Pages - Menu

Jumaat, 17 Jun 2011

prakhutbah jemaat

jika ada kesempatan, baca le buku tulisan dr. maurice bucaile, bible, al-quran & sains moden. sangat bagus untuk kita menerobos mukjizat al-quran...


"hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang" (maksud surah al-infithar: 6-8)

"hai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi maka tembusilah, dan kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan (sedang kamu tidak punya kekuatan)" (maksud surah ar-rahman: 33)

salah satu daripada hipotesis ayat ini, bahawa manusia bule menakluki bukan sahaja penjuru angkasa malah ke dalam perut bumi jua.

"dan jika Kami bukakan kepada mereka salah satu daripada (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus-menerus naik ke atasnya, tentulah mereka berkata, "sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kamilah orang-orang yang kena sihir" (maksud surah al-hijr: 14-15)

ayat ni menerangkan kehairanan yang akan dilalui oleh kafir quraiys jika Allah bukakan pintu langit. tapi penggunaan kalimah 'lau' (jika) menunjukkan keadaan itu takan berlaku pada mereka sebaliknya pada orang lain khususnya angkasawan yang ada pada abad ini...

"dan Dia telah menundukkan pula bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya) dan telah menundukkan bagimu malam dan siang" (maksud surah ibrahim: 33)

adanya peraturan-peraturan yang dipatuhi oleh cakrawala ini menunjukkan ada suatu kuasa maha hebat yang mencipta dan menguasainya, itulah Allah Maha Agung lagi Maha Perkasa. Maha Suci Allah, tidaklah Engkau jadikan hal ini dengan sia-sia...

26 ulasan:

  1. baby ini ke menyebabkan cemomoi tak cukup tgn di buatnya...comel....

    BalasPadam
  2. Tu gmbr baby yg baru ye???? Mcm Ada jaundice skit ye....

    BalasPadam
  3. salam cemomoi,

    itu gambar baby kah..
    comel dan putih melepak dia :)

    BalasPadam
  4. Salam Jumaat.
    Terimakasih berpesan-pesan.

    Solat Jumaat di mana hari ini?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah berkat kurniaan Allah dan Abang Long, Angah, uda semua juga mendapat baby. Tinggal kamu semua kena jaga abah dan umi bila besar nanti kerana peraturan Allah sangat cantik sebagimana yg abah kamu tulis dlm N3 ini.

    p/s: macam dah 2 bulan kulit dah licin tak kedut. Cepat besar ye adik kalian. Auntie terpikat...

    BalasPadam
  6. terima kasih sudi kongsi ilmu...

    BalasPadam
  7. comelnya...trime kasih tuan atas entri yang mengingatkan kami ini

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum cemomoi

    Tahniah sekali lagi atas kurnianNya.

    Sekadar menambah:

    Allah berfirman dalam surah al-Hasyr [59] ayat 24

    هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

    Bermaksud:

    "Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Maha Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Maha Memberi Rupa Bentuk (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

    Allah berfirman dalam surah Al-A'la:

    ٱلَّذِى خَلَقَ فَسَوَّىٰ

    "Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya". (Al-A'la [87] : 2)

    BalasPadam
  9. Sallam cemomoi,

    Terima kasih diatas pra khutbah ini,
    Bayi cemomoi tu comel sungguh..

    BalasPadam
  10. tak faham penerangan yg ni :
    dan jika Kami bukakan kepada mereka salah satu daripada (pintu-pintu) langit, lalu mereka terus-menerus naik ke atasnya, tentulah mereka berkata, "sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kamilah orang-orang yang kena sihir" (maksud surah al-hijr: 14-15)

    BalasPadam
  11. Tahnioh sahabat...
    Comei anok tuu....b/w kelam kabut sikit nih...nak cover tuk 2 ari...:)
    #Mlm ni nk gi kedah, kawan kawen...:)

    BalasPadam
  12. salam..
    saya pernah membaca buku tulisan
    Dr Murice tersebut..memang banyak perkara boleh belajar sebagai perbandingan agama..entah kemana
    pulak letak buku tu..bila terbaca entri ni baru teringat nak sambung baca..

    BalasPadam
  13. "oh yer,itu gambar baby baru ker..kiut nyer...tgk gambar baby serius rasa mcm nak tambah sorang lg..tp tk nak ngandung...tp siapa lah nak bagi baby diorang kt kita kan...kalau kita pun..."

    BalasPadam
  14. terima kasih berpesan2 cemomoi.

    comelnye baby ni. fisha amat sukakan baby.

    moga menjadi anak yg soleh/solehan. amiin..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...

    Tahniah atas kurniaan baby..alhamdulillah

    BalasPadam
  16. Selamat hari Bapa.....dengan bayi baru ya!

    BalasPadam
  17. cemomoi,

    n3 hebat..Allah Maha Agung..jgn disia-siakan anugerah dariNYA.

    new born baby..suci sukaa sgt

    BalasPadam
  18. festaim dengar nama dr tu..



    *anak bongsu ke ? comel.

    BalasPadam
  19. comel sungguh ahli syurga.. :).. cer cium, sure bau syurga .. :)

    BalasPadam
  20. tq info sume itu adalah untuk kita merasa kehambaan menyedari diatas kehebatan ketuhanan

    BalasPadam
  21. assalamualaikum:

    munna: tak aih... sibbaek dia tak banyak ragam... alhamdulillah paknya lena ja tidoq

    ajumohit: yaps! dah ulang alik ke spital, alhamdulillah dah selamat dari jadik keturunan raja kuning

    Ati Masrif: tu le budaknya... sibbaik dia penyelamat kepada abangnya yang no. 4 sebab rupa sama... dulu ingatkan kot tertukar baby mana tah!

    kak azieazah: berpesan-pesan untuk kebaikan bersama

    Kakzakie: harap abang-abang yang lain tu memahami pengorbanan ibu dan bapaknya...

    suri solehah: moga beri manfaat untuk kita semua

    sahromnasrudin: eee... saling mengingatkan akan memberi manfaat sesama muslim

    Miecyber: kehebatannya akan tinggal begitu saja jika tak kita gali...

    kak werdah: tima kasih atas tambahan info... yang jelas Allah cabar sekalian makhluk untuk mencari mana kekurangan atas ciptaan-Nya yang penuh dengan keseimbangan tu...

    kak LIPISLADY: alhamdulillah atas kurniaan Ilahi, moga akhlaknya juga kelak akan lebih cumel lagi

    maCy: dorang kata nabi ni ahli sihir, bila bacakan ayat al-Quran seolah-olah semua kena sihir dek terpesona dengan keindahan bahasanya (zaman tu puisi sangat tinggi kedudukannya) jadi kalaupun langit ini dapat diterokai pada zaman tu nescaya dorang tetap akan berkata perkara yang sama. itulah contoh kesombongan manusia. dan barangkali atas sebab itu le peluang tersebut Allah berikan kepada manusia pada abad ini untuk memikirkan ciptaan Allah yang Maha Agung. wallahu a'lam.

    Yastro: alhamdulillah... takpe setelkan tugasan pelan-pelan dan berhati-hati dalam perjalanan. moga selamat dan selesai segala urusan dengan jayanya

    NICK IRFAN: moga beri faedah bersama pada semua

    zulkbo: cuma kritikanya terhadap hadis sahih kena beri perhatian dan kita patut juga membuat sesuatu untuk mempertahankanya

    Piasara: heee tambah, tambah jangan malu-malu... berikan khabar gembira buat rasulullah s.a.w

    fisha: amiin!! nak tolong jagakan si kenit ni? mehhhhh insyaallah tak banyak songel la buat masa ni
    18 Jun, 2011 00:46

    ZORA: harap dapat membantu menambahkan kecintaan pada al-Quran

    Abd Razak: alhamdulillah dan terima kasih

    ckLah: tima kasih... tengah usaha berganda jadik bapak ni pada saat yang getir ni... cewah!

    anitaare: pemberian hebat daripada Allah ni pon antara yang sangat digilai manusia... moga dia membesar sebagai insan soleh

    azrina: gugel kat wikipedia pon bule

    harapnya ni le bongsu terakhir...

    Anaa: dan semoga dia dan kita semua akan jadik ahli syurga juga

    S..U..D..@..I..S: semoga Allah memperkukuhkan lagi iman dan taqwa kita kepada-Nya

    BalasPadam
  22. Assalam...

    Tomeinyer baby baru tuuuu...

    Subhanallah..semoga kita semua menjadi hamba yg bersyukur..

    Kat MPH ade dok jual buku ter?

    BalasPadam
  23. cik shinju: alhamdulillah moga akhlaknya juga comel nanti

    koi pon tak brani nok kabo sebab buku ni dah lama dah koi beli, takut takde cetakan baru je

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap