Pages - Menu

Jumaat, 27 Mei 2011

romantis di penghujung

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerana kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (maksud surah Al- An'am : 93).

aku tak pnah berhadapan dengan orang yang nazak, walopon pnah bacakan yassin pada orang yang sakit tenat, tapi bila menghayati kisah tu, terkesima dan menusuk kalbu.

(harta yang kita kumpul ni akan direbut oleh orang lain satu masa kelak)

ni versi lebih touching untuk n3 seblom ni.

...

ketika itu hanya mereka berdua sahaja saling berhadapan lewat keheningan malam.

"tak percaya, awak tengok sekejap lagi. awak jangan la ke mana-mana..."

"saya mintak maap, saya memang banyak buat dosa dengan awak, marah-marah awak..." isterinya pun dalam sayu ikut sama mintak maap.

"saya dah nak mati ni, awak tolong la bacakan fatihah banyak-banyak..."

si isteri tak tau nak buat apa dah, dia hanya mengajar mengucap pada suaminya yang sedang nazak. bila roh sedang ditarik perlahan-lahan, dia sempat belek tubuh suaminya. kaki dah sejuk, kuku dah mula biru dan kulit seperti melekit. dia sayu melihat suaminya menanti habisnya sakaratul maut. pada saat roh yang tinggal separuh itu, dia melihat suaminya seperti orang yang berhenti kepenatan. peluh kecil mula tumbuh di dahi dan semakin banyak. sehinggalah suaminya menghembuskan nafas terakhir, dia lihat di belakang suaminya sangat banyak peluh keluar.

(perabot yang bakal kita bawak hanyalah papan lahad je)

psst: untuk crita kali keduanya aku dengar, petanda orang yang nak pergi mengadap Ilahi, lebih kurang seminggu seblom kematiannya dia mula memanggil-manggil ibunya. kedua-dua kes ini, dorang seperti nampak ibunya datang.

22 ulasan:

  1. Seharusnya khutbah jumaat selalu diulang-ulang bab-bab seperti ini. Kakak gerun juga tapi suka membaca N3 begini.

    Macamana agaknya diri kakak waktu menghadapi sakratulmaut. Allah.....

    BalasPadam
  2. Subhanallah..insafnya

    cukup ke amalan yg telah kita lakukan?
    Ya Allah berikanlah aku kesempatan lagi untuk bertaubat padaMu..

    terimakasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  3. seramnya.

    kena selalu minta maaf pada che abe lepas ni. Mana tau ada perbuatan kita yang dia tak berkenan tapi tak cakap.

    BalasPadam
  4. takut.. ajal saye nanti macam mane pulak agaknya. :(

    BalasPadam
  5. assalamualaikum

    dikala ini petandanya kita mesti minta ampun dr ibu kan

    BalasPadam
  6. Assalamu'alaikum

    Masa kita tak tahu lagi bagaimana ya! harapan semoga diberikan kesudahan yang baik kan..

    BalasPadam
  7. SALAM..
    agar kita mendapat pengajaran
    dari kisah ini..yang nyata mati itu pasti..bersedialah..harta hanya daki dunia..

    BalasPadam
  8. Setiap yang bernyawa pasti mati...

    BalasPadam
  9. Entry yg sangat menginsafkan..

    Moga kita semua tergolong dalam golongan yg beriman..



    Tolong Vote "Ada hadiah buat korang…"

    BalasPadam
  10. selalu bayangkan saat begini!

    BalasPadam
  11. hmm. skali2 bace entri mcm ni insaf lah. :(

    selalu mintak maaf ngan abah time raye je huhu

    BalasPadam
  12. aduyai tiap kali baca cerita2 camni mesti meremang bulu tengkuk wo...!

    BalasPadam
  13. Teringat kat khutbah jumaat tadi jugak....
    "Dalam dunia tiada satu perkara pun yang pasti....kecuali satu...."

    BalasPadam
  14. salam,

    terima kasih cemomoi
    buat n3 yang byk memberi kesedaran
    mmg rasa insaf bila mengingati kematian ni

    BalasPadam
  15. saya tak boleh nak bace yassin kat orang nazak..daripada jauh boleh..kalau depan nati rasa hiba..huhu

    BalasPadam
  16. AS-salam tuan Cemomoi..

    Teringat arwah ibu mertua sehari sebelum pemergiannya, selama dua bulan kami pulang ke tanah air, sebutir suara tidak kedengaran dari mulutnya, namun pada malam itu beliau cuba bercakap dengan kami namun bahsanya amat sukar difahami... Al-Fatihah buat yang tiada..

    BalasPadam
  17. takut mmbacanya tp tulis lah lg...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum...

    Ulama mengatakan saat sakaratul maut seseorang itu berpeluh di dahinya tanda matinya dalam keadaan baik. Kita semua mengharapkan kesudahan yang baik.

    BalasPadam
  19. elok dikongsi sebagai muhasabah diri- baca jgn x baca

    BalasPadam
  20. assalamualaikum:

    sebaik-baiknya nak tido tu kena fikir-fikir kat sapa kita buat dosa hari ni. kalo dah selesai dosa kita sesama manusia, mudah-mudahan Allah akan ampunkan dosa kita. semoga kita semua mendapat husnul khatimah, aminnnn!

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap