Pages - Menu

Selasa, 31 Julai 2018

terantuk tapi buat dek

hamblum minallah
pasak pada tiang solat
biar kukuh biar teguh
tidak rongoh tidak hogoh
melayu itu islam pautnya

hablum minan nas
resak pada sendi silaturrahim 
dek pembetong air bulat
dek muafakat manusia bulat
melayu itu adat genggamnya

kalau melayu tak sepakat
kalau melayu tak kuat 
kita dikerat-kerat
kalau melayu tak cermat
kita disiat-siat
kalau melayu tak cekat
kita dihambat-hambat


melayu dah terantuk
masih tak tengadah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap