami daripada siksa neraka!"
- (QS 2:201).

-- Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Jala Al-Khawathir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap