Pages - Menu

Selasa, 10 Mei 2011

n3 tak tau nak komen apa dah?

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

.....

sebab kita kununnya bangsa lemah-lembut (mudah dipujuk)?
sebab kita kununnya bangsa bertolak-ansur (ditolak dan beransur)?
sebab kita kununnya bangsa bole kongsi apa aje (nama tuhan pon)?
sebab itu semua orang dah nak tunjuk taring?

21 ulasan:

  1. Masih lagi ramai yg angguk-angguk tu yg kakak heran. Tak boleh terbuka sedikit minda.

    Tak kan nak tunggu musibah besar melanda. Banyak yg Allah dah tunjuk buat tak nampak je....:(

    BalasPadam
  2. ni dah jadi isu besar kalau dah babitkan hal agama..hmm..

    BalasPadam
  3. mmg tak tau nak komen n3 ni... semoga negara kita dilindungi Allah ...

    BalasPadam
  4. salam..
    ermmm..tiada dalam perlembagaan ke?
    tak mungkin..?rasanya ada dan boleh di pinda jika majoriti 2 per 3 di parlimen..maka bersatu hatilah wahai MP islam semua, jamgan berpolitik ,agama tergadai satu hari nanti.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    Allahu Akhbar, selama ini kita asyik bertelingkah dalam soal politik. Soal agama dan aqidah jarang disentuh

    BalasPadam
  6. Terigat peribahasa bila kucing tak ada gigi, tikus pun menari-nari perlukah kita menabur racun tikus ?

    BalasPadam
  7. oh yeke federal constitution xade ckp yang agama islam agama rasmi? tapi YDPA ada kuasa untuk tidak menerima PM masa perlantikkan. entah lah xsama rupanya apa yang belajar. hehe

    BalasPadam
  8. inilah yang paling merisaukan. kita sepatutnya bersatu pertahankan agama. tapi, masih ada yang mengikut telunjuk kafir. sedangkan sudah jelas lagi terang terangan kita ni ditindas.

    BalasPadam
  9. Sallam,

    Takut jadi menang sorak,
    kampung tergadai.
    Dah ada tanda2 kebenaran kata-kata
    orang tua dulu2. teringat kata2 aki
    pawang nong dan aki seman gagah.
    Satu hari Malaysia tercinta akan bergolak bukan kerana pilitik, tapi kerana Ugama.Wallahualam, semuga Allah lindungi umat Islam dan Ugama kita tercinta.

    BalasPadam
  10. mcm2 hal skrg ni..mintak dijauhkanlah dari sebarang pertelingkahan yang tak diingini

    BalasPadam
  11. Memang ya..Islam adalah agama persekutuan bukan agama Rasmi..

    Untuk pinda urusan berkaitan agama Islam, bukan sahaja kelulusan 2/3 dari semua ahli parlimen di Malaysia ( maknanya kesemua 222 ahli parlimen perlu hadir bukan 100 orang sahaja)

    ia perlu dibawa ke majlis raja-raja yakni 9 raja melayu...hakikatnya, Islam terpelihara kerana ia adalah urusan raja-raja melayu...setakat pindaan 2/3 tak bawa apa-apa kesan....

    BalasPadam
  12. salam,

    bab-bab macam gini
    gomen dan yg berkenaan kenalah
    bertegas ...jangan lembut lembik lagi

    jangan peristiwa lama berulang kembali!!

    dah lah cuaca hangat...
    tambah hangat pulak :(

    BalasPadam
  13. Pendapat majlis peguam ni amat melampau.
    Tapi dlm masa yg sama tindakan utusan malaysia yg hnaya memetik penulisan blogger lalu dimuatkan dlm akhbar sebagai bahan pelaris juga amat tidak wajar. sepattunya disiasat terlebih dahulu dan bukannya pakai muat sahaja sebab ini adalah isu sensitif.

    Siasatan hdklh dilakkan, jika benar ambil tindakan terhadap pihak DAP, tapi jika salah tangkap dan ISAkan blogger dan wartawan utusan ma;alysia.

    BalasPadam
  14. Assalamu'alaikum cemomoi

    kakpun tak tau nak komen apa dah.. pada pandangan kak lah jika ada kuasa di tangan gunalah ke arah yang betul..

    BalasPadam
  15. jangan gugat keamanan yang ada sekarang. risau jika terjadinya perbalahan.

    BalasPadam
  16. kena keras sikit~~ tapi tak keras. haih

    BalasPadam
  17. agama suma owg taw pndg enteng ja. benci.

    hurmm

    BalasPadam
  18. assalamualaikum:

    Kakzakie: Allah janji jika kita makin jauh dengan agama, nanti Allah gantikan dengan suatu bangsa lain pulak

    rossa alina: kita aje yang dilarang perbesarkan...

    cik nurussalwa: dan juga menakutkan!

    munna: jangan sampai jadik cam bosnia pulak nanti

    zulkbo: nak ajak pinda mungkin tak susah tapi tentangan pasti hebat, kan?

    Abd Razak: kita lupa soal agama dan banyak juga yang buat-buat lupa...

    akuanakpahang: tabur jangan tak taburrrr

    cik sakdi: ramai yang buta undang-undang cuma dok sambung apa yang salah, kita pon hengat betui dah...

    genit: malang pak kaduk nampaknya kita nih!

    Miecyber: harapnya begitu le

    LIPISLADY: kalo dah huru-hara sok, sapa la yang ada warisi ilmu pawang nong ter?

    ajumohit: nikmat keamanan dan ketakutan akan Allah cabut bila kita lupakan agama

    sahromnasrudin: harap ramei le yang jadik raja cam sultan kelantan sekarang nih

    Ati Masrif: nak harapkan gomen susah juga. deme memikir naik rega aje

    shameel Iskandar: ada udang sebalik batu, ada perangkap yang menunggu...

    maCy: buat-buat keras aje...

    zaty luvlianncezzz: sebab tak dapat duit selepuk!

    BalasPadam
  19. Adoiila, awatla leh jd cmni, ari tu kata temaktub dlm Perlembagaan Islam agama rasmi.. :)
    Harap2 pihak krajaan tegas dlm hal nie

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap