Pages - Menu

Khamis, 9 Jun 2011

pompuan? heee yang penting sihat dan sempurna!

semalam penat ngemas rumah, ari ni nak ngibas blog! uiks, nampak beno lama ngat cuti berblog...

*******

hadis yang diriwayatkan oleh ibnu majah dari syaidatina aisyah r.ha, bahawa rasulullah s.a.w. bersabda: “nikah adalah sunnahku. barangsiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka dia bukanlah termasuk dalam golonganku. bernikahlah kalian. sebab sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya jumlah kalian di hadapan umat-umat lain pada hari kiamat nanti.”

3.00 pagi tadi kat laman spital, minah guard yang jaga kat pintu tu minta aku alihkan keta kat parkir. aku mintak izin kejap je untuk tak mau tinggalkan dorang dalam keta. dia bertanya, "anak-anak ke semua tu? brapa orang?" matanya terarah dalam keta myvi.

"aa'ah" kataku sambil menambah, "lima orang..." dia pon terdiam tak ada lagi sebarang perbualan selepas itu...

satu kegembiraan pada rasulullah s.a.w ialah banyaknya umat baginda kelak. membilang dengan jari, dah cukup seblah tangan rupanya jumlah anak-anak aku. tapi kalu nak pikul keranda, balancing lari plak. alhamdulillah di kala subuh bertandang tadi, ada insan baru juga datang dalam kluarga kitorang. ahlan yabunayya... lelaki lagi!

walopon rasulullah s.a.w. gembira dengan jumlah yang ramai tapi baginda juga mengingatkan:

"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" seorang sahabat bertanya, "adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" nabi menjawab, "tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." sahabat-sahabat bertanya, "apakah itu wahan?" nabi bersabda, "cintakan dunia dan takutkan mati" (Hadis Riwayat Abu Daud)

haaa... yang tu memang aku risau... sebab orang islam ni makin teruk nampaknya. ketika masyarakat eropah berlumba-lumba nak tau tentang islam, kita pulak berebut-rebut melupakan agama. na'uzubillah! moga anak-anak aku menjadi anak-anak yang soleh - qurrata a'yun

pssst: gambo anak takde lagi... gambo yang ada tu nak crita betapa kelabu asapnya manusia

32 ulasan:

  1. Salam...
    Saya pun dah lama bercuti di blog sendiri. Tapi, terlepas juga melancong ke blog cemomoi ni...


    ...sedih kan tengok ummah kita mutakhir ini. Tak payah pegi jauh, di Malaysia ini saja. Eleman hiburan dijadikan perkara utama dalam kehidupan....

    Ya, semoga anak-anak kita akan tedidik dan mudahmenerima didikan untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

    BalasPadam
  2. Masalah besor skg nie ramai yang suka kahwin aje... tak suka nikah sudahnya punah juga islam kita :(

    BalasPadam
  3. salam..lama tak singgah sini..

    tahniah..sebab dah dapat 5.
    :)
    semoga menjadi aset kita kelak.

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat baby baru...
    Alhamdulillah...lelaki jugak yer..
    sok2 dapat la ppuan pulak..heheh

    BalasPadam
  5. thniah bertambah umat islam
    semoga menjadi anak yang soleh2

    BalasPadam
  6. salam..dapat rezeki lagi rupanya,
    Alhamdulillah.. waah, manyak lamai wor.. haha... memang takut mengenangkan zaman yang bakal dilalui oleh anak2 kita nanti, tapi nak buat macam mana... kita mak bapak, didik aje lah bagi molek kan, disamping tak putus2 dengan doa moga mereka sentiasa terpelihara.. amiinn...

    BalasPadam
  7. selamat kembali dan moga begitulah harapan kita kepada anak2...

    BalasPadam
  8. salam,

    baru tau ni..
    rupanya dah dapat org baru ye
    sama macam blogger daddy ziyyad

    alhamdulillah...tahniah!

    BalasPadam
  9. lima orang kira ok juga.. mungkin boleh nambah lagi.

    BalasPadam
  10. salam..
    saya ni baru 3 je
    yang lelaki sorang je
    nak kena tambah juga
    nih..rezeki belum ada..
    apa kata tambah "ibu"
    goner..?he he..

    BalasPadam
  11. moga macy pn jadi anak soleh dan anak2 macy nati pn soleh juga..

    BalasPadam
  12. salam..

    sy lagi lame cuti berbelog..huhu..x menyempat,

    tahniah utk en cemomoi dan isteri sebab dah bertambah cahaya mata, semua lelaki..alhamdulillah :) semoga smua membesar dgn sihat n jadi anak yg soleh buat ayah n ibu :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...

    Tugas kita mendidik anak-anak kita agar mereka membawa Islam tertegak seperti di zaman Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  14. fisha pun bercuti lama sgt. sibuk ngemas rumah hari2.. pastu tgh2 cuti ni, pas subuh salu tido balik. kdg2 terlajak subuh. ape nak jadi. haish..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah dpt baby lagi....mmg pun, yg paling penting nk mendidik anak2 ni...menjaga mungkin mudah tp mendidik perlu kesbrn yg tggi...

    Tahniah ye...

    BalasPadam
  16. Orang Eropah dapat hidayah setelah mereka mengkaji dan menggali Al Quran , dan kita yang telah Islam tidak berusaha mengkaji walaupun kita terlebih dahulu bertauhidkan Islam.

    Kesan Malaria melalui hand phone
    Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan...
    Bangladesh VS Vietnam

    BalasPadam
  17. Alahai kakak tertinggal.... Bestnya dapat tambah waris lagi. Tahniah dari kakak. Syukur alhamdulillah. Rezeki org tak sama. Beruntunglah cemomoi Allah beri rezeki ramai. Kakak dulu angan-angan tinggi kalau boleh nak 6 juga dapat separuh jadilah.

    Bujang semua ye cemomoi. Hehehe mesti nak kemas rumah kenalah berkali-kali....

    BalasPadam
  18. setujuuuuuuuu!

    didik anak2 betu|2, mga |urus iman dan akidahnya,,

    BalasPadam
  19. Tahniah Cemomoi...dah 6 yekk..
    koi ni takat 3 [+1} je laa..org umah dh ikat sbb semua nak keluor ikut tingkap jerrr...:(

    BalasPadam
  20. kena bina baitul muslim..
    before that, individu muslim tu yang penting..
    owh..~~~

    BalasPadam
  21. Assalamu'alaikum cemomoi

    Alhamdulillah tambah lagi satu. Semoga semuanya menjadi penyejuk mata ayahbonda. Amiin

    BalasPadam
  22. tahniah!!! tuan cemomoi dpt baby baru..bertambah meriah ahli keluarga kan

    BalasPadam
  23. Sallam cemomoi,

    Tahniah, yang ke enam tu ye..

    tahniahlah, semuga menjadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  24. sama-sama kita ambil iktibar.

    0.01

    BalasPadam
  25. Antara kualiti dan kuantiti. Kedua-duanya diperlukan untuk menobatkan islam.

    BalasPadam
  26. tahniah dpt baby baru,,,, koi dah cukup 4 hero te hrp jadi anak soleh belake begitu juga doa kepada anakanda aok seme menjadi insan soleh dan solehah.

    BalasPadam
  27. salam
    sila tambah lagi bilangan anak... kalau rasa lambat sangat nak menambah..tambah saja bini...err cadangan tu

    BalasPadam
  28. terbaru saya baru baca sebanyak 686 orang mintak nak keluar islam pada tahun lepas. erm gerun

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap