Pages - Menu

Selasa, 8 Mac 2011

kota kata

masih dalam mood berseminar ni. hari ni ada lawatan ke melaka... tayah g le kot

...

satu ketika aku pnah ditegur oleh sorang awek opis mana ntah, "jangan asik insyaallah je..." bila dia tanya aku bole ke dak...? (datang/apa-apa le, dah lupa berjanji untuk apa...)

panas gak ati bila disindir cenggitu. aku tau, itu le kelemahan orang melayu, bila berjanji mesti paling tidak lewat setengah jam dari masa yang dijanjikan. lepas tu guna pulak alasan 'insyaallah' tu sebagai benteng kalu tak datang, kununnya "saya tak janji dengan pasti."

pada awek tu aku pon cakap le, "takde perkataan terbaik bagi sorang muslim bila dia berjanji mesti berkata insyaallah..." muslim ye, bukan melayu. nabi s.a.w juga ditegur oleh Allah dalam hal ni... kita pulak dok marah kat orang yang ber'insyallah'... sama ada dia tak paham tentang penggunaan istilah tu atau dikelirukan oleh sifat 'janji melayu' ni tak tau le aku... jadik, seeloknya jangan le kita pulak yang mencemarkan imej agama islam yea

hemm... di awal berblogging dulu sering pulak aku jumpa OMG. dek kerana baru berjinak-jinak, aku pon tak brapa nak paham menatang apa tu. dua tiga kali baca, baru le dapat teka.. oooo 'oh my god!' rupanya. geli-geleman juga aku menyebutnya. pakar bahasa melayu kata, orang cam aku ni bila campur-adukkan bahasa, akan rasa ada proud kunun orang tengok bole berbahasa inggeris... heee iyo la tu.

dalam hal OMG ni pulak, dari sudut psikologi agama camana pulak? terjemahan langsung memang takde apa sangat. 'ya tuhanku', rasanya tak membawa feeling pada orang melayu. sebab orang melayu besanya akan sebut "yaaa Allahhhh!". jadi apa konotasi antara 'OMG' dengan 'ya Allah'? paling mudah, bila sebut 'ya Allah!' kita dah pon berzikir dan mengingati Allah, pahala pon bule dapat, hek? wallahu a'lam

30 ulasan:

  1. awak ditag & dicuit...

    http://noremyrahmat.blogspot.com/2011/03/contest-1st-giveaway-contest-alin.html

    BalasPadam
  2. Betullah, ada beberapa prasa yang diambil mudah oleh setengah2 orang.

    Sebenarnya jika diperhalusi, banyak betul kesilapan yang kita buat dalam tulisan kita, kan?

    Sama-sama saling menegur selagi boleh.

    Hari Wanita Sedunia ke-100: Aku Bangga Bermula Sebagai “Nor”...

    BalasPadam
  3. entri yang berisi.

    saya pernah kata InsyaAllah pada seorang kawan yang jemput saya ke rumahnya kerana saya memang nak pergi. kalau saya memang tak mahu pergi saya kata 'tak dapek .. sobab se kono poi jopun' misalnya.

    bila saya sampai tuan rumah heran .. 'ingatkan tak nak datang, sebab cakap InsyaAllah' katanya.

    pulak dah !

    BalasPadam
  4. Boleh aje sebut insyaallah itu akan tetapi kena berusaha utk memebuat dan menunaikannya.. kalau tak lepas kabor aje terus terang tak dapat weh... senang citer :)

    BalasPadam
  5. as salam cemomoi,

    selalu juga kita tgk
    ramai tulis lagu tu..OMG..OMG
    tahu sgt maksudnya..tak kuasa den ah..

    Ya..Allah ..kan lebih baik..dpt gak pahala..

    lawak pengantin tu..
    muda2 dah pakai gigi palsu..muahaha

    BalasPadam
  6. Kakak kata kat kawan non muslim "If my Allah wish" mereka pun faham tau. Kena hormat Islam kalau nak invest kat negara kita. Bukan prejudis tapi itulah kakak.

    BalasPadam
  7. kalau diizinkan . . .kalau tak nak buat mcm mana . tapi kalau dah janji tepati la .org yg mungkir janji munafik ou . .:D

    BalasPadam
  8. Boleh,InsyaALLAH...
    InsyaALLAH,x leh janji..

    BalasPadam
  9. Assalamu'alaikum cemomoi

    Alhamdulillah n masyaAllah, kita faham akan 'insyaAllah'. Mudah2an kita amalkannya.. Ustaz Karimanpun tegur bab OMG ni.. takyah lah kan ALLAH tu indah, cantik,dan sempurna jadi bangsa apapun sebutlah ALLAH..

    Giginya g ke mana?

    BalasPadam
  10. Insyaalah..

    mudaha-mudahan kita dipermudahkan untuk menyebut perkataan yang orang faham maksudnya

    BalasPadam
  11. Andainya kita mengatakan " tak dapat"....takut kecik pulak hati orgh yang mengundang tu...

    BalasPadam
  12. kelakor tengok video tu! malu tul kena gtu yak!

    BalasPadam
  13. salam wehh..
    OMG tu orang jews salalu gunakan
    untuk "oh my guz"..orang kita sebut Allah je lah..lagi baik dan afdal

    BalasPadam
  14. Insyallah.. dan kena berusaha ke arah itu.

    BalasPadam
  15. InsyaAllah, semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri. Selamat datang ke Kuching

    BalasPadam
  16. InsyaAllah boleh... sama-sama kita berubah. Bukannya InsyaAllah tidak boleh.

    Sedap lagu InsyaAllah .. Maher Zain

    BalasPadam
  17. boleh ke insyaAllah buat lagu mcm Maher Zain heheheee

    BalasPadam
  18. insyaAllah.. usahakan sampai berjaya.. jgn insyaAllah di mulut jer..

    BalasPadam
  19. setuju kalau guna ya Allahkan..OMG tu rasa lebih kepada sebutan semata.

    BalasPadam
  20. sebut insyaallah tapi hajat dalam hati memang tak nak buat pun. pernah terjadi.

    BalasPadam
  21. sama la sy pun selalu gna isyallah mne ada perkataan lain dah nk guna... hehe

    BalasPadam
  22. itulah... dalam masyarakat melayu amnya... bile kita sebut InsyaAllah.. mulalah persepsi dorg, alaaa x nk dtg laa tuu... haihh.. padahal kita harus senantiasa bersandarkan pada Allah.. ini seolah2 InsyaAllah bagi mereka menjurus kepada xnak datang...hmmm ntahlaa..

    * sis, u are in my bloglist ( blogs i read)* like this entry!!

    BalasPadam
  23. ops! pedih gak ek kata2 tu... tapi byk yg btl pun kan... :)

    BalasPadam
  24. OMA = Oh Mak Ai...

    tu sape pulak kawin tu...main cabut2 gigila pulak...

    BalasPadam
  25. betul tu...
    kita kadang kadanga salah guna perkataan tu..
    dan kadang kadang kita dah lekat dengan janji melayu...
    pilih mana satu..

    last..kita mudah sangat terpengaruh dengan benda benda dari luar..nak nampak kelas la..apa la...
    yang ni peun kena pilih.
    nak kelas ke nak pahala.

    BalasPadam
  26. klau yg OMG tu bse byk terpengaruh ngn movie n kwn2..kononnye maerika..kiwi pn kdg2 tersebut gk..huhu..cube berubah

    BalasPadam
  27. kenapa kita perlu kata insyaAllah??kenapa???
    sebabnya..kita hanya merancng..allah yg menetukanya...kalaulah..kita janji mcm mane pon..tapi kita xdtg...itu xdinamakan munafik ke??
    betul kan???
    kita perlukan pendedahan dlm ilmu...kerana ilmu itu luas...

    BalasPadam
  28. lebih baik insyaALLAH dari jadi munafik... tak biasa guna perkataan OMG... tak best lalu menyebutnya

    BalasPadam
  29. as salam cemomoi,

    buat apa di sabah?

    ada seminar juga ke...

    leh shopping kek lapis byk2

    BalasPadam
  30. assalamualaikum:

    noremy: uii tima kasih... adoyai bertambah hutang ni


    kak azieazah: tima kasih bagi yang bersedia terima dan mintak maaf bagi yang tersensitif

    abg al-alvendari: heh, keliru juga tuan rumahnya

    akuanakpahang: betui sangat ter

    Ati Masrif: pengantin tak kesah pon cuma paderi tu je melatah OMG

    Kakzakie: terjemahan
    bole le kot, cuma kalimah insyaallah tu disebut secara khusus dalam al-quran betapa pentingnya sorang muslim menyebutnya

    mida midot: dah sampai masa kot janji melayu diperbetulkan

    Cik SHiNJU: insyaallah...

    kak Werdah: masyaallah hilang gigi, isyaallah akan diganti le tu kot... eh mat saleh tu kafir takan nak sebut kalimah tu... jadi kita le yang patut gunakan, buat pe plak ikut dorang

    ikan emas: kita kena tunjukkan yang sebenarnya takde kaitan dengan janji melayu

    Cikgu Jang: gone ke pulak memang tak dapat...

    CekWa:mujur dah lepas ye.. haru kenduri dibuatnya

    zulkbo: pelik juga kita ni kta musuh ketnya ngikut juga

    endiem: mudah-mudahan dipermudahkan Allah segala urusan kita

    ummiross: aminnn!

    Mohamad: nyanyi sampai melekat di hati

    sahromnasrudin: bio le ustaz yang bagi hukumnya koi tak reti

    mrs Gee: koi ambil ingatan juga

    suri solehah: tak menusuk kalbu pon

    Hisyam: hemmm jangan buat dahhh

    NICK IRFAN: kenapa malu nak guna sesuatu yang berunsur agama... kita macam rendah diri pulak heran tul

    n@jwamz: saling mengingatkan... tima kasih bebanyak atas penghargaan tu

    Dhia Delisha: cakap bia terang kata p.ramlee

    Sham: yang tu baru betui melayu

    jangan kawin cam tu yeh

    si para para: orang islam dah malu alah gamaknya bila nampak cam islamik

    kiwi: tak mboh jadik amreka pon kalu kita ikut deme tu

    Farhan Zulhusmi: tul tu.. moga kita terjauh dari sifat munaf

    munna: heh, tak omputih pon

    Ati Masrif: gomen bagi peluang berjalan sambil buat koje... kek lapis dah berlapis-lapis reganya..

    BalasPadam

sesekali dengo orang ngumpat kita elok juga, tau le kita akan kelemahan kita yang kawan-kawan mungkin segan nak cakap