"mereka (pengkritik Muhammad s.a.w @ oreantalis) tidak boleh melihat bahawa satu-satunya pedang muhammad s.a.w. ialah pedang kemurahan hati, petunjuk, persahabatan, kemahuan untuk memaafkan. inilah pedang yang menakluki musuh-musuhnya dan membersihkan hati mereka. pedangnya lebih tajam daripada pedang besi" - Pandit Gyandandra DevSharma Shastri.

korang besa jadik bos? pnah tak kita salah dalam membuat keputusan kendian mintak maaf pada staf? kalu pnah blasah orang, suruh orang tu blasah balik kita kerana kita nak mintak maaf. sapa brani buat gitu dan sapa pulak brani lempang bos? (sila angkat tangan walopon aku bukannya tau...)
satu malam yang dah lewat, nabi s.a.w nak tutup kuliahnya. bangun sorang ahli jemaah dan bercakap, "tak bole ya Rasulallah! saya ada banyak lagi ni nak tanya ni..." nabi s.a.w cakap dengan baik supaya sambung esok le, banyak juga sahabat nak tanya ni tapi dek keletihan baik le esok je.

lelaki tu tak puas ati. dia turut nabi s.a.w ke kudanya dan terus memegang tali kuda. nabi cuba juga nasihat tapi tak diendah, sudahnya nabi cucuk dengan tongkat baginda ke arah rusuk lelaki tu supaya mamat tu akan terlepaskan tali tersebut. nabi pon balik.
kat rumah, nabi s.a.w takleh tido memikirkan perbuatan baginda. akhirnya nabi s.a.w bingkas bangun terus g semejid. jemaah masih ada di situ. lalu nabi pon tanya sapa yang nak tanya tadi. sorang lelaki bangun mengaku. nabi dengan nada kesal memohon maaf atas insiden tu.
nak setel hanya ada dua cara; maaf atau balas balik. lelaki tu pilih yang kedua. wuiyooo ni nabi la... ok la tolak tepi dulu
title 'nabi' tu. nabi ialah pemimpin ummat islam ketika tu ibarat sultan atau maharaja ketika tu. korang fikir camana kalu bos suruh lempang atas silap dia depan orang ramai... eleh bos tak
best, ketua jabatan ke, menteri ke pm ke? camana?

sahabat semua minta lelaki tu maafkan je la. lelaki tu tak moh. dia tambah lagi, masa rasulullah tusuk dengan tongkat, dia takde baju
so dia minta nabi s.a.w bukak baju pulak. banyak songel tul, kan? tapi nabi ikut je sebab tu
hak dia. nabi singkap sikit jubah baginda dan terus lelaki tu terkam perut nabi sambil campak tongkat,
"aku hanya nak letak pipiku ke perut rasulullah..."
psst: orang bukan islam benar-benar mengkaji sirah rasulullah s.a.w dan mereka menemui sentuhan keajaiban perilaku baginda sehingga melahirkan kekaguman yang tinggi. benarlah firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya engkau benar-benar mempunyai akhlak yang sangat agung." (al-Qalam: 4)
psstt: ada versi lain kisah nabi ni tapi dikatakan kisah ini maudhuk